topbella

Isnin, Julai 12

Orang Kedah Panggil Hammer "Mertun", Heeee Jom Kita Pantun...(",)

Assalamualaikum Pembuka Bicara,
Semoga saudara saudariku ceria & bahagia lah ya...
(=^_^=)

Hmm.... Rasanya tak complete blog maksue ni kalau takda pantun.. Bukannya apa, hobi maksue kalau waktu free dan lapang ni adalah berpantun... Heee...Mungkin sahabat nf (nasyidfm) tahu, kan2...

Tapi.... Janganlah saudara saudari / sahabat sahabiyah ingat kalau pantun ni untuk seronok2 ja, boleh sangat sambil berpantun, kita cuba laa selitkan dakwah & tarbiyyah.. Mudah-mudahan, sambil menceriakan diri dengan berpantun, kita dapat kongsikan kegembiraan serta ambil manfaat bersama... InsyaALLAH

Okeylah.... Maksue taknak laa nak bebel panjang2... Katsini maksue ada reka sedikit pantun, kalau lah pantun ni tak berapa sempurna rukun n syarat pantun tu sendiri, harap di maafin ya... Tengok pada isi nye tau, bukan pada pembukanya... Heeee.... ^_^

(",) *********************** SENYUM SENTIASA ***************************** (",)


Jenama barangan kulit glamor adalah gucci,
Di usahakan oleh keluarga Pak Dolah,
Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci,
Lidahnya pula sentiasa basah dengan zikrullah

Kerana rumput lembu dan kambing bersatu,
Berkongsi makanan tanpa ada kelahi,
Tapi kenapalah umat Islam ini taknak bersatu,
Supaya kita semua mendapat rahmat dan redha Ilahi

Amani AdamMaya Cucu Dato' Barokah,
Cucu tunggal kesayangan Datin Rohaida,
Senyuman akh dan ukhti itu adalah suatu sedekah,
Pemanis ikatan UkhwahFillah Abadan Abada.

Orang pantai timur gelar buah mangga sebagai buah pauh,
Orang Utara pula gelar "timba" yang nama asalnya baldi,
Manusia itu ibarat musafir dalam perjalanan yang jauh,
Menuju ke jambatan Akhirat yang kekal abadi

Jatuh ke lantai retaklah gelas,
Ambil salotep buat tampalan, 
Janganlah adik abang dan kakak bersifat malas,
Kerana ianya sahabat pada kegagalan

Pergi ke market membeli daun pudina,
Untuk diminum bersama teh sabah,
Sedih dan kecewa itu lumrah dunia,
Pengental jiwa melahirkan sifat sabar dan tabah

Barangan sport popular jenama cheetah,
Menjadi kegemaran ahli sukan juga para pelumba,
Ingatlah ikhwah ikhawati hadaf kita sebagai hamba,
Semuanya jelas terkandung dalam doa Iftitah

Haa...apa tu?? Hadaf kita n ikrar kita setiap kali solat laa...  
"إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين"
Ingat dah?? 
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana ALLAH Tuhan Semesta Alam"


Musim buah-buahan jom kita ramai2 pergi berkelah,
Eratkan silaturrahim rehat badan fikiran lapang,
Bersyukurlah kita dan Ingatlah sentiasa kepada ALLAH,
Kerana mengingati ALLAH itu melahirkan rasa damai jua tenang.

Indah malam disinari bintang dan bulan,
Dalil kekuasaan Khaliq Yang Maha Bijaksana,
Marilah kita dapatkan Kunci Kemuliaan,
Iaitu patuh taat pada ALLAH dan Habibil Mustafa

Cicit AyahMat namanya Nur Hayati,
Juara pidato peringkat kebangsaan,
Ayuh saudara saudariku kita hidupkan hati,
Dengan berzikir dan tadabbur ketika membaca Al-Quran 

^_^   
Cukuplah dulu dengan 10 bayt pantun ini, semoga ianya memberi manfaat dan ifadah bersama...Kalau 
tak betul@salah, tegurlah saya seorang insan yang biasa, semoga kita semua dirahmati dan dilindungi
ALLAH  sentiasa hendaknya....

شهر رمضان ربيع القلوب ، والقرآن شفاء لما في الصدور ، ولآيات الذكر الحكيم وقع وتأثير على النفوس فهي تحيي القلوب وتلين الجلود فيخرج دعاء وبكاء ومناجاة من القلوب الخاشعة والعيون الدامعة .

 يقول الله عز وجل :" الله نزل أحسن الحديث كتابا متشابها مثاني تقـشعر منه جلود الذين يخشون ربهم ثم تلين جلودهم وقلوبهم إلى ذكر الله
 صدق  الله  العظيم


Coretan Ikhlas dari,
Maksue_sakinah
**Hayati Kulluha Lillah**

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan