topbella
Memaparkan catatan dengan label Al-Mu'amalat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Mu'amalat. Papar semua catatan

Isnin, April 18

MELURJELITA Datang Lagi… GiveAway Terjelita Di Abad Ini… Jengggx3 (=^_^=)




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kaifahalukum Jami’an? Semoga kalian berada dalam lembayung rahmatNYA, sihat sejahtera, ceria bahagia hendaknya, insyaALLAH.. ^_^

Erm.. Entri kali nie maksue wat khas untuk Kak Laili atau lbh famous nya  “Melur Jelita”. Entri nie nak lahirkan tanda terima kasih Aufa Tasneem pada Kak MJ sebab walaupun kami baru saja kenal dan ber”ukhwahfillah”, namun kak MJ sentiasa memberikan kata semangat, sokongan dan dorongan  untuk maksue serta doa agar terus tabah dalam menuntut ilmu dan Berjaya di dunia juga di akhirat sana, Allahumma Aaamin.. 
Barakallahu fiki ya ukhti =)

Buat kalian, 
sahabat-sahabatku fillah yang sudi membaca entri dan juga mengikuti blog ini..
Jazakumullahu khairon jaza’..  

InsyaALLAH akan maksue cuba manfaatkan dunia alam maya nie melalui blog ini dengan sedikit coretan dan perkongsian ilmiah sesame kita agar ianya bernilai ibadah juga menjadi saham menuju ke negeri yang abadi.


Ohh ya, nak tulis karangan macam tak syiok kan… 

Haaa… Tingggggg (mentol nyala atas kepala, hihihi).

Maksue buat pantun lah ye, sebab maksue suka pantun, tapi kalau lintangpukang rukun & syarat pantun tu, harap di maafin ya… Sebab pantun nie seronok, sambil selitkan unsur nasihat & tarbiyyah.. Mudah-mudahan, kita dapat ceriakan diri disampingkan ambil manfaat bersama... InsyaALLAH!!!

Okeylah.... Maksue tak mahu celoteh panjang-panjang.. Katsini maksue reka 2 jenis  pantun, satu khas untuk ASST dan satu lagi untuk MELURJELITA. Heeee.... ^_^


PANTUN ASST (Awak Suka Saya Tak?)
 --- Suker2.. Huhu ^_~

Amani AdamMaya cucu Datin Salamiah,
Cucu tunggal kesayangan Datin Rosalinda,
Nukilan kak MJ yang tak sudah-sudah,
Novelog ASST peng”suspen” jiwa dan minda..

Dialah hero ASST pujaan pembaca,
Muslim not by chance tapi kerna pilihan,
Dialah mutiara dialah kaca,
Siapa lagi kalau bukan Mr. Hilman..

Intan Zulaikha berasal dari Bandar Muar,
Burung pipit di pohon beringin,
Hilman seorang cinta hati penawar,
Hatinya takkan hendak pada yang lain..

Alang-alang bawa ke kandang,
Terus jinakkan  “thunderblack”si dia,
Rindu siang sentiasa bertandang,
Rindu malam bawa menangis..

Ayunya Balkis bertudung labuh,
Mata yang memandang tidaklah jemu,
Adakah dia pemilik cinta Hilman yang juruh,
Tertanya-tanya kami semua padamu..

p/s : juruh (bahasa ore kelate – orang baik)
: padamu (tuju kat kak MJ laa, penulis ASST) ^_^

Ada seorang namanya Azad,
Asal jumpa kerjanya mengorat,
Janganlah bersifat melampauibatas cikzad,
Kerana demikian itu budaya orang barat..

Dikaulah pengarang jantung hati semua,
Penghibur hati penenang jiwa,
Si petah Daniel kesayangan Miss Zulaikha,
Walaupun sedih jumpanya pasti ketawa..


PANTUN Untuk MelurJelita (=^_^=)

Buah mangga kat pantai timur di gelar buah pauh,
Timba pula panggilan orang utagha pada baldi,
Walaupun perkenalan kita adalah jarak jauh,
Namun harapnya ukhwahfillah ini kekal abadi..

Terbang tinggi si rama-rama,
Singgah sebentar di batang cempaka,
Dua puteri seorang putera permata mama,
Menjadi penawar dikala duka..

Hajat di hati nak melancong ke Melaka,
Siar-siar lepas graduation bila dah balik,
Perkongsian ibu dan anak celoteh suka duka
Bacalah kategori “sembang jelitawans cilik”..

Dayung sampan laju-laju,
Laju sampai ke pulau Surabaya,
Lupakan kain lupakan baju,
Tapi entri baru jangan lupa tag Aufa ya ^_^

Sekarang ini musim durian berbuah,
Musim rambutan dan dokong lambat lagi,
GiveAway Terjelita untuk pembaca MJ.com yang bertuah,
Sertai sekarang lepas 28hbApril nanti tak berguna lagi..

Ibu muda berjiwa lembut berbudi orangnya,
Penulis ASST siapa lagi kalau bukan MelurJelita,
Kongsi pengalaman diri kategori “Ustaz Kata”,
Ayuh jadikan ia mutiara pedoman hidup kita..

Jenama barangan kulit glamor adalah gucci,
Di usahakan oleh keluarga Datin Faridah,
Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci,
Semoga setiap penulisan kita bernilai ibadah..

Terbang tinggi si layang-layang,
Tersangkut di dahan tolong jolokkan,
Pantun ini disudahi salam sayang,
Khilaf dan salah harap di ampunkan..

Jolok nangka di kampung hilir,
Berselang kain ke pasar lama,
Jangan disangka bodek pada yang lahir,
Namun niat batinku tak pernah sama..

Itu saja coretan maksue a.k.a Aufa Tasneem buat kali nie... Semoga Akak MelurJelita, diri ini dan kita semua sentiasa dirahmati ALLAH dan mendapat maghfirah Ilahi sentiasa. InsyaALLAH..


Salam Mahabbah.. Syukran... Wassalam... ^_^

***Hayati Kulluha Lillah***

Selasa, Mac 2

Tempahlah tiket pulang ke tanah air sementara stok masih ada!!!tawaran terhad!!!



Assalamualaikum w.b.t (=^_^=)


Salam Maulidur Rasul utk sluruh muslim & muslimat.. Sempena bulan kelahiran insan teragung "Rasulallah s.a.w", marilah sama2 kita perbanyakkan selawat dan amalan2 sunnah baginda, insyaAllah...
"اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم"


  • Ahaaa... Ni dia cheq nak habaq mai nie, ada berita baik buat sapa2 yang nak balik bercuti dan beghaya dengan mak ayah serta family tersayang cuti lepas thani atau soifi..


  • Hampa semua tak payah risau, tak gaduh susah2 nakpi "mathor" nak cari tiket flight... Nak tau camna caranya??? Haa... Zaman kan dah maju, ujung jari ja dah boleh tempah tiket..


  • Kaunter tempahan dibuka laa nie (sekarang no0).. Pilihla nak terbang ngan Kuwait Airways @ Egypt Air!! Ikut suka... InsyaAllah syok dan puas hati..


  • Sapa2 yang berminat bolehlah bagi nama, no passport dan no telefon kepada :-
    * Afiq Adnan @ Afiq , YM = afiq_silat2001, 0779212092
    * Mujahid Dahari @ Moja , YM = master_peace88 , 0777602970
    * Zita Nayan @ Zita ,YM = zitaleo , 0776947844,
    * Sakinah Abu Bakar, YM = al_mutmainnah313 , 0776902386

  • Tempahan boleh dibuat segera naa... Cepat tau, terhad untuk 45 orang ja... Sapa lambat2 satgi tak boleh balik, padan muka, hehehe...

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan