topbella
Memaparkan catatan dengan label Mari Belajar Bahasa Arab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mari Belajar Bahasa Arab. Papar semua catatan

Rabu, Januari 19

Untuk Beginners (Belajar Cakap Bahasa Arab)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Alhamdulillah... Syukur kita ke hadrat ALLAH s.w.t di atas nikmat Iman dan Islam.. Kita semua masih diberi ruang dan kesempatan untuk terus beribadat & berjuang di medanNYA....


Sahabat... Entri kali nie maksue terpanggil untuk sama-sama berkongsi dengan sahabat, cara mudah untuk belajar Bahasa Arab.. Maksue harap sangat, sahabat-sahabat maksue, cintakan Kalamullah, ingin serta cuba untuk pelajari. Susah?!! Ya!! Memang benar nak belajar bahasa Arab nie susah, qowa'id, nahu sorof nya, tapi, ingat ganjaran di sisi ALLAH, amatlah besar...


Sebagai menguatkan lagi semangat sahabat-sahabat maksue bagi mempelajari nie, kita koreksi balik, ingat bahawa Bahasa yang terulung di dunia ini hanyalah bahasa Arab iaitu bahasa Al-Quran, kalau kita beribadah pun, takda guna bahasa Melayu atau seperti yang sekarang ramai orang banggakan iaitu Bahasa Inggeris (Siap bangga lagi speaking ala2 London gitu.. Maka jadilah kita mat2 saleh @ minah saleh celoppp). Jangan lupa!!! Itu sebenarnya agenda Kuffar Laknatullah nak bagi kita jauh dari kalamNYA..


Contoh macam solat.. Ada ke kita baca takbiratul Ikram ((Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untukmu ya ALLAH)) Tak kan?! 
Tapi kita baca إن صلاتي ونُسكي ومحياي ومماتي لله ربّ العالمين

 
Erm.. Muhasabah buat diri dan sahabat-sahabat tersayang :
  • خير الناس مَن تعلَّم القرءان وعَلَّمه (Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar AL-Quran dan mengajarkannya) 
  • Firman ALLAH s.w.t :
  • كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُون
    Mafhumnya : "Kitab (Al-Quran) yang dijelaskan ayat-ayatnya, iaitu bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui"
 
Selamat Belajar ya... (=^_^=)



Hello / Hye       مَرحَبـًا         


Nak seribu daya.. Taknak seribu dalih.. Chaiiiyok!!! ^_^


Good Morning               صَبَاحَ الخَير
(Reply)                      صَبَاحَ النُّور


Have a Good Day          نَهَارَك سَعِيد
(Reply)                                   نَهَارَك سَعِيد                              


Good Evening               مَسَاء الخَير
(Reply)                                                         مَسَاء النُّور


Good Night                 لَيلَة سَعيدَة
Have a Sweet Dream     أَحلام سعِيدَة


Good Bye (the one departing)…            وَداَعًا / الوَدَاع
(the one remaining)…                              مَعَ السَّلامة
See You Soon                                إلَى اللِّقَاء قَرِيبًا
See You Later                               إلَى اللِّقَاء


Please…                     رَجَاءً / أرجُوك
Thank You (male)          شُكرًا لَكَ / أشكُركَ
Thank You (female)        شُكرًا لَكِ / أشكُركِ
Your Welcome              عَفوًا / لا شكرًا على الواجب


Excuse me (male - male & female - male)       أَعذرنِي / اسمَح لِي    
Excuse me (male - female & female - female)    أَعذرينِي / اسمَحي لِي
Excuse me (one person - group of people)             أعذرُوْنِي / اسمَحُو لِي               


I’m Sorry (male)            أنَا آسِفٌ / آسِفنِي
I’m Sorry (female)            أنَا آسِفَةٌ


Congratulations             مَبرُوك عَلَيكَ / عَلَيكِ
Good Luck                  حَظًّا سَعِيدًا
God Willing                 إِن شَاءَ الله


Welcome (the host says)       أهلاً وَسَهلاً
(Reply)                            شُكرًا


Take Care (male)                إِنتَبـِه على نَفسِكَ / اهْتمَّ بِنَفسِكَ
Take Care (female)                     إِنتَبـِهِي على نَفسكِ / اهْتمِّي بِنَفسِكِ   


  >>>حياتـي كلها لله<<<

Ikhlas dariku,


   

Isnin, Julai 19

طاعة للوالدين

Assalamualaikum w.b.t....

Akh dan Ukhti yang dikasihi ALLAH s.w.t, 

Selamat belajar bahasa arab dengan menonton video ini... InsyaALLAH jika ditonton dengan hati yang penuh hubb untuk belajar kalamullah, kita akan paham...

Kerana :-
** Bahasanya bahasa arab fushah...
** Sebutan jelas dan mudah difahami..
** Gambar & Perbualan membantu kita..
** Sarat dengan nasihat..



Selamat Menonton ya... "Birrul Walidain" (=^_^=)

Jumaat, Julai 2

Kata2 Hikmah Ibnu 'Arabi رحم الله عنه



Sepertimana yang kita semua sedia maklum, banyak kitab2 Hikam yang masyhur yang diterbitkan para ulama' islam..Contohnya kitab yang masyhur dalam ilmu tasawwuf antaranya :
- Kitab Hikam al-Syaikh al-Akbar
- Hikam Abi Madyan
- Hikam Ibnu ‘Atho’illah
- Hikam Al-Haddad dan lain-lain.

Ia mengandungi berbagai hikmah dan kaedah sufiyyah, dan telah disyarah oleh beberapa ulama antaranya oleh;
Syeikh Muhammad bin Mahmud bin ‘Ali al-Damauni dan Syeikh Mulla Hasan bin Musa al-Kurdi al-Bani.

Di bawah ini saya sertaka 21 buah untaian Kata2 Hikmah daripadanya untuk kita renungi dan ambil iktibar bersama, iaitu:

كل منحة وافقت هواك، فهي محنة، وكل محنة خالفت هواك فهي منحة
1. Segala anugerah yang sesuai dengan hawa nafsumu maka itu adalah ujian, dan segala ujian yang menyalahi hawa nafsumu maka itu adalah anugerah.

ليس الزاهد من زهد في الدرهم والدينار، إنما الزاهد من زهد فيما سوى الجبار
2. Seorang zahid bukanlah orang yang zuhud dari dirham dan dinar (harta), akan tetapi seorang zahid adalah yang zuhud dari yang selain daripada Yang Maha Perkasa (Allah).

لا ينال غاية رضاه من في قلبه شيء سواه
3. Tidak akan memperoleh puncak keredhaanNYA seorang yang di dalam hatinya ada sesuatu yang selain NYA.

لا يرتجى الوصول ممن لم يتابع الرسول صلى الله عليه وسلم
4. Tidak dapat diharapkan sampai kepada Allah dari orang yang tidak mengikuti Rasululllah SAW.

لا يعرف ما نقول إلا من اقتفى أثر الرسول صلى الله عليه وسلم
5. Tidak akan faham apa yang kami katakan, kecuali orang yang telah mengikuti jejak Rasulullah SAW.

لا تأخذ العلم إلا عمن يعمل به
6. Janganlah engkau mengambil ilmu kecuali dari orang yang mengamalkannya.

ما دمت في طلب الحق، فلا تقف مع الخلق
7. Selama engkau dalam pencarian al-Haq (Allah), maka janganlah berdiri bersama makhluk.

من أخلص لله نيته، تولاه الله وملائكته
8. Barangsiapa yang ikhlas niatnya kerana Allah semata-mata, maka Allah dan para malaikatNYA akan melindunginya.

من لم يأخذ الطريق من الرجال، فهو ينتقل من محال إلى محال
9. Barangsiapa yang tidak mengambil jalan ini (jalan menuju kepada Allah) daripada para rijal (ahli ma’rifah), maka ia terus berpindah dari mustahil kepada mustahil.

لا تكون عبدا لله، وأنت تميل إلى شيء سواه
10. Engkau tidak akan menjadi hamba bagi Allah sedang engkau cenderung (hati) kepada sesuatu yang selainNYA.

لا تصحب من الرجال إلا من كان حاله يترجم دون المقال
11. Janganlah engkau bersahabat kepada para rijal melainkan orang yang halnya (perilaku zahir dan batinnya) menterjemahkan dirinya, bukan perkataannya.((Don't Judge a book by it's cover))

الحقيقة لا ينطق بها لسان، بل هي ذوق ووجدان
12. Hakikat itu tidak dapat diucapkan oleh lisan, bahkan ia adalah perasaan batin (zauq) dan emosi yang halus (wujdan/romansi).

من عرف الحق، استغنى به عن الخلق
13. Barangsiapa telah mengenal al-Haq (Allah), maka ia tidak lagi memerlukan makhluk.

من توكل على الله في جميع أموره ووالاه، أتاه برزق من حيث لا يحتسب وتولاه
14. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah dalam semua urusan dan taat setia kepadaNYA, maka Allah akan mendatangkan rezekinya dari sumber yang ia tidak sangka-sangka dan Allah akan melindunginya.

لا تصحب من الإخوان إلا صادق اللسان
15. Janganlah engkau bersahabat kepada teman-teman melainkan yang jujur perkataannya.

أكل الشبهات يورث في القلب القساوات
16. Memakan yang shubhat itu dapat mewariskan hati yang keras.

من قنع من الدنيا باليسير، هان عليه كل عسير
17. Barangsiapa yang menerima hatinya (qana’ah) dengan dunia (harta) yang sedikit, maka akan mudah baginya segala kesulitan.

من لازم ذكر الله، قطعه عن كل شيء سواه
18. Barangsiapa yang melazimkan zikir Allah, maka Allah akan memutuskan dia dari segala sesuatu selainNYA.

التوبة هي ترك الإصرار وملازمة الاستغفار
19. Taubat itu ialah meninggalkan kebiasaan membuat dosa serta melazimi istighfar.

من أصدق توجهه إلى الله، أعطاه الله كل ما يتمناه
20. Sesiapa yang jujur penumpuan hatinya menghadap kepada Allah (sidq tawajjuh) maka Allah akan memberikannya segala yang ia harapkan.

من خاف الله مولاه، خاف منه كل ما سواه
21. Barangsiapa yang takut kepada Allah sebagai Tuhannya, maka akan takut kepadanya segala yang selainNYA.

Rabu, Jun 30

Kata2 Hikmah Bahasa Arab


بيتي جنتي
Rumahku syurgaku.


الاجتهاد أساس النجاح
Usaha tangga kejayaan.


الاتحاد أساس النجاح
Bersatu asas kejayaan.


رضا الناس غاية لا تدرك
Kepuasan manusia adalah matlamat yang sukar dicapai.


كاد المعلم أن يكون رسولا
Hampir2 guru itu adalah seorang rasul (kemuliannya).


مفاتيح الأمور العزائم
Keazaman kunci segala perkara.


علموا أولادكم السباحة والرماية وركوب الخيل
Ajarilah anak2 kamu berenang,memanah dan menunggang kuda.


الوقاية خير من العلاج
Mencegah lebih baik daripada mengubati.


من سار على الدرب وصل
Sesiapa yang berjalan diatas jalan (landasan yang betul) pasti sampai kepada matlamatnya.


العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
Ilmu yang tidak diamalkan sama seperti pokok yang tidak berbuah.


قل الحق ولو كان مرا
Katakanlah sesuatu yang benar walaupun ianya pahit.


آفة الرأي الهوى
Penyakit utama didalam memberi pendapat (yang benar) ialah hawa nafsu.


اذا تم العقل نقص الكلام
Apabila sempurna akal maka kuranglah percakapan.


الجار قبل الدار
Pilihlah jiran yang baik sebelum berjiran dgn tetangga.


من لم يخطيء لا يفعل شيئا
Sesiapa yang tidak pernah membuat salah sebenarnya dia tidak melakukan sesuatu perkara baru.


من قل صدقه قل صديقه
Sesiapa yang sedikit bercakap benar akan sedikitlah kawannya.


زر غبا تزدد حبا زيارهله سحارا برتروسن نسحايا اكن برتمبه كاسيه سايع
Ziarahlah secara berterusan nescaya akan bertambah kasih sayang.


الحاجة تفتق الحيلة
Keinginan terhadap sesuatu perkara melemahkan seseorang daripada membuat helah (perancangan).


اذا كان الكلام من فضة فالسكوت من ذهب
Percakapan itu daripada perak, dan diam itu adalah dari emas.


خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik2 manusia ialah orang yang baik memberi manfaat kepada manusia.


اليد العلى خير من اليد السفلى
Tangan yang diaas lebih baik (mulia) daripada tangan yang dibawah.


خير الكلام ما قل ودل
Sebaik2 percakapan ialah yang ringkas dan bererti.


من جد وجد, من زرع حصد
Sesiapa yang berusaha akan berjaya, sesiapa yang bercucuk tanam akan menuai hasilnya.


البستان الجميل لا يخلو من الأفاعي
Kebun yang cantik tidak sunyi / kosong dari ular.


دقيقة الألم ساعة .. وساعة اللذة دقيقة
Sedetik sakit rasanya sejam, sejam kebahagiaan rasanya sedetik.


من يقع فى خطأ فهو إنسان ومن يصر عليه فهو شيطان
Sesiapa yang pernah berbuat salah, dia adalah manusia. Sesiapa yang meneruskannya maka ia adalah syaitan.


القليل إلى القليل كثير
sikit2 lama jadi bukit


منزل بلا ساعة كالسوق بلا بضاعة
Rumah tanpa jam umpama pasar tanpa barangan.

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan