topbella

Selasa, Jun 14

Sinopsis ASST (",)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t ...


Apa khabar pengunjung blog ertiketenangan? Didioakan agar kalian sentiasa dirahmati ALLAH s.w.t serta diberi 'inayahNYA, insyaALLAH..


Entri kali nie aufa saja je suka-suki cuba-cuba buat satu sinopsis untuk novelog MelurJelita iaitu ASST... Nak kata minat sungguh baca novel nie sampai rasanya diri nie menjiwai cerita dan watak yang terdapat dalam kisah tersebut.. Mana taknya kan, bila part happy, aufa senyum bahagia dan gelak ceria, tapi bila part sedih, boleh lak "banjir sekali", jiwa jugak ke aufa nie, ntahla... Hehehe...*_*


Aufa sebenarnya nak variasikan blog.. Selain bahan ilmiah, ade kongsi resepi, kata-kata hikmah & tak kurang juga untuk suka-suki.. Harap pengunjung blog nie tak amik "port" ya.. Syukran..


Okeyla... Sinopsis nie dibuat khassssss untuk kakak Laili atau lebih famousnya dikenali "Melur Jelita". Tak penah pon buat sinopsis nie, tapi tak salahkan cuba, heeee :)


Alkisah...




**************


“ Saya sangat menghargai apa yang mak ayah sekeluarga buat untuk saya. Selama ini saya merasa asing…terasing sekali bila masuk ke dunia Islam. Rasa itu kerana, saya bukan Melayu... Keluarga saya pula tidak ada seorang pun turut Islam bersama saya. Walau pun ikatan darah tidak putus tetapi jauh di sudut hati saya, saya tetap merasakannya…saya  seperti tiada sesiapa…kecuali Allah. Lama baru saya berjaya menemui beberapa sahabat yang sehaluan dan memahami erti seorang yang baru menerima hidayah.”
“ Saya hanya seorang manusia biasa…tidak lebih baik atau lebih mulia atau lebih kaya dari orang lain. Segalanya itu tidak memberi ketenangan. Saya tidak kuat sebenarnya…tetapi kekuatan itu dari Allah. Saya bukan seorang yang tenang. Allah jua yang memberi ketenangan. Saya bukan seorang yang sabar. Allah yang memberi kesabaran itu. "


Muhammad Hilman Yong bin Abdullah atau nama asalnya Damien, jejaka berketurunan cina korea yang memilih Islam sebagai agama kerana hidayahNYA. Punyai pakej lengkap sebagai lelaki idaman. 


Suatu ketika, pandangan pertama terhadap perwatakan luar biasa serta agresif Puteri Intan Zulaikha berjaya mencairkan hati lelakinya. Bertahun memendam rasa, pertembungannya semula dengan Intan Zulaikha di KLCC menyulam bunga-bunga cinta.

Intan Zulaikha, puteri tunggal yang cantik, aktif, penyayang, ego dan manja membuatkan ramai lelaki ingin mendekatinya serta mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarganya. Langkah Hilman dalam usaha menawan hatinya membuatkankan hati wanitanya tersentuh dan cair khasnya sikap tenang dan senyuman jejaka kacak itu. Namun, egonya mengatasi segalanya, dek kerana takut dipermainkan lelaki seperti sebelumnya, Intan Zulaikha seolah-olah jinak merpati.

Salah faham yang melanda, cinta keduanya tidak kesampaian dan terpisah. Hilman sepi membawa diri, manakala Intan memendam rasa kesal bersama persoalan yang bermain di minda. 

‎~♥♥♥Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, andai hilang agama pada dirimu, maka hilanglah cintaku terhadapmu...♥♥♥~ 

Walaubagaimanapun, takdir ALLAH telah menemukan semula mereka berdua setelah tiga tahun terpisah. Terengganu, Masjid Terapung, Kuda dan Pantai menjadi saksi pertemuan mereka serta cinta yang terpendam kini mekar semula, detik demi detik, keduanya menyulam rasa bahagia dan berjanji membina mahligai bahagia.

UjianNYA menduga lagi, beberapa hari sebelum majlis pernikahan berlaku perselisihan angkara semut serta ego Intan Zulaikha sendiri, Hilman membawa diri. Kesal yang menguasai diri memaksa Intan Zulaikha menjejaki kekasih hati. Akan tetapi, kemalangan yang berlaku dihadapan mata Intan Zulaikha yang menimpa Hilman benar-benar membuatkannya terkejut dan rasa bersalah. Hilman disahkan mengalami "amnesia" serta dirawat oleh keluarganya. 
Persoalannya, Masih Islamkah Hilman angkara amnesia? Bagaimanakah Intan Zulaikha memperjuangkan cinta mereka? Adakah Hilman dan Intan Zulaikha kan bersatu akhirnya? 
Segalanya tersurat dan terjawab dalam Awak Suka Saya Tak?!! (ASST)
*****************
Sekian itu saja.... Ada tiga gambar aufa wat khas untuk ASST... Moga akak jelita MJ terhibur ya...
Dariku si setia ASST....Wassalam.... ^_^


Khamis, Jun 9

.:: MuTiaRa KaTa uLaMa' (1) ::.

بسم الله الرحمن الرحيم...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Mujahadah Lillah...
Apa khabar kalian wahai pengunjung ertiketenangan? Didoakan agar kita semua sentiasa sihat sejahtera seiring bersama rahmat juga 'inayah dari ALLAH s.w.t insyaALLAH..


Entri kalie nie insyaALLAH aufa ingin kongsikan beberapa kata-kata mutiara hikmah dari Ulama', semoga ianya memberikan mufidah serta mau'izoh buat kita semua, yokkkk... kita baca, hayati, renung2kan dan sama-samalah kita amal kannya.... ^_^






✿ Elakkan Tidur Waktu Pagi ✿


Imam Ibnu Qayyim rahimahullah berkata, :"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." 
<>. 

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula. Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang sholih. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” 



✿ Menghidupkan Hati ✿

Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafi berkata:

 “…tiada kehidupan untuk hati, tidak ada kesenangan dan ketenangan baginya, kecuali dengan mengenal Rabbnya, Sesembahan dan Penciptanya, dengan Asma’, Sifat dan Af’al (perbuatan)-Nya, dan seiring dengan itu mencintai-Nya lebih dari yang lain, dan berusaha mendekatkan diri kepada-Nya tanpa yang lain…” 





✿ Menasihati secara Sembunyi ✿

Ibnul Mubarok berkata: 
"Dahulu seseorang (para sahabat) apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang tidak ia sukai, iapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas rahasia dan larangannya (dari sesuatu yang tidak disenangi). Adapun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang ia tidak sukai, ia membuat marah saudaranya dan ia sebarkan aibnya." 
<>



✿ Hakikat Umur Manusia ✿


Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, : “Waktu manusia adalah umurnya yang sebenarnya. Waktu tersebut adalah waktu yang dimanfaatkan untuk mendapatkan kehidupan yang abadi dan penuh kenikmatan dan terbebas dari kesempitan dan azab yang pedih. Ketahuilah bahwa berlalunya waktu lebih cepat dari berjalannya awan (mendung). Barangsiapa yang waktunya hanya untuk ketaatan dan beribadah pada Allah, maka itulah waktu dan umurnya yang sebenarnya.  Selain itu tidak dinilai sebagai kehidupannya, namun hanya teranggap seperti kehidupan binatang ternak. Jika waktu hanya dihabiskan untuk hal-hal yang membuat lalai, untuk sekedar menghamburkan syahwat (hawa nafsu), berangan-angan yang batil, hanya dihabiskan dengan banyak tidur dan digunakan dalam kebatilan, maka sungguh kematian lebih layak bagi dirinya.” 






✿ Jangan Turuti Hawa Nafsu ✿ 


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: 
“Apabila seorang insan tidak merasa takut kepada Allah, maka dia akan memperturutkan hawa nafsunya. Terlebih lagi apabila dia sedang menginginkan sesuatu yang gagal diraihnya. Kerana nafsunya menuntutnya memperoleh sesuatu yang boleh menyenangkan diri serta menyingkirkan gundah gulana dan kesedihannya. Dan ternyata hawa nafsunya tidak akan merasa senang dan puas dengan cara berdzikir dan beribadah kepada Allah, maka dia pun memilih mencari kesenangan dengan hal-hal yang diharamkan iaitu berbuat keji, meminum arak dan berkata dusta…” 
<<(Majmu’ Fatawa, 1/54,55) dinukil dari Hushuulul Ma’muul, halaman 77>>



✿ Nasihat dari Al-Fudhail Bin Iyadl ✿

Al-Fudhail Bin Iyadl berkata : "Apabila terjadi kekasaran diantara kamu dan seseorang, maka berhati-hatilah kamu darinya. Jangan kamu harapkan persahabatan yang murni dan mempercayainya, sebab sesungguhnya dia akan selalu memperhatikan tindak-tandukmu, sedangkan kedengkiannya tersembunyi.

Adapun orang yang awam, maka menjauh dari mereka merupakan keharusan. Kerana mereka tidak termasuk jenismu, maka apabila terpaksa duduk bersama dalam majlis mereka maka (lakukanlah) sesaat saja dan jagalah kewibawaan dan kewaspadaanmu, sebab boleh jadi kamu mengucapkan satu kata dan mereka menganggapnya sebagai 
sesuatu yang keji.

Jangan kamu menyuguhkan ilmu kepada orang yang jahil dan (jangan pula) kamu suguhkan orang-orang yang lalai dengan fiqh dan orang yang dungu dengan keterangan (al bayan), tapi perhatikanlah apa yang menyelamatkan mereka dengan lemah lembut dan berwibawa.

Jangan meremehkan musuh-musuhmu kerana mereka mempunyai tipu daya yang tersembunyi, dan kewajibanmu hanyalah bergaul dan berbuat baik kepada mereka secara zhahir. Dan termasuk di antara mereka adalah orang-orang yang dengki , maka tidak pantas mereka mengetahui nikmat yang kamu dapatkan. Dan sesungguhnya al-‘ain itu haq , sedangkan bergaul dengan mereka secara zahir itu harus." 

Akan bersambung.... Bi Iznillah!!!

***Hayati Kulluha Lillah***


Ahad, Mei 22

Sedikit Perkongsian TIPS BELAJAR Yang Efektif dariku buat Sahabat2 (=^_^=)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
بسم الله الرحمن الرحيم...


Salam Mujahadah Lillah... ^_^






Sahabat Ikhwah & Akhawat mesti agak tertekankan, maklumla fatrah imtihan nie, banyak nak kena study, masa pulak semakin suntuk. Hmm, di sini maksue ingin kongsikan beberapa tips yang maksue sendiri amalkan, semoga ianya berfaedah untuk semua serta kita tergolong dalam golongan mahasiswa/mahasiswi yang cemerlang walau di mana sahaja kita berada. InsyaALLAH!


Ohh ya, oleh kerana maksue sekarang berada kat Bumi Anbiya’, semestinya penduduknya adalah Bangsa Arab. Pernah makan makanan Arab tak? Tips maksue adalah dari sejenis ruz Arab iaitu MANSAF… Lepas kita menikmati MANSAF baru TIDUR. 


Hehehe, agak pelik? Meh nak huraikan maksudnya..


M – Mengulangkaji pelajaran


Ingat : اجتهد ولا تكسل ، فالندامة عقبى لمن يتكاسل 
Bersungguh-sungguhlah kamu & jangan malas, maka kekesalan itu  
akibat kpd mereka yang malas.


Prioriti utama menuju kejayaan dalam belajar mestilah ulangkaji kan, macam huffaz gak, kena ulangkaji hafazan, baru kekal, pendek kata kalau tak study camna nak berjaya. J


A – Aktif (Maksudnya kita dalam belajar janganlah pasif).


Aktif bagaimana? Haa, bila kita belajar, tangan kita kena aktif mencatat isi-isi penting, macam buat nota kecil tepi buku ke. Conteng ilmu sikit-sikit takpe kat buku, janganlah kononnya menjaga sangat sampai putih bersih je buku tu sampai kalau orang tanya pun, kita sendiri tak paham. Tapi jangan “over-conteng”, comot lak kitab tu nanti. (“,)


Misalan masa pensyarah ajar, acapkali mereka menyebut isi-isi penting, tulis & catat, penting sangat catatan kecil ini. Andai kata kita nak aktif lagi, nak minda lebih berkembang, soal pensyarah apa yang tak difahami.


Lagi satu AKTIF BUKA KAMUS, jadikan kamus tu sahabat baik kita, sememangnya mempelajari bahasa asing khasnya bahasa Arab bukanlah suatu yang mudah, kerana begitu istimewanya Kalamullah nie, bahasanya tinggi. Jadi, jom kita pakat-pakat kawan dengan kamus. Lebih efektif, sediakan satu buku kecil, catat perkataan-perkataan baru yang dijumpai, hafal.. Kosakata penting untuk dikuasai.


N – Nota


Ini bergantung pada individu lah, kalau maksue sendiri study ikut buku semata-mata tanpa ada nota kecil & ber”colourful”, kesan kefahaman & ingatan agak kurang, kerana bila kita mengulangkaji, kemudian menulis lagi nota sambil menghias, kita tak mengantuk juga tak mudah bosan, malahan kita dapat 3M (membaca, memahami, mengingati)


p/s : Yang nota nie bukan bagi yang study last minit ye, nota nie konsisten dari awal belajar, satgi kot sebab nak nota cun bombastik, tak sempat lak nak study. Nayya!! ^_~


Nayya laaa... 
~Keburukan serta kesan study last minit nie, kita akan sentiasa gelisah, takut, tergopoh gapah sehinggakan silap hari bulan, nota penting perlu dulangkaji, kita "skip" sebab takda masa dah nak study, sapa rugi?? Kita kan...
~Mungkin la ada yang dapat hafal, tapi ianya hanyalah sekadar ingatan jangka pendek, ilmu kita perolehi ini biarlah fis sudur (di hati) bukannya sekadar fis sutur (di buku semata-mata). Ingat!!! Belajar bukan untuk imtihan, tapi sebagai bekalan menuju kehidupan yang cemerlang di dunia juga akhirat, insyaALLAH.

S – Strategi


Dalam belajar nie, strategi tu penting, seperti nota, strategi berdasarkan individu, ade orang study konsisten dari awal, namun ada juga yang last minit study, ape yang penting, susun & rangka cara pembelajaran kita sebaiknya, kita tak boleh tiru orang, minda & tahap kefahaman kita berbeza.


Kalau maksue, maksue suka buat suatu susunan ayat menarik, tak kisah la subjek ape pon, hatta syair, ikut kreativiti lah ye, hehe J Macam MANSAF juga. 
Ingat tak masa sekolah menengah dulu, guru kita ajar tentang warna-warna pelangi, ada kan (Michael Jackson Kena Halau Balik India Utara – Merah, Jingga, Kuning, Hijau, 
Biru, Indigo, Ungu). 
Haa, selain aktif, strategi kita tu perlu kreatif & kritis, jadi.., susun strategi pembelajaran kita elok-elok. InsyaALLAH, natijahnya pasti meyakinkan.


A – Amanah & Jujur


Firman ALLAH s.w.t :" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya." 
[Al-Mu’minun:8]

Haa… Kita jangan lupa yang nie, amanah & kepercayaan dari mak ayah kita, kan kita dah berjanji dengan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh? Jauh mereka hantar kita belajar, jangan sesekali sia-siakan harapan dan kepercayaan mereka. 


Al-muhimm, kita telah berjanji dengan ALLAH s.w.t untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNYA kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu khasnya di bumi barokah ini, selain pengalaman, mutiara ilmu ini adalah pahala juga bekalan menuju ke akhirat sana.


F – Fokus


Semua tahu kan, dalam nak lakukan apa jua tindakan, mestilah hanya satu perkara dalam satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari, takpun kononnya nak 2 in 1 (Contohnya layan FB / chatting / tengok cerita sambil study, mamnuk!!). Lakukan dengan sepenuh hati, satu perkara sahaja, fokus, fokus dan fokus, bukan sambil lewa.






Bila dah selesai M-A-N-S-A-F, baru boleh T-I-D-U-R, bukan maksue maksudkan lepas menikmati MANSAF ni kita terus TIDUR tapi huraiannya ialah :


T  - Tawakkal
I   - Ikhlas
D  - Doa
U  - Usaha
R  - Responsibility


T-I-D-U-R  nie sahabat Ikhwah & Akhawat, kita buat turutan menaik ya, iaitu mula-mula sekali kita RESPONSIBILITY pada diri, tanggungjawab diri tu (MANSAF), sekaligus kita USAHA sesungguhnya, kemudian pohon DOA pada ALLAH s.w.t disertai dengan IKHLAS, akhir sekali kita TAWAKKAL. 


Kan kita dah “ijtihad & mujahadah”, bila kita dah masuk imtihan nanti, bila pensyarah minta kita berhenti menulis sebab masa dah tamat, maka sebutkanlah "Bismillahi Tawakkaltu 'Ala Allahi Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil 'Azim."


Itu saja sedikit perkongsian tips dari maksue, renung-renungkan dan selamat beramal.


 “Allahumma La Sahla Illa Ma Ja'altahu Sahla  Wa Anta Taj'alul Hazna Iza Syi'ta Sahla”


Akhir kalam, 
Bittaufiq Wan Najah Fi Kulli Imtihaanat Fid Dinn Fid Dun-ya Wal Aakhirah.






Wassalam (=^_^=)


***Hayati Kulluha Lillah***

Maksue_Sakinah

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan