topbella
Memaparkan catatan dengan label Resepi Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Masakan. Papar semua catatan

Ahad, Mei 1

Cheese Cake

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Mujahadah...
Ehee... Blog ni maksue nak variasikan.. Selain kita selit bahan ilmiah, kita masukkan juga resepi masakan ya...

Resepi kali nie maksue kongsikan dari sahabat maksue Kak Aina.. Ritu buat sama-sama... Cubalah.. Masakan sendiri tentunya suatu kepuasan..


Bahan bahan :
250 gm krim cheese ( dlm kotak hijau or biru klau dekt halak mall)
1 cawan gula halus
2 bj telur
31/2 sudu besar  tepung gandum
1sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt ( better laban yg de qishtah sbb lbh berkrim)
2 bungkus biskut oreo ( 11/2 cawan biskut yg tlh dikisar * kalau nk crust yg lebh tebal lebhkn lah biskutnya)
3 sudu besar mentega

Cara -cara
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.

Nak buat kerak/crust
Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry/ biskut oreo hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang adunan cheese  tadi.

Untuk bakar:
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit. (guna cara kukus je sbb lebh kurang je pon)

Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.
Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan dengan toping blueberry jem or apa2 sja lah toping yg anda suka. Kalau ritu maksue taburkan serbuk oreo gak... :)

Macam ni laa hasilnya... 

Selamat mencuba ya ^_^

Ahad, Julai 25

Kuih Ketayap

Salam Mujahadah... Semoga kita semua di rahmati & di berikan 'inayah oleh 
ALLAH s.w.t sentiasa... Aaamin (",)

Hurm... resepi seterusnya yg maksue nak kongsi ngan sahabat sahabiyah ialah ketayap... Buat untuk sarapan @ minum petang, mmg cedapp....


Bahan2 Inti :
- 150gm gula merah
- 3/4 cawan air masak (suku cawan)
- 1/2 biji kelapa parut (juz-hin)
- garam secukup rasa
- gula (kalau nak manis)
- tepung gandum

Cara2nya ---> Masukkan kesemua bahan2 inti ke dalam periuk (kecuali tepung gandum), Kemudian masak di atas dapur dengan api yg sederhana. Kemudian kacau hingga sebati dan melengas, masukkan tepung gandum supaya inti tadi jadi melekit dan melengas, setelah selesai, tutup api dan ketepikan....
Bahan2 Kulitnya :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan santan
- 1 biji telur
- 2 helai daun pandai (nak bagi wangi)
- pewarna hijau ( xde leh je wat warna kuning@merah@putih, cuma xlawa la)
- sedikit garam untuk bg rasa lemak

Bahan2 Kulitnya : Masukkan tepung gandum, telur, santan dan daun pandan ke dlm blender, mesin semuanya hingga hancur n sebati, tapiskan adunan.. Kemudian masukkan ke dalam bekas, letak sdikit garam & pewarna.
Sementara itu, panaskan kuali yg telah dilengser dengan sedikit minyak, bila dah panas, tuangkan sesenduk adunan tadi & lenggang2kan di dalam kuali supaya rata & nipis, tutup sebentar, setelah masak, angkat dan ketepikan... Buat semua sehingga habis.
Setelah selesai, ambil kuih dadar tadi, dan masukkan inti di hujungnya, kemudian lipat kiri dan kanan, gulung ketayap tadi bagi kemas & comey2... Lakukan hingga selesai, hidangkan & makan...

Selamat Mencuba ya semua... (=^_^=)

Kek Coklat (",)

Assalamualaikum w.b.t ^_^

Eheee.... Maksue sbnrnya duk tgh pkirkan entri terbaru nak masukkan kat blog ni, idea dh ade, cuma blom ckup isi utk di publishkan... 
Jadi, sementara tunggu idea nak masak, nk kongsi resepi untuk sahabat2.. Maksue dapat resepi ni dari sorg kakak.. Cubalah yer, sonang sangat2 n gerenti sodappppp (",)



Bahan2nya :
- 2 cawan minyak masak
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air masak
- 2 cawan gula pasir
- 1 cawan serbuk koko / coklat
- 4 biji telur
- 1/2 sudu mkn baking powder
- 1/2 sudu mkn esen vanila
- ovelette (kalau ada, xda xpa)

Caranya -----> Masukkan minyak & telur dlm blender.. (mesin smpai sbati putih), pastu masukkan dalam bekas dan cmpurkan bahan2 lain, kacau satu arah hingga sebati rata...
Bila nak bakar, lapik kertas kajang dalam acuan, masukkan bahan, bakar dgn api sdrhna.. (kami katsini msk atas dapur gas je, guna tefal..hehe, kalau kat mesia, guna oven)
Lps 40 minit gitu, try tgk, cucuk ngan garfu, klu tepung da xlekat kat garfu da msk n angkat..terbalikkan... Biar ia sejuk..

Bahan untuk topping
- 4 sudu serbuk koko
- 5 sudu susu tepung
- 4 sudu minyak (ikut suka)
- 3/4 cawan air (suku cawan)
- 4 sudu gula pasir
- strawberi @ ape2 jela untuk hiasan

Caranya -----> Gaulkan smua bahan tadi, bila dah kacau sebati, masak atas api hingga rata dan pekat (guna api perlahan)...

**Dah pekat tu, sapu dan ratakan atas kek td, pastu potong la buah strawberi @ apa je, letak sbg hiasan...

Selamat Mencuba yaaaaaa.... (=^_^=)


:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan