topbella
Memaparkan catatan dengan label Ihtimam Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ihtimam Kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, Jun 30

GIGI BERSERI


Makanan Untuk Gigi Anda

Senyumlah dan semua orang akan senyum bersama anda! Tetapi anda tidak akan senyum jika anda mempunyai kaviti atau gusi berdarah.

Gigi menjadi kuat jika ada mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium dan fluorida. Jadi, anda perlu makan banyak makanan berkalsium, seperti susu, keju, tauhu, ikan bilis dan makanan bijirin diperkuat.

Menjaga Gigi Anda

Anda harus memberus gigi 3 kali sehari untuk menghalang gigi anda daripada reput. Gigi yang reput adalah sangat menyakitkan dan lama-kelamaan akan tercabut.

Selain memberus gigi, anda juga harus selalu flos gigi anda, kerana ia membersihkan ruang di antara gigi anda yang tidak dapat dibersihkan dengan berus gigi biasa. Jangan makan terlalu banyak makanan yang manis dan bergula, kerana gula menyebabkan kerosakan gigi. Jika anda ingin menikmati snek manis, anda harus berkumur atau memberus gigi anda selepas itu.

Ingatlah… doktor gigi adalah teman setia anda. Pergilah berjumpa selalu !
Masalah & Rawatan Gigi


Inilah beberapa masalah yang akan dihadapi jika anda tidak menjaga gigi anda dengan baik:

* Kaviti – Gigi anda akan reput dan lubang akan kelihatan. Walaupun ini disebabkan oleh bakteria, kekurangan kalsium dalam diet anda juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat kaviti.
* Pulpitis – Pulpa gigi anda menjadi radang dan menyebabkan sakit teruk.
* Gingivitis – Gusi anda menjadi bengkak dan mudah berdarah. Adakalanya, kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi, yang mungkin menyebabkan gingivitis.

Jadi, jika anda mengalami masalah gigi, cepatlah berjumpa doktor gigi!

MENJAGA RAMBUT ANDA


RAMBUT YANG SIHAT

Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa anda berasa sihat dan yakin pada diri sendiri!

MAKANAN UNTUK RAMBUT???

Anda mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien. Misalnya, rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kacang-kacang, buah-buahan, tomato dan susu. Kerosakan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai gangguan cara makan, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi, makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat!

PENJAGAAN & RAWATAN YANG BETUL

Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:

* Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
* Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
* Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
* Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
* Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
* Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.

Adakan Ini Benar?


Mitos #1: Membubuh susu pada rambut saya akan menjadikannya lebih berkilat.
Benar/Palsu? Palsu. Susu harus diminum, bukan digunakan sebagai ‘syampu’. Makanlah dengan sihat dan seimbang untuk mendapatkan rambut yang sihat.

Mitos #2: Mengambil pil dan herba ‘rawatan rambut’ akan membantu rambut saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Bahan-bahan ini tidak menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sebaliknya, pil-pil yang mempunyai kandungan vitamin A dan E yang amat tinggi, jika diambil untuk jangka masa yang lama, boleh menyebabkan keguguran rambut.

MENJAGA KULIT ANDA


KULIT YANG SIHAT

Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan mengagumi anda.

Kulit yang sihat juga melindungi anda daripada sinaran matahari dan bahan-bahan lain yang boleh memasuki badan anda. Kulit anda ialah sistem pertahanan badan anda, jadi jagalah ia dengan baik.

BENARKAH ADA MAKANAN KHAS UNTUK KULIT?

Anda tidak memerlukan banyak losyen atau kosmetik untuk mempunyai kulit yang cantik atau sihat. Makanan juga mempunyai banyak nutrien semulajadi yang bagus untuk kulit anda. Tetapi cara yang betul untuk kulit anda mendapati nutrien-nutrien ini ialah dengan mengikuti cara pemakanan yang seimbang, bukan dengan meletakkannya atau memerahnya pada kulit anda.
Nutrien Untuk Kulit Anda

Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

MASALAH BIASA KULIT

“Alamak! Jerawat!!”

Jerawat dan akne adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa akil baligh. Masalah ini bukannya serius sangat, tetapi anda boleh mendapatkan rawatan perubatan jika anda risau.

Masalah kulit akan menjadi lebih teruk jika anda tidak mengikuti cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting, anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.

CARA JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL

Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:

* Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.
* Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
* Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.
* Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.

Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda harus berjumpa pakar dermatologi (seorang doktor yang pakar dalam penjagaan kulit).
Adakah Ini Benar?

Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.

Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.

Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.

Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.

Rahsia Buah Kurma


Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil تمر tergolong dalam keluarga phoenix.

Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.

Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Umat Islam disunatkan untuk berbuka puasa dengan kurma.

Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)

Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa.
Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya.Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

*Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama "air kurma susu". Cara buatnya amat mudah, iaitu : (=^_^=)

1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum

Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah!!

Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.
Sumber : http://pakarhowto.com

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan