topbella

Selasa, April 12

Hidayah itu milik ALLAH s.w.t

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar ikhwah & akhawat yang dihormati sekalian...

Apa khabar Iman kita? Semoga kita semua tergolong dalam golongan hambaNYA yang sntiasa mngingati tanggungjawab diri sebagai hamba ALLAH juga khalifahNYA di dunia yang fana ini..

Allahumma Aaaamin...

Erm... agak lama juga ya maksue x update blog nie, asyik tertangguh je, banyak input sebenarnya yang ingin maksue kongsikan bersama kalian, tetapi kerana diri ini lemah dalam menyusun jadual waktu sebaiknya, maka banyak juga input tergendala.. Kalau dulu maksue bolehla main-main, tapi kini fokus perlu kerana baki pengajian telah hampir sampai pada kemuncak kejayaannya, insyaALLAH...

Hihihi...
Nak menulis tapi tak pandai, hentam je laa ekk..
Entri kali nie adalah berkisar tentang "Hidayah itu milik ALLAH s.w.t"...

Lebih fokus pada satu watak dalam novelog Melur Jelita... I likeeeeeeeeeeeeee it very much...


Who???

Jeng3.....
Sebelum itu, kalau sahabat-sahabat dah add fb maksue, mungkin sahabat akan lihat di "wall fb" kebelakangan nie mesti ade link dari "Melur Jelita.com"... Kerana hakikatnya maksue dah jadi peminat setia pada satu kisah novel ASST (Awak Suka Saya Tak?)

Kenapa??!

Sebenarnya reason maksue sangat simple, kerana heronya... Siapa? Hilman... Sampaikan bila ada dua part dari ASST hero ini menghilang, ramai peminat fanatik termasuk maksue sendiri, sibuk meng"omen" mana hero kami menghilang kat penulis ASST kak Melur Jelita, hihihi...
Hidayah itu milik ALLAH s.w.t  [Watak Hilman dlm ASST buatku sntiasa mninjau MELUR JELITA] ^_^


Chup2x....
Kalian jangan salah faham... Baca duu entri ini, apakah sebab maksue menjadi minat terhadap novel ini hanya kerana hero "Hilman"?

Ermm... Meh maksue nak cerita... Dalam novel ini, penulis mengisahkan tentang kisah HUBB tapi tak tahu nak kategorikan bagaimana... Namun, ape yang menariknya, hero dalam novel ini adalah Muallaf, ye.. seorang yang berbangsa cina yang telah memeluk Islam kerana "Hidayah itu milik ALLAH s.w.t"

Ya... mungkin ada antara kalian mngatakan, novel ini mungkin hanya rekaan dari penulis, ataupun mungkin adaptasi dari realiti, siapa tahu.. Allahu 'Aalam..

Tapi pernahkah kalian terfikir, kekadang bila kita baca novel cthnya ASST atau ape jua wacana lain, kita sebenarnya WAJIB muhasabah balik diri kita nie, kita kena amik isi tersurat  dan isi tersirat yang baik dari penulis sebagai suatu teladan mahupun sempadan...

Bagi maksue, watak Hilman "the most loved" kat ASST nie.. Dalam tak sedar, i'm fall in love untuk novel nie hanya kerana watak seorang muallaf..

Allah yubarik 'alaiha buat penulis cerita nie...Sangat mendalam dan mantap sekali susunannya.. Barakallahu laki ya ukhti jamilah

Entri yg lain pon sangat menarik, sarat dengan nasihat dan tenang jiwa bila baca.. Santai gitu contohnya entri :

1)  Kisah si cilik bercerita pada ibunya

2)  Tips buat yang belum berpunya, hehehe :)

3) Gelaran ape erk yang sesuai untuk penagih dadah ^^

Nanti sahabat-sahabat jemput laa singgah ye... Best... 
Tak singgah takpe, tapi bila dah singgah, jaga-jaga "ada magnet" yang akan menarik kalian untuk terus singgah dan singgah.. Ngeee ^_^

Okla, nak kena gi kuliah nie, jadi maksue nak ceritakan asbab dan persoalan "لماذا؟؟ maksue suka baca blog Melur Jelita khassssssssssnya ASST (",)

Antara point menarik dalam novel ASST ini ialah :

1) Si hero Hilman mengajak Intan kahwin, kerana Hilman (Muallaf) tak nak bercinta non-halal.. Malangnya Heroin nya Intan (Islam sejak lahir) , tak nak, dia nak kenal-kenal dulu, tengok serasi atau tak.. < Kalian nampak bezanya?>

2) Dalam novel ini, penulis menceritakan tentang Hilman yang punyai pakej lengkap sebagai lelaki, maksue rasa laa... Sebab, Hilman nie hensem, kaya raya, ada agama, cuma nasab kerana dia berasal dari kaum cina.

Kena baca sendiri laa baru sahabat-sahabat faham ape yang sebenarnya maksue nak sampaikan katsini.. Untung jugak kalau dapat suami camni, lbih untung kalau kita bantu dia dalami lagi Islam dan beramal dengan sempurna, jihadddd tu....

Ini antara, part yang terdapat dalam novel ASST nie yg maksue katakan TERBAIKKKKKKKK...

(1) Intan tolak cinta Hilman, menyebabkan Hilman kembali sedar khilaf diri

“ Intan dah tolak saya. Saya kenal Intan macam mana. Keras . Takkan berubah. Kalau itu yang Intan cakap, itulah yang Intan buat. You told me your answer is NO. Apa saya cakap pun, Intan tak mahu terima. Di situ saya kembali tersedar, kenapa saya terlalu mengejar cinta Intan? Siapakah saya sebenarnya? Hamba Allah atau hamba cinta? Saya meletakkan cinta saya terlalu tinggi, sehingga saya lupa cinta sebenar saya untuk siapa .”

(2) Pergaduhan antara Hilman & Intan sehinggakan berlaku penghinaan terhadap keISLAMan Hilman.. Benarlah kata peribahasa "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jadinya"

Hilman : “ Nampaknya you bukan jodoh untuk I sebagaimana I selalu doakan. Pertemuan semula kita semakin hari semakin menyakitkan. Ada – ada saja yang you tak puas hati dengan I. Sampai I rasa serba salah. Wajah you tidak lagi menenangkan hati I. Penuh plastic, ego, berlagak, dendam dan marah. I rasa jiwa you kacau.”
Mak aih…Hilman kutuk aku! Aku hot semula!
Intan : “ Mr Hilman, you expect me to believe your nonsense love story? Cerita rekaan you tu? You want me to believe that you have been waiting for eight years ? Dalam filem Hindustan boleh la. Liar! ”
Hilman : “ If you don’t want to believe, it’s ok with me. But never call me a liar. Jangan nak menghina perasaan I kat you. Nampaknya you memang tak layak dapat cinta I. I mencintai orang yang salah!”
Huh! Aku genggamkan tanganku menahan marah. Ringan je aku nak lempang mukanya.
Intan : “ I don’t need your love, a stranger…yang tiba – tiba mengaku suka kat I. Yang mengaku I gadis pertama yang you bawak ke resort you, mengaku anak orang kaya. Entah – entah cerita pasal Islam you tu pun tak betul. Saja nak memikat I. You ingat I apa? I tak mudah terpedaya dengan cerita kaya raya macam tu. I tak hairan!’
Wah…kali ini Hilman nampak betul – betul marah. Dia mendekati aku…seram pulak aku tengok mukanya. Merah menyala sampai ke telinga , marah sungguh dia.
Hilman : “ I have my own life. You ingat bila I kata I suka kat you, I tak boleh lupakan you, I nak bertapa selama 8 tahun macam Budha? You ingat I macam Sunan Kali Jaga, wali songgo tu, yang bertapa selama bertahun di tepi sungai, tanpa makan dan minum? Tanpa tukar baju , tanpa bercukur? Sehingga badannya ditumbuhi pokok kerana beliau tidak berganjak? You ingat I nak duduk dan berzikir dengan nama you?”
Hilman dah buka kitab.
“ I menunggu you selama ini bukan dengan berpeluk tubuh dan berharap saja. I have to be realistic. I tetap kena belajar, tetap kena bersosial, tetap kena bernafas, kena makan , kena minum. Bukan macam hero dalam filem Hindustan . Dah ramai orang yang I bawak. Apa yang I maksudkan ialah you gadis yang I cinta, I bawa ke sana. ” Smashnya balik
“ Alhamdulillah , I Islam kerana Allah. Kalau I Islam kerana you, hari ni jugak I murtad!”
Hilman pergi dengan marah. Aku tak habis cakap lagi , dia dah belah! Banyak lagi aku nak tanya dia, pasal perempuan – perempuan yang ditidurinya. Nasib baik juga aku tak tanya, niat nak kunyah dia tapi tadi dari gayanya, macam aku nak ditelannya hidup – hidup.
Pertama kali aku melihat Hilman marah. Bukan marah yang sedikit tetapi benar – benar marah . Bila difikirkan semula, rasa macam pelik. Kenapa tergesa – gesa nak kahwin? Apa kata orang kat aku? Mesti orang ingat aku ni termengandung ke. Tahu saja la mulut orang.

Itu aja kot yang maksue leh ceritakan tentang novel ASST... Sebab watak Hilman je, kerana pemahamannya tentang Islam, kiranya dia muslim bukan kerana wanita laa kan..hihihi... Buat kak MJ, kalau baca post nie, tahniah adik ucapkan... Teruskan usaha akak, akak memang berbakat... Chaiyok3 ^_^
*** Alang-alang bercerita tentang Hilman dan ASST, maksue ingin selitkan tentang "Hidayah itu milik ALLAH s.w.t" kerana ia berkaitan dengan novel ASST...

Semoga entri ini dapat membuka minda dan mufidah serta bernilai IBADAH untuk semua.. imsyaALLAH...

Ikhwah dan akhawat yang dikasihi lillah (",)

Hidup ini adalah Pilihan dan segalanya telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t. Namun, kita harus siap menerima segala risiko dari setiap hal yang kita pilih.. dan pilihlah yang terbaik untuk agama kita, insyaALLAH, selagi mana kita berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah, kita takkan sesat selama-lamanya malahan hidup kita sentiasa diberkati oleh ALLAH..
 
Walaubagaimanapun, seperti ilmu, ianya didatangkan bukan mendatangi kita.. Jadi, hidayah itu tidak akan pernah datang kalau kita tak usaha untuk mencari dan mengejarnya, ALLAH akan memberikan hidayah kepada setiap hamba yang membuka hatinya untuk menerima kebenaran..

“Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam". (At Takwir:29)

Ohh ya.. lupa nak mention katsini dari awal tadi, siang tadi masa kelas tafsir, Dr. Tholib ada mention pada kami bahawa rezeki ini terbahagi kepada dua, sebagaimana firman ALLAH s.w.t :

‎{ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۗ أَإِلَـٰهٌ مَّعَ اللَّـهِ }
Ertinya : Dan siapakah yg memberi rezeki kpd kamu dari langit & bumi? Adakah sebarang tuhan yg lain b'sama2 ALLAH?

Apa yang kita faham mengenai Rezeki nie?? Ianya ada 2.. Maddi (material) & maknawi..
1) Maddi - hujan, makan, minum, kesihatan, sehinggakan taat kepada kedua ibu bapa, menutup aurat dengan sempurna, solat pada waktunya juga adalah rezeki bagi kita...
SubhanALLAH... kita selalu lupakan betapa ALLAH itu Maha Pemurah, tak kiranya kita nie camna, sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
TAPI!!!!!!!!!!
Sedarkah kita, Rezeki pada jenis maknawi itulah paling istimewa buat kita...

2) Maknawi - ISLAM..
- Adakah kita seorang muslim sekarang?
- Adakah kita bersyukur kerana di lahirkan sebagai seorang muslim atau kita merungut kerana ada taklifat yang perlu dilaksanakan?
- Adakah pernah kita fikirkan bagaimana sekiranya kita bukan dilahirkan dari ibu bapa yang Islam, adakah kita sekarang muslim?
- Adakah kita benar-benar muslim dari aspek akidahnya, akhlaknya, ibadahnya atau kita hanya muslim pada nama???
~~~ Fikir2kan...~~~
Kalau maksue ingat, tak lupa, insyaALLAH nanti akan berkongsi pula tentang hidayah milik ALLAH s.w.t siri 2, iaitu kita muslim tapi bagaimana konsep penutupan aurat, khasnya bagi muslimah... Adakah kita tahu, bagaimana menutup aurat dengan sempurna kerana ada bezanya TUTUP aurat dengan BALUT aurat...
Sahabat... Alhamdulillah atas nikmat Islam yang teragung dan paling besar nie... Tak ternilai bandingannya.. Syukur... Subhanallah... Walhamdulillah... Wala Ila Ha Illallah... Wallahu Akbar...

~Being Muslim by THE CHANCE or OUR CHOICE?~ Tepuk dada tanya Iman ♥
♥♥


Semoga Allah menjauhkan hati kita dari sifat2 yang tidak di RedhaiNYA..
Perjuangkanlah kebenaran itu meskipun sangat susah dan rasa sakit yang akan kita dapatkan..Percayalah bahwa kebenaran itu akan menjadi pemenang..!

Katakan yang benar, walau ianya sangat pahit....
Apa yang baik adalah dari ALLAH dan yang buruk tu datang dari khilaf maksue sendiri...
Maaf kalau tersalah bicara atau tersinggung rasa.
Sekian terima kasih..
Wassalam ^_^

***Hayati Kulluha Lillah***

Selasa, Mac 22

Hikmah Dan Misal (عبارات ما أروعها!!)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





الصادقون في عواطفهم .
لا يبالون بالمظاهر !
Sebenar-benar sahabat pada perasaan mereka....
Ialah mereka yang  tidak mementingkan luaran seseorang





من السهل أن تحب الناس ..
ولكن من الصعب أن تجبر الناس على حبك !
Sangat mudah untuk kamu menyukai seseorang..
Tetapi amat susah untuk membuat seseorang menyukai kamu



النفوس القوية ..
لا تعرف اليأس !
Jiwa yang kental.. tidak kenal erti kekecewaan




إذا أردت أن تعيش سعيداً ..
إنزع الحقد من قلبك !
Sekiranya kamu inginkan kehidupan yang bahagia.. Jauhilah perasaan dendam drpd jiwa kalbumu




الصحة مثل المال ..
لا تعرف قيمتها إلا حين تفقدها !
Kesihatan itu umpama sebuah harta.. Kamu tidak akam mengetahui nilainya melainkan setelah kamu kehilangannya




الحياه تحب من يحبها ..
والتعاطف أساس الأخلاق ..
والصدق لغة التفاهم !
Kehidupan akan lebih bermakna kepada sesiapa yang menginginkannya..
Dan kerendahan diri adalah asas akhlak yang mulia..
Dan kebenaran berbicara adalah kunci kesefahaman




الحياة كالوردة ..
كل ورقة خيال ..
وكل شوكة حقيقة !
Kehidupan itu bagaikan sekuntum bunga yang mekar..
Setiap helaian daun itu bagaikan sebuah khayalan..
Dan setiap duri itulah hakikat kebenaran..




الجهل هو الموت ..
والمعرفة هي الحياة !
Kebodohan itu umpama kematian..
Dan pengetahuan itu adalah kehidupan..




البكاء ضروري ..
ولكنه ليس حلاً !
Tangisan itu perlu..
Tetapi ia bukanlah suatu jalan penyelesaian..




لنسعد أيامنا بالإبتسامة ..
بدلاً أن نملاها بالدموع !
Untuk membahagiakan hari-hari kita adalah dengan senyuman..
Menggantikan kedukaan kita yang dipenuhi dengan titisan air mata..



Semoga semua tetamu blog maksue ini mendapat istifadah dari mutiara kata hikmah ini, insyaALLAHU Ta'ala.... 
Sekian...
Wassalam...

Jumaat, Mac 4

.:: Jika TaK KeNaL... TaK BeNCi... MaKa KeNaLi ia ::.


 اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t...

Salam Mujahadah Sayyidul Ayyam...
Semoga pada hari Jumaat Barokah ini kita dapat mempertingkatkan lagi kualiti juga kuantiti amalan-amalan ibadah agar keredhaan dan rahmat ALLAH s.w.t menjadi milik kita semua.Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Erm, jangan lupa baca Surah Al-Kahfi ya, banyak fadhilatnya selain terselamat dari fitnah Dajjal bagi sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama surah tersebut. InsyaALLAH...



Ikhwah dan Akhawat yang ku kasihi kerana ALLAH..

Pernahkan kalian mendengar istilah ini :

"Tak Kenal Maka Tak Cinta"

Rasanya istilah ini sangat masyhur dan tiptop penggunaannya di kalangan kita. Untuk mencintai, menyukai atau mengagumi seseorang yang lain, kita perlu mengenalinya terlebih dahulu, betul kan?!

Haa.... Bagaimana pula sebaliknya. Tak paham maksud sebaliknya? (",)

Erm.. Untuk menyintai atau menyukai seseorang atau sesuatu, kita perlu mengenalinya terlebih dahulu, setuju?

Begitu juga membenci dan menjauhi, untuk merasai perasaan itu kita seharusnya mengenali dulu "subjek" tersebut.
Jom... Kita ubah sikit istilah tadi, sikit ja ubah, kita tukar jadi :

.::"Tak Kenal, Maka Kita Tak Benci"::.
 
Aisyyy... Macam suspens je kan istilah terbaru ni...

Jengx3.... ^_^

Saudara juga saudariku Fillah....

Ingatkah kita pada MUSUH UTAMA kita? Musuh yang kekal abadi selama-lamanya... Musuh yang tak pernah kenal erti putus asa dalam menyesatkan manusia.. Yang telah dilontarkan dari syurga kerana keegoannya...
 
Ya... Benar... Dialah Syaitan atau Iblis Laknatullahi 'Alaih... Ia telah bermusuh dengan ayahanda kita Adam a.s, kerana keengganannya sujud bagi menghormati Adam a.s, kerana Adam diciptakan dari "tinn (tanahliat)" bukan sepertinya yang diciptakan dari "annar (api)".
 
Malahan dialah yang telah memohon untuk dipanjangkan usianya hingga ke hari kiamat, kerana matlamatnya yang satu, untuk menyesatkan juga memporakperandakan keturunan Adam a.s. iaitu manusia sehingga hari kiamat. 
 
Ia sentiasa menghasut keturunan Adam, mendatangkan perasaan waswas sehinggakan manusia termakan pujuk rayunya juga tertipu dengan kata-kata rayuannya. 

Firman ALLAH s.w.t maksudnya :
 
Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu". Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras siksa-Nya.(Surah Al-Anfal, ayat : 48)
 
~~~Na'uzubillahi Min Zalik~~~ 
 
 


...Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam...

Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia.
 

Dia (Iblis) berkata (Surah Al-Israk, ayat :62) :

“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” 




Permintaannya diperkenankan. ALLAH s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.

Firman ALLAH maksudnya: “Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.

ALLAH s.w.t berfirman :

“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-KU terus menerus hingga ke hari kiamat.
(Surah Shaad, ayat:77-78)
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.

Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Kita kena benci mereka kan? Kita tak kenal macammana nak benci.. Jomm... 

Mari kita mengenali menteri-menteri ini:-

1. Dasim

Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa?!! Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.



2. Al-A’war

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.




3. Maswath

Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.




4. Zalnabur

Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba

Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)




Kita dah kenal kan "mereka"?!! Maka, salinglah kita ingat-mengingati antara satu sama lain.. Benci dan jauhi mereka. Sayangi diri dan saudara-saudara kita, kita semua adalah bersaudara, kita dari keturunan yang satu, tiada istilah beza antara satu sama lain di sisi ALLAH s.w.t. melainkan TAQWA.

P/s : Nukilan ini dikongsi dari seorang sahabiyah dari fb, maksue olah dan tambah sedikit maklumat. Syukran pada ukhti Jannah...


~~Tiada Istilah "cannot share & copy" dalam menyebarkan dakwah dan ilmu~~


**Hidup kita keseluruhannya milik ALLAH s.w.t**

(=^_^=)

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan