topbella

Rabu, Jun 30

Ayat Kursi



KHASIAT AYAT KURSI

Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat Ayat Kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.




Khasiat Ayat Kursi:

1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.


3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.


4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.


5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.


6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.


7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.


8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.


9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.


10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Doa Utk Imtihan




*** اللهم أني استودعتك ما قرأت و ما حفظت و ما تعلمت فرده عند حاجتي اليه انك على كل
شيء قدير ، حسبنا الله و نعم الوكيل

*** اللهم أني توكلت عليك و سلمت امري اليك لا ملجأ و منجا منك إلا اليك

*** رب أشرح لي صدري و يسر لي أمري و احلل عقدة من لساني يفقه قولي بسم الله الفتاح، اللهم لا سهل ألا ما جعلته سهلا و انت تجعل الحزن اذا شئت سهلا يا ارحم الراحمين

*** لا إله الا انت سبحانك أني كنت من الظالمين يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث ، رب ان مسني
الضر أنك أرحم الراحمين

*** اللهم يا جامع الناس في يوم لا ريب فيه أجمع علي ضالتي

*** الحمد لله الذي هدانا لهذا و ما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله

*** إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون

*** اللهم إنك تعلم سري وعلانيتي فاقبل معذرتي وتعلم حاجتي فاعطني سؤلي وتعلم مافي نفسي
فاغفر لي ذنبي يا من يعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور استغفرك وأتوب إليك وألجأ إليك
وأتوكل عليك

*** اللهم أخرجني من ظلمات الوهم وأكرمني بنور الفهم وافتح عليَّ بمعرفة العلم وحسـن أخلاقي
بالحلم وحبب إلى قلبي وعقلي ونفسي وكل جوارحي القراءة والدراسة والتعـلم والمطالعة

GIGI BERSERI


Makanan Untuk Gigi Anda

Senyumlah dan semua orang akan senyum bersama anda! Tetapi anda tidak akan senyum jika anda mempunyai kaviti atau gusi berdarah.

Gigi menjadi kuat jika ada mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium dan fluorida. Jadi, anda perlu makan banyak makanan berkalsium, seperti susu, keju, tauhu, ikan bilis dan makanan bijirin diperkuat.

Menjaga Gigi Anda

Anda harus memberus gigi 3 kali sehari untuk menghalang gigi anda daripada reput. Gigi yang reput adalah sangat menyakitkan dan lama-kelamaan akan tercabut.

Selain memberus gigi, anda juga harus selalu flos gigi anda, kerana ia membersihkan ruang di antara gigi anda yang tidak dapat dibersihkan dengan berus gigi biasa. Jangan makan terlalu banyak makanan yang manis dan bergula, kerana gula menyebabkan kerosakan gigi. Jika anda ingin menikmati snek manis, anda harus berkumur atau memberus gigi anda selepas itu.

Ingatlah… doktor gigi adalah teman setia anda. Pergilah berjumpa selalu !
Masalah & Rawatan Gigi


Inilah beberapa masalah yang akan dihadapi jika anda tidak menjaga gigi anda dengan baik:

* Kaviti – Gigi anda akan reput dan lubang akan kelihatan. Walaupun ini disebabkan oleh bakteria, kekurangan kalsium dalam diet anda juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat kaviti.
* Pulpitis – Pulpa gigi anda menjadi radang dan menyebabkan sakit teruk.
* Gingivitis – Gusi anda menjadi bengkak dan mudah berdarah. Adakalanya, kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi, yang mungkin menyebabkan gingivitis.

Jadi, jika anda mengalami masalah gigi, cepatlah berjumpa doktor gigi!

MENJAGA RAMBUT ANDA


RAMBUT YANG SIHAT

Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa anda berasa sihat dan yakin pada diri sendiri!

MAKANAN UNTUK RAMBUT???

Anda mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien. Misalnya, rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kacang-kacang, buah-buahan, tomato dan susu. Kerosakan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai gangguan cara makan, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi, makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat!

PENJAGAAN & RAWATAN YANG BETUL

Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:

* Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
* Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
* Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
* Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
* Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
* Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.

Adakan Ini Benar?


Mitos #1: Membubuh susu pada rambut saya akan menjadikannya lebih berkilat.
Benar/Palsu? Palsu. Susu harus diminum, bukan digunakan sebagai ‘syampu’. Makanlah dengan sihat dan seimbang untuk mendapatkan rambut yang sihat.

Mitos #2: Mengambil pil dan herba ‘rawatan rambut’ akan membantu rambut saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Bahan-bahan ini tidak menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sebaliknya, pil-pil yang mempunyai kandungan vitamin A dan E yang amat tinggi, jika diambil untuk jangka masa yang lama, boleh menyebabkan keguguran rambut.

MENJAGA KULIT ANDA


KULIT YANG SIHAT

Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan mengagumi anda.

Kulit yang sihat juga melindungi anda daripada sinaran matahari dan bahan-bahan lain yang boleh memasuki badan anda. Kulit anda ialah sistem pertahanan badan anda, jadi jagalah ia dengan baik.

BENARKAH ADA MAKANAN KHAS UNTUK KULIT?

Anda tidak memerlukan banyak losyen atau kosmetik untuk mempunyai kulit yang cantik atau sihat. Makanan juga mempunyai banyak nutrien semulajadi yang bagus untuk kulit anda. Tetapi cara yang betul untuk kulit anda mendapati nutrien-nutrien ini ialah dengan mengikuti cara pemakanan yang seimbang, bukan dengan meletakkannya atau memerahnya pada kulit anda.
Nutrien Untuk Kulit Anda

Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

MASALAH BIASA KULIT

“Alamak! Jerawat!!”

Jerawat dan akne adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa akil baligh. Masalah ini bukannya serius sangat, tetapi anda boleh mendapatkan rawatan perubatan jika anda risau.

Masalah kulit akan menjadi lebih teruk jika anda tidak mengikuti cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting, anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.

CARA JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL

Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:

* Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.
* Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
* Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.
* Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.

Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda harus berjumpa pakar dermatologi (seorang doktor yang pakar dalam penjagaan kulit).
Adakah Ini Benar?

Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.

Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.

Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.

Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.

Rahsia Buah Kurma


Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil تمر tergolong dalam keluarga phoenix.

Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.

Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Umat Islam disunatkan untuk berbuka puasa dengan kurma.

Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)

Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa.
Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya.Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

*Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama "air kurma susu". Cara buatnya amat mudah, iaitu : (=^_^=)

1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum

Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah!!

Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.
Sumber : http://pakarhowto.com

Kata2 Hikmah Bahasa Arab


بيتي جنتي
Rumahku syurgaku.


الاجتهاد أساس النجاح
Usaha tangga kejayaan.


الاتحاد أساس النجاح
Bersatu asas kejayaan.


رضا الناس غاية لا تدرك
Kepuasan manusia adalah matlamat yang sukar dicapai.


كاد المعلم أن يكون رسولا
Hampir2 guru itu adalah seorang rasul (kemuliannya).


مفاتيح الأمور العزائم
Keazaman kunci segala perkara.


علموا أولادكم السباحة والرماية وركوب الخيل
Ajarilah anak2 kamu berenang,memanah dan menunggang kuda.


الوقاية خير من العلاج
Mencegah lebih baik daripada mengubati.


من سار على الدرب وصل
Sesiapa yang berjalan diatas jalan (landasan yang betul) pasti sampai kepada matlamatnya.


العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
Ilmu yang tidak diamalkan sama seperti pokok yang tidak berbuah.


قل الحق ولو كان مرا
Katakanlah sesuatu yang benar walaupun ianya pahit.


آفة الرأي الهوى
Penyakit utama didalam memberi pendapat (yang benar) ialah hawa nafsu.


اذا تم العقل نقص الكلام
Apabila sempurna akal maka kuranglah percakapan.


الجار قبل الدار
Pilihlah jiran yang baik sebelum berjiran dgn tetangga.


من لم يخطيء لا يفعل شيئا
Sesiapa yang tidak pernah membuat salah sebenarnya dia tidak melakukan sesuatu perkara baru.


من قل صدقه قل صديقه
Sesiapa yang sedikit bercakap benar akan sedikitlah kawannya.


زر غبا تزدد حبا زيارهله سحارا برتروسن نسحايا اكن برتمبه كاسيه سايع
Ziarahlah secara berterusan nescaya akan bertambah kasih sayang.


الحاجة تفتق الحيلة
Keinginan terhadap sesuatu perkara melemahkan seseorang daripada membuat helah (perancangan).


اذا كان الكلام من فضة فالسكوت من ذهب
Percakapan itu daripada perak, dan diam itu adalah dari emas.


خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik2 manusia ialah orang yang baik memberi manfaat kepada manusia.


اليد العلى خير من اليد السفلى
Tangan yang diaas lebih baik (mulia) daripada tangan yang dibawah.


خير الكلام ما قل ودل
Sebaik2 percakapan ialah yang ringkas dan bererti.


من جد وجد, من زرع حصد
Sesiapa yang berusaha akan berjaya, sesiapa yang bercucuk tanam akan menuai hasilnya.


البستان الجميل لا يخلو من الأفاعي
Kebun yang cantik tidak sunyi / kosong dari ular.


دقيقة الألم ساعة .. وساعة اللذة دقيقة
Sedetik sakit rasanya sejam, sejam kebahagiaan rasanya sedetik.


من يقع فى خطأ فهو إنسان ومن يصر عليه فهو شيطان
Sesiapa yang pernah berbuat salah, dia adalah manusia. Sesiapa yang meneruskannya maka ia adalah syaitan.


القليل إلى القليل كثير
sikit2 lama jadi bukit


منزل بلا ساعة كالسوق بلا بضاعة
Rumah tanpa jam umpama pasar tanpa barangan.

Kata2 Hikmah Bahasa Arab

بيتي جنتي
Rumahku syurgaku.

الاجتهاد أساس النجاح
Usaha tangga kejayaan.

الاتحاد أساس النجاح
Bersatu asas kejayaan.

رضا الناس غاية لا تدرك
Kepuasan manusia adalah matlamat yang sukar dicapai.

كاد المعلم أن يكون رسولا
Hampir2 guru itu adalah seorang rasul (kemuliannya).

مفاتيح الأمور العزائم
Keazaman kunci segala perkara.

علموا أولادكم السباحة والرماية وركوب الخيل
Ajarilah anak2 kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.

الوقاية خير من العلاج
Mencegah lebih baik daripada mengubati.

من سار على الدرب وصل
Sesiapa yang berjalan diatas jalan (landasan yang betul) pasti sampai kepada matlamatnya.

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
Ilmu yang tidak diamalkan sama seperti pokok yang tidak berbuah.

قل الحق ولو كان مرا
Katakanlah sesuatu yang benar walaupun ianya pahit.

آفة الرأي الهوى
Penyakit utama didalam memberi pendapat (yang benar) ialah hawa nafsu.

اذا تم العقل نقص الكلام
Apabila sempurna akal maka kuranglah percakapan.

الجار قبل الدار
Pilihlah jiran yang baik sebelum berjiran dgn tetangga.

من لم يخطيء لا يفعل شيئا
Sesiapa yang tidak pernah membuat salah sebenarnya dia tidak melakukan sesuatu perkara baru.

من قل صدقه قل صديقه
Sesiapa yang sedikit bercakap benar akan sedikitlah kawannya.

زر غبا تزدد حبا زيارهله سحارا برتروسن نسحايا اكن برتمبه كاسيه سايع
Ziarahlah secara berterusan nescaya akan bertambah kasih sayang.

الحاجة تفتق الحيلة
Keinginan terhadap sesuatu perkara melemahkan seseorang daripada membuat helah (perancangan).

اذا كان الكلام من فضة فالسكوت من ذهب
Percakapan itu daripada perak, dan diam itu adalah dari emas.

خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik2 manusia ialah orang yang baik memberi manfaat kepada manusia.

اليد العلى خير من اليد السفلى
Tangan yang diaas lebih baik (mulia) daripada tangan yang dibawah.

خير الكلام ما قل ودل
Sebaik2 percakapan ialah yang ringkas dan bererti.

من جد وجد, من زرع حصد
Sesiapa yang berusaha akan berjaya, sesiapa yang bercucuk tanam akan menuai hasilnya.

البستان الجميل لا يخلو من الأفاعي
Kebun yang cantik tidak sunyi / kosong dari ular.

دقيقة الألم ساعة .. وساعة اللذة دقيقة
Sedetik sakit rasanya sejam, sejam kebahagiaan rasanya sedetik.

من يقع فى خطأ فهو إنسان ومن يصر عليه فهو شيطان
Sesiapa yang pernah berbuat salah, dia adalah manusia. Sesiapa yang meneruskannya maka ia adalah syaitan.

القليل إلى القليل كثير
sikit2 lama jadi bukit

منزل بلا ساعة كالسوق بلا بضاعة
Rumah tanpa jam umpama pasar tanpa barangan.

أنا العبد

أنا العبد الذي كسب الذنوبا
وصدته الأماني أن يتوبا
أنا العبد الذي أضحى حزينًا
على زلاته قلقًا كئيبا

أنا العبد الذي كسب الذنوبا
وصدته الأماني أن يتوبا
أنا العبد الذي أضحى حزينًا
على زلاته قلقًا كئيبا

أنا العبد الذي سُطِرت عليه
صحائف لم يخف فيها الرقيبا
أنا العبد المسيئ عُصيت سرًّا
فما لي الآن لا أبدي النحيبا
أنا العبد الذي كسب الذنوبا
وصدته الأماني أن يتوبا
أنا العبد الذي أضحى حزينًا
على زلاته قلقًا كئيبا

أنا العبد المفرط ضاع عمري
فلم أرع الشبيبة المشيبا
أنا العبد الغريق بلج بحرٍ
أصيح لربّما ألقى مجيبا

أنا العبد الغريق بلج بحرٍ
أصيح لربّما ألقى مجيبا

أنا العبد الذي كسب الذنوبا
وصدته الأماني أن يتوبا

أنا العبد الذي أضحى حزينًا
على زلاته قلقًا كئيبا

أنا العبد الذي السقيمُ من الخطايا
وقد اقبلت ألتمس الطبيبا
أنا العبد الشريدُ ظلمتُ نفسي
وقد وَافيتُ بابكم مُنيبا

أنا العبد الشريدُ ظلمتُ نفسي
وقد وَافيتُ بابكم مُنيبا

أنا العبد الذي كسب الذنوبا
وصدته الأماني أن يتوبا
أنا العبد الذي أضحى حزينًا
على زلاته قلقًا كئيبا

Petua Mencuci Hati


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada HATI. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
- Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang shubhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat

--
"wahai TUHAN ku tak layak ke syurgaMU ...namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU....kami lah hamba yang mengharap belas dariMU ..."ya ALLAH jadikan lah kami hamba2 MU yang bertaqwa.. Ampunkan dosa2 kami, Kedua ibubapa kami, Dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Aaamin....

PETUA & LANGKAH BIJAK PELAJAR YANG CEMERLANG

1. Gunakan kedua-dua bahagian otak
otak kiri ; sains – bacaan
otak kanan ; kreatif – imaginasi – kerja tangan
** gunakan kedua-duanya serentak.
** sambil membaca, buat catatan.

2. Ransang semua deria yang diguna ketika belajar. Kena ingat :
10 % apa yang kita baca ( Penglihatan ; mata )
20 % dari pendengaran ( Telinga )
50 % dengar dan catat ( Tangan )
70 % dengar, catat dan baca
90 % dengar, catat, baca dan amalkan ( Buat latihan )

3. Belajar dengan aktif
Baca gerakkan jari, garis, pegang pen, conteng, catat.
Buat carta minda.
Tulis isi-isi penting dan jadikan nota kecil.
Jangan Pasif !!

4. Luangkan masa 3 jam untuk buat ulangkaji
Keadaan diri mesti bersedia untuk input maksimum.

5. Bentuk persekitaran yang kondusif
Gunakan wallpaper hijau atau kuning.
Pastikan pencahayaan mencukupi.

6. Hindari bunyi bising
Jangan sesekali dengar lagu-lagu semasa belajar.
Hanya gunakan muzik perlahan untuk ransang otak kanan semasa membaca.

7. Tampal poster kata-kata hikmat & motivasi
Ransang minda secara subliminal ( berterusan tanpa sedar )

8. Ubahsuai tempat belajar biar menghadap kiblat
Jangan sambil baring, bersila atas lantai.
Hadap diri ke tingkap, dpt lebih udara segar
Jangan hadap ke arah yang boleh mengalih perhatian/penumpuan.

9. Pakai wangi-wangian
Utk menguatkan ingatan.
Elakkan bau busuk, pastikan tempat belajar tersusun & rapi.

10. Jangan ponteng kelas dengan sengaja
Hilang keberkatan dari kelas dan pensyarah.
Minta maaf dari pensyarah bila tidak hadir.
Ikut segala nasihat & panduan yg diberikan oleh pensyarah.

11. Sentiasa ulangkaji dengan kaedah output. Ransang sel otak untuk keluarkan
apa yang telah disimpan.
** Baca gunakan jari.
** Ingatkan semula secara imaginasi.
** Lakar peta minda atau tulis semula.
** Semak semula, jawab soalan.

ETIKA MASA SEORANG MAHASISWA/WI



1. Selamatkan masa, kenalpasti ‘pencuri-pencuri’ masa anda
Lihat jadual waktu yang anda ada. Adakah anda terlebih menggunakan masa pada sesuatu yang tidak penting, contohnya 30 minit, anda ada lagi 3 tugasan seperti itu, bererti satu jam setengah sehari. Bagaimana jika 7 hari? Banyak bukan… kenal pasti apakah perkara yang menjadi ‘pencuri’ masa anda dari sekarang.

2. ‘Taat’ pada jam anda
Jam adalah penunjuk kepada waktu dan perjalanan setiap hari
Ramai orang tidak menyedari betapa ‘berkuasanya’ jam yang mereka miliki.
Jam perlu ‘ditaati’ sekiranya anda ingin berjaya dan cemerlang dalam hidup.
Jangan ‘berdalih-dalih’ dengan jam anda ; menangguhkan kerja, lewat, membazirkan masa, tidak tepati janji dan sebagainya.

3. ‘Hormati’ jadual waktu anda
Anda perlu ‘menghormati’ jadual waktu anda. Anda sudah memikirkan jadual yang terbaik untuk anda. Anda membuatnya dengan penuh motivasi dan keyakinan untuk berjaya dalam hidup. Tiba-tiba anda ingin ‘mempermainkannya’?
Di mana letaknya harga diri anda apabila anda ‘memperlekehkan’ hasil usaha keyakinan diri anda?
Hormatilah diri anda sendiri. Hormatilah jadual waktu anda.

4. Isi masa-masa yang ‘tersembunyi’
Sedar ataupun tidak, terdapat banyak masa ‘tersembunyi’ yang dapat dimanfaatkan seperti ketika menunggu bas, dalam perjalanan pulang ke rumah, selang antara 2 waktu dan banyak lagi. Selalunya kita berbual, termenung, berangan-angan dan banyak lagi perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Isilah masa-masa ini dengan sesuatu yang berfaedah. Sedikit-edikit lama-lama jadi bukit.

5. Tukar tabiat masa
Tukar daripada tabiat melengahkan kepada tabiat cekap dan pantas. Daripada pemalas kepada rajin dan bersemangat. Daripada membuang masa kepada seorang yang memanfaatkan masa.
Caranya, binalah sikap baru dalam diri anda.
Mulai hari ini, pandanglah diri anda sebagai seorang yang menghargai masa.

6. Masa adalah emas dalam tanah
Sedarilah, MASA ITU ADALAH EMAS, sekiranya anda inginkan emas, anda perlu melombongnya terlebih dahulu. Selepas itu, ia perlu dibersihkan daripada Lumpur dan kotoran. Kemudian ia perlu dipanskan dalam relau yang sangat panas dan akan ditempa dengan lembut dan berhati-hati.
Begitulah juga dengan masa anda. Ia akan menjadi emas yang cantik sekiranya anda berusaha dan tekun bagi menjadikannya begitu.

Isnin, Jun 28

Fadhilat Bulan REJAB, SYAABAN dan RAMADHAN

"Artikel ini saya petik dari sebuah laman web, dan telah disunting kerana ianya agak panjang untuk menjadi santapan pembaca. Artikel ini dipilih kerana ia membahaskan tentang fadhilat-fadhilat bulan Rejab yang selalu diterangkan, dihebohkan, dan diamalkan oleh umat Islam di sini. Artikel ini juga, memngupas perbahasan dan kajian ulama yang terkemuka dan kontemporari yang harus kita ikuti kerana mereka adalah pewaris para Nabi." Wallahu A'lam. Marilah sama-sama kita hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dan memperbanyakkan amalan sunnahnya. Walaupun sedikit ianya amat berharga.Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi.

Bulan Rejab : Apakah fadhilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw.

Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup ke dalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadhilat-Fadhilat beribadat di dalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadhilat-fadhilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab.


Begitu juga di zaman era Internet ini (ICT), e-mail dan mailing list yg di forwardkan mengandungi ‘cut & paste’ dari fadhilat-fadhilat Rejab yg terkandung di dalamnya. Rata-rata tarikan fad’il (fadhilat-fadhilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya’ir dibawah ini: [1]

“ Rejab bulan menabur benih Sya’ban bulan menyiram tanaman Ramadan bulan menuai Rejab menyuci badannya. Sya’ban menyucikan hati. Ramadan menyucikan rohnya. Rejab bulan marghfirah. Sya’ban bulan syafaat. Ramadan bulan menggandakan kebajikan. Rejab bulan taubat. Sya’ban bulan muhibbah. Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya. Rejab digandakan 70 pahala. Sya’ban diganda 700 pahala. Ramadan diganda 1000 pahala. Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan di dalam lubuk hati kita: -

Mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya?


Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa di dalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Di sini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama’-ulama’ muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadhilat yg terdapat di dalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadhilat yg terkandung didalam Rejab. Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram. Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ di dalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.”Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan “diantaranya empat bulan yg di hormati” ialah:

“Empat bulan Haram – Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab“ [2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang di dalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Di dalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), di mana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakkan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadhilat khas berpuasa di dalam bulan Rejab?

Di sini di nyatakan pandangan para ulama’ mengenai kesahihan fadhilat Rejab.

1] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain… Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat di dalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:

“tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut di dalam kitabnya – di dalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah: 36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram. Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadhilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdhal, melainkan Hadis Hasan : Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa di dalam Sya’ban..”

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadhilat-fadhilat khas Rejab kebanyakan merupakan Hadis Palsu ataupun yg sangat Lemah tarafnya :
“Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadhilat Rejab – “

Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadis ini Palsu! …. Yakni penipu.. Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Di situ ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristighfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan….”

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan di dalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya: “Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong.”


d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau : “Ulama’ telah memberi amaran contohnya ke atas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya… Sesungguhnya telah datang hadis : ”Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong..”(Riwayat Muslim di dalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya…. maka di sana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb……….”

2. Ibnu Hajar Al-Asqalani (Pengarang Kitab Syarah Sahih Bukhari (Fathul Bari)

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat di dalam fatwa Shiekh Al-Saqr [5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:

“Ibnu Hajar di dalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada amalan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu di dalam hadis Nabi saw bersabda :”Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail”.Riwayat Muslim.

Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg di dalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya “Bid’ah wa hawadith” bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis :

1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

2. Menjadikan ia seperti kefardhuan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.

3. Kerana puasa ini mempunyai fadhilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : “Puasa adalah amalan kebajikan”., Tidak terdapat fadhilat berpuasa di dalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar.”

3] Dr. Sayid Saabiq

Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq di dalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa : “Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram”.

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadhilat-fadhilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].


Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif. Di bawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab: [7]

Barangsiapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salam pada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

Barangsiapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A’uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A’uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat ke atas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. -Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul (tidak dikenali)

Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.-Hadis sangat Dhaif.
*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.


Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.
-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.
-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.
-Hadis ini Mawdhu’ (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu’.





Bagaimana beramal didalam bulan ini?

- Sheikh Mahmud Al-Sya’rawi [8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan ‘am yg afdhal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad : “Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah di bulan Haram, maka sesungguhnya di dalamnya dari Taubat Allah swt ke atas satu kaum, dan terdapat taubat di dalamnya untuk satu kaum yg lain” Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt di dalam bulan-bulan ini.
- Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya’ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya”

Posted by DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan