topbella
Memaparkan catatan dengan label Titipan Buat Bani Adam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Titipan Buat Bani Adam. Papar semua catatan

Isnin, Februari 7

Adakah kau sudi untuk terus menjadi IMAM di setiap solat ku?!



Salam Mujahadah… ^_^

Alhamdulillah… Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t, di atas nikmat Iman & IslamNYA, hari nie kita masih bernafas dan semestinya untuk melaksanakan taklifan sebagai ‘Ibadallah.. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat maghfirah, ‘inayah, rahmah dan barokahNYA.. Bi Iznillah…




Ikhwah khasnya & Akhawati amnya,

Seringkali & acapkali kita mendengar persoalan yang lazimnya akan dipersoalkan Muslim Idaman pada  Muslimah Pujaan hatinya, soalan begitu dan begini.. Bukan kerana cerewet atau terlalu memilih, tetapi kerana ingin memiliki “wardah” terbaik untuk menjadi suri Bayt Muslimnya sekaligus sama-sama berusaha mencari redha Ilahi.

Wahai “Imam BM”, terkenang “si Wardah” sejenak pabila suatu ketika kau bertanya padanya :



Wardahku..
Sudikah dikau menjadi Makmum,
di setiap solatku?!!
Agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

Adakah kau sudi untuk menjadi Penjaga,
diri dan maruahku..
Agar hidupku lebih “sakinah” dan bahagia..

Sudikah kau menjadi Murobbiyah,
untuk "qalbu" dan jiwaku..
Agar rohaniku terisi nur hikmahNYA
dan akhlakku terjaga hendaknya..

Duhai Mawar,
Adakah kau sudi menjadi Pemerhati,
pada setiap “harokah” dan langkahku..
Agar ku tahu mana “khilaf” dan songsang pada peribadiku..

Sudikah kau menjadi Rafiqah ku,
di saat "surur" dan "hazan" ku..
Agar suatu hari, jika “ibtila” itu datang,
air mataku ada yang sudi menghapuskan..

Sudikah kau menjadi Pembela,
bagi diriku dan “dinn”ku..
Agar ku terus berada di atas “sirotul mustaqim”..

Zahrah Berduri,
Sudikah kau menjadi Penggerak,
"ruh jihad" juga semangatku..
Agar bila ku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar “ibtisam”mu..

Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku.. Mendengar luahan “qalbu”ku,
Agar ku boleh berbicara apa sahaja,
Dengan mu tanpa ada rasa ragu..

Adakah kau sudi menjadi “Qurratul ‘Aini”,
tika ku kesunyian..
Agar aku boleh ketawa riang

 
 
Namun wahai “Rajul Dinn”, apa pula  jawabmu pabila “Wardah Solehah” mengatakan begini padamu :


Duhai Sirajul Ummah,
"Ya, Aku sudi..
Kerana ketahuilah, kau pilihanku kerana ALLAH s.w.t
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk ROBBUL ‘IZZATI"

Tetapi,
Inginku kembalikan soalan ini kepadamu..

Adakah kau sudi untuk terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
Jika, aku sudah tidak seperti dulu?!!

 

Sudikah kau pula menjadi
Imam… Penjaga… Murobbi…
Pemerhati… Rafiq… Pembela…
Penggerak… Sahabat… dan Qurratul ‘Ain ku…
Jika, suatu ketika nanti..
Aku sudah tidak mampu lagi menjadi,
Makmum di setiap solatmu?!!

Jika……..
Aku sudah TIDAK mampu lagi untuk :
 
menjagamu...,
menemanimu..,
memerhatikanmu..,
mendidikmu..,
membelamu..,
menggerakkanmu..,
menjadi sahabatmu dan
Qurratul ‘Ain mu..,
Adakah kau masih sudi? 
Wahai .....................!!!

Tidak mengapa…
Aku yakin dan percaya…
Kau masih sudi…

"Kerana sepertiku, Kau memilihku kerana ALLAH s.w.t.
dan Aku juga menjadi pilihanmu kerana petunjuk ROBBUL ‘IZZATI


رَبَّنَا هَب لَنَا مِن ازوَاجِنا وذُرِّيَاتِنا قٌرَّة أعيُن، واجعَلنا للمُتَّقِين امَاما
Mafhumnya : "Ya TUHAN kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.  


Allahumma Aaaamin…

Glosari***
sakinah : tenang
Murobbi / Murobbiyah : Pendidik
qalbu : Hati
harokah : Gerak
khilaf : Salah
Rafiq / Rafiqah  : Teman
Surur : Gembira
Hazan : Kesedihan
Ibtila' : Ujian
Dinn : Agama
Qurratul ‘Aini : Penyejuk mataku (penghibur)
Ibtisam : Senyuman
Ruh Jihad : Semangat perjuangan
Sirotul Mustaqim : Jalan yang Benar

Isnin, Julai 19

Risalah juga Pesanan Tulus Ikhlas Buat Si "Dia"

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...


Tolong beritahu si "dia"... Ana ada pesanan khas untuknya...


Sahabat Sahabiyah, Akh Ukhti, Adik Kakak Abang yang dihormati.... 
 
Tolong ya beritahu pada si "dia", cinta agung adalah cinta kepadaNya iaitu ALLAH s.w.t…
Ingatkan si "dia", cinta manusia bukan hakiki malahan bakal membuatnya lalai dan alpa
Nasihati si "dia", jangan sesekali mencintaiku lebih dari "dia" mencintai ALLAH Yang Maha Esa…
Tolong ingatkan juga padanya, jangan mengingatku lebih dari "dia" mengingat ALLAH Yang Maha Kuasa…
Tolong ya nasihatkan si "dia", jangan mendoakanku lebih dari "dia" mendoakan buat kedua ibu bapanya
 
  
Kerana apa ya si "dia" perlu buat begitu???
 
Katakan pada si "dia", dahulukan Allah kerana di situ syurga buatnya…
 Ingatkan pada si "dia", dahulukan kedua ibu bapanya kerana pada redha merekalah dan telapak ibunya itu syurganya yang abadi
Ingatkan pada si "dia" lagi, ana terpikat kerana imannya bukan pada paras rupa…
Ingatkan si "dia" juga, ana lebih cintakan pada sifat zuhudnya bukan harta juga kemewahannya…
Katakan pada si "dia", ana mengasihinya kerana akhlak dan sifat santunnya…
Tegurlah si "dia", jika sekiranya dia mulai mengagungkan cinta pada manusia…

 
Minta tolong ya, sampaikan pesanan ana ini buatnya...
 
Tolong tegur si "dia", bila dia mula tenggelam dalam angan-angannya…
Harap dapat tegur si "dia", andai nafsu mengawal fikirannya…
Tolonglah sedarkan si "dia", diri ku ini milik ALLAH Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan si "dia", ana masih milik keluarga…
Harap dapat sedarkan si "dia", tanggungjawabnya sekarang besar kepada keluarganya…


Sekiranya "dia" enggan atau bantah, ingatkan lagi padanya...

Harap "dia" dapat bersabar, usah di ucap madah cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
Sabarkan si "dia", andai diri ini enggan dirapati, ianya kerana hendak menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si "dia", bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…
Pesan padanya, ana tidak mahu menjadi fitnah besar kepada dirinya…
Pesan padanya lagi, ana tidak mahu diri ini menjadi punca kegagalannya
Katakan padanya, ana membiarkan ALLAH Yang Esa memberi 'inayah, perlindungan buat dirinya…
Tolong khabarkan pada si "dia", ana tidak mahu membuat "dia" terlena dalam mimpi indah dunia


Katakan pada si "dia" bahawa niat ana.....

Yakinkan pada si "dia", hadaf ana yang utama mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya
Khabarkan juga pada si "dia", tolong jadi penyokong dan sumber inspirasi dalam kejayaanku…
Tolong sampaikan pada si "dia", ana mendambakan cinta suci yang terjaga…
Sampaikan pada si "dia", jika dua insan berkasih sayang & bercinta hanya kerana Allah, tidak ternilai harganya…
Berikan keyakinan pada si "dia", bahawa hubungan ini pasti terjaga selagi "dia" menjaga hubunganbya dengan ALLAH s.w.t Zat Yang Maha Kuasa…


Oleh itu....

Tolong  ya sampaikan pesanan ini kepada si "dia" kerana ana tidak mampu memberitahunya sendiri… Malahan ana tidak tahu siapakah "dia" dan dari mana asalnya, kerana ana yakin pada jodoh, ajal maut, rezeki dan buruk baik seseorang manusia itu pada Ilmu ALLAH s.w.t
Syukran.... (",)

Hanya engkau Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Mengetahui siapakah si "dia"
Wallahu 'alam...

Ahad, Julai 11

Muslim Idaman... (",)

Seorang muslim yang muslimah idamkan
Ialah seorang muslim yang BUTA, BISU, BAKHIL dan PAPA…

Biarlah dia seorang yang BUTA
-Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha..
-Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi..
-Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah..
-Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya..

Biarlah dia seorang BISU
-Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..
-Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran..
-Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..
-Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan..
-Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..
-Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran..


Biarlah dia seorang yang BAKHIL
-Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya..
-Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..
-Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..
Tetapi….
-Dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya..
-Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya..
-Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran..
-Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH… Kembali megah di muka bumi

Muslimah juga idamkan seorang muslim yang PAPA

-Papa dalam melakukan perkara maksiat..
-Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tiada manfaat..
-Papa dari memiliki akhlak mazmumah..
Tapi…
-Dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan..
-Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia..
-Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..
-Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati serta shakhsiah diri..
Kerana Dia mahu menjadi seorang syuhada..Yang syahid di jalan Maha Esa..

Persoalannya...
Masih adakah muslim idaman itu??

Risalah Tulus Buatmu...


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini mengganggumu malah mungkin ianya memanaskan hatimu. Ketahuilah wahai Adam, sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga suatu ketika dahulu.

Wahai Adamku....

Asalnya aku dari tulang rusuk kirimu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku ini sentiasa inginkan bimbingan dan tarbiyyah darimu, kerana aku ini insan lemah yang amat mudah sekali terpesong dari landasan hak, malahan aku sentiasa menjadi buruan syaitan durjana juga hawa nafsu.

Adam yang Di Hormati...

Maha suci ALLAH…. Pada akhir zaman ini ALLAH s.w.t telah mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu. Namun, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya binasalah alam ini, kacau-bilaulah suasana, merahlah dunia kerana pertumpahan darah manusia dek kerana Adam sesama Adam bermusuhan hanya kerana Hawa.

Jelas terbukti dan cukup nyata jika dilihat dari peristiwa Habil dan Qabil dahulu sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam berpoligami (isteri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu).

Adamku...

Bukan kerana keharusan dalam berpoligami atau ramainya isterimu yang membimbangkan aku… Bukan jua kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku… Tapi wahai Adamku... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkah laku serta akhlakmu kini.

Sejak dulu lagi aku sudah tahu bahawa aku sebagai Hawa mesti tunduk serta taat patuh ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.



Adam yang Di Kasihi...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran pada ayat 34 surah an-Nisa’ yang
mafhumnya : “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.
Jelas disini menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
-          Kau diberi amanah untuk mendidik aku
-          kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
-          Kau mesti memerhati dan mengawasi aku agar kita sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi….. wahai Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Bukannya di jalan-jalan, di pasar-pasar, juga di bandar-bandar tempatku. Bahkan jika terpaksa aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut kecuali muka dan dua telapak tangan.

Namun.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam yang di Redhai...

Mengapa kau biarkan aku begini???? Mengapa dan kenapa??!!!

-          Aku jadi ibu
-          Aku jadi guru
Itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?




Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung??!!

Kenapa?? Mengapa begitu ADAM?? Ya!!! Ramai orang berkata jika anak jahat ibu bapa mereka tak pandai didik. Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhoif ini.

Adamku…,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya dahulu?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Nabi Muhammad s.a.w. terhadap mereka? Adakah akhlak Bani Adam kini boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Yang Dihormati Adam...

Kau sebenarnya Imam dan aku ini adalah makmummu.  Aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu!!! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah srikandi kekasih ALLAH s.w.t.

Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar untuk amar makruf dan mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau wahai Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya risalah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Maafkan aku wahai Bani Adam atas kelancangan kata-kata ini…

Tetapi... Percayalah!!!.... Bukan emas yang ku cari... Bukan berlian yang ku pinta... Bukan juga permata yang ku damba... Tetapi... hanyalah hati (fuadak) yang tulus ikhlas dari dirimu Adam...

Dengarkanlah... Rintihan dan keluhan hati kecilku buat dirimu.....

ّ~ Risalah ini tulus ikhlas dari Banat Hawa ~


:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan