topbella

Ahad, Mei 22

Sedikit Perkongsian TIPS BELAJAR Yang Efektif dariku buat Sahabat2 (=^_^=)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
بسم الله الرحمن الرحيم...


Salam Mujahadah Lillah... ^_^






Sahabat Ikhwah & Akhawat mesti agak tertekankan, maklumla fatrah imtihan nie, banyak nak kena study, masa pulak semakin suntuk. Hmm, di sini maksue ingin kongsikan beberapa tips yang maksue sendiri amalkan, semoga ianya berfaedah untuk semua serta kita tergolong dalam golongan mahasiswa/mahasiswi yang cemerlang walau di mana sahaja kita berada. InsyaALLAH!


Ohh ya, oleh kerana maksue sekarang berada kat Bumi Anbiya’, semestinya penduduknya adalah Bangsa Arab. Pernah makan makanan Arab tak? Tips maksue adalah dari sejenis ruz Arab iaitu MANSAF… Lepas kita menikmati MANSAF baru TIDUR


Hehehe, agak pelik? Meh nak huraikan maksudnya..


M – Mengulangkaji pelajaran


Ingat : اجتهد ولا تكسل ، فالندامة عقبى لمن يتكاسل 
Bersungguh-sungguhlah kamu & jangan malas, maka kekesalan itu  
akibat kpd mereka yang malas.


Prioriti utama menuju kejayaan dalam belajar mestilah ulangkaji kan, macam huffaz gak, kena ulangkaji hafazan, baru kekal, pendek kata kalau tak study camna nak berjaya. J


A – Aktif (Maksudnya kita dalam belajar janganlah pasif).


Aktif bagaimana? Haa, bila kita belajar, tangan kita kena aktif mencatat isi-isi penting, macam buat nota kecil tepi buku ke. Conteng ilmu sikit-sikit takpe kat buku, janganlah kononnya menjaga sangat sampai putih bersih je buku tu sampai kalau orang tanya pun, kita sendiri tak paham. Tapi jangan “over-conteng”, comot lak kitab tu nanti. (“,)


Misalan masa pensyarah ajar, acapkali mereka menyebut isi-isi penting, tulis & catat, penting sangat catatan kecil ini. Andai kata kita nak aktif lagi, nak minda lebih berkembang, soal pensyarah apa yang tak difahami.


Lagi satu AKTIF BUKA KAMUS, jadikan kamus tu sahabat baik kita, sememangnya mempelajari bahasa asing khasnya bahasa Arab bukanlah suatu yang mudah, kerana begitu istimewanya Kalamullah nie, bahasanya tinggi. Jadi, jom kita pakat-pakat kawan dengan kamus. Lebih efektif, sediakan satu buku kecil, catat perkataan-perkataan baru yang dijumpai, hafal.. Kosakata penting untuk dikuasai.


N – Nota


Ini bergantung pada individu lah, kalau maksue sendiri study ikut buku semata-mata tanpa ada nota kecil & ber”colourful”, kesan kefahaman & ingatan agak kurang, kerana bila kita mengulangkaji, kemudian menulis lagi nota sambil menghias, kita tak mengantuk juga tak mudah bosan, malahan kita dapat 3M (membaca, memahami, mengingati)


p/s : Yang nota nie bukan bagi yang study last minit ye, nota nie konsisten dari awal belajar, satgi kot sebab nak nota cun bombastik, tak sempat lak nak study. Nayya!! ^_~


Nayya laaa... 
~Keburukan serta kesan study last minit nie, kita akan sentiasa gelisah, takut, tergopoh gapah sehinggakan silap hari bulan, nota penting perlu dulangkaji, kita "skip" sebab takda masa dah nak study, sapa rugi?? Kita kan...
~Mungkin la ada yang dapat hafal, tapi ianya hanyalah sekadar ingatan jangka pendek, ilmu kita perolehi ini biarlah fis sudur (di hati) bukannya sekadar fis sutur (di buku semata-mata). Ingat!!! Belajar bukan untuk imtihan, tapi sebagai bekalan menuju kehidupan yang cemerlang di dunia juga akhirat, insyaALLAH.

S – Strategi


Dalam belajar nie, strategi tu penting, seperti nota, strategi berdasarkan individu, ade orang study konsisten dari awal, namun ada juga yang last minit study, ape yang penting, susun & rangka cara pembelajaran kita sebaiknya, kita tak boleh tiru orang, minda & tahap kefahaman kita berbeza.


Kalau maksue, maksue suka buat suatu susunan ayat menarik, tak kisah la subjek ape pon, hatta syair, ikut kreativiti lah ye, hehe J Macam MANSAF juga. 
Ingat tak masa sekolah menengah dulu, guru kita ajar tentang warna-warna pelangi, ada kan (Michael Jackson Kena Halau Balik India Utara – Merah, Jingga, Kuning, Hijau, 
Biru, Indigo, Ungu). 
Haa, selain aktif, strategi kita tu perlu kreatif & kritis, jadi.., susun strategi pembelajaran kita elok-elok. InsyaALLAH, natijahnya pasti meyakinkan.


A – Amanah & Jujur


Firman ALLAH s.w.t :" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya." 
[Al-Mu’minun:8]

Haa… Kita jangan lupa yang nie, amanah & kepercayaan dari mak ayah kita, kan kita dah berjanji dengan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh? Jauh mereka hantar kita belajar, jangan sesekali sia-siakan harapan dan kepercayaan mereka. 


Al-muhimm, kita telah berjanji dengan ALLAH s.w.t untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNYA kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu khasnya di bumi barokah ini, selain pengalaman, mutiara ilmu ini adalah pahala juga bekalan menuju ke akhirat sana.


F – Fokus


Semua tahu kan, dalam nak lakukan apa jua tindakan, mestilah hanya satu perkara dalam satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari, takpun kononnya nak 2 in 1 (Contohnya layan FB / chatting / tengok cerita sambil study, mamnuk!!). Lakukan dengan sepenuh hati, satu perkara sahaja, fokus, fokus dan fokus, bukan sambil lewa.






Bila dah selesai M-A-N-S-A-F, baru boleh T-I-D-U-R, bukan maksue maksudkan lepas menikmati MANSAF ni kita terus TIDUR tapi huraiannya ialah :


- Tawakkal
I   - Ikhlas
- Doa
- Usaha
- Responsibility


T-I-D-U-R  nie sahabat Ikhwah & Akhawat, kita buat turutan menaik ya, iaitu mula-mula sekali kita RESPONSIBILITY pada diri, tanggungjawab diri tu (MANSAF), sekaligus kita USAHA sesungguhnya, kemudian pohon DOA pada ALLAH s.w.t disertai dengan IKHLAS, akhir sekali kita TAWAKKAL. 


Kan kita dah “ijtihad & mujahadah”, bila kita dah masuk imtihan nanti, bila pensyarah minta kita berhenti menulis sebab masa dah tamat, maka sebutkanlah "Bismillahi Tawakkaltu 'Ala Allahi Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil 'Azim."


Itu saja sedikit perkongsian tips dari maksue, renung-renungkan dan selamat beramal.


 “Allahumma La Sahla Illa Ma Ja'altahu Sahla  Wa Anta Taj'alul Hazna Iza Syi'ta Sahla


Akhir kalam, 
Bittaufiq Wan Najah Fi Kulli Imtihaanat Fid Dinn Fid Dun-ya Wal Aakhirah.






Wassalam (=^_^=)


***Hayati Kulluha Lillah***

Maksue_Sakinah

Sabtu, Mei 7

Doa untuk mencari Mursyid/ Murobbi/ Guru (",)

Salam Mujahadah Lillah...
Apa khabar sahabat2 & tetamu blog ertiketenangan? Didoakan agar kalian juga diri ini sntiasa sihat sejahtera, mendapat taufiq hidayahNYA juga sentiasa dalam lindungan rahmat dan mendapat maghfirah dariNYA... InsyaALLAH..


Sahabat yg dirahmati ALLAH...


Entri kai nie maksue takde celoteh panjang2 cuma maksue forward dari mesej ym...
Saje letak kat blog... Boleh kita semua ambil manfaat dan amalkannya bersama, insyaALLAH...

Doa untuk mencari Mursyid/ Murobbi/ Guru : 


اللهم دلني على من يدلني عليك و أوصلني الى من يوصلني اليك 
(Allahumma dullani ala man yadulluni alaik, wa ausilni ila man yuusiluni ilaik) 


Maksudnya : "ALLAH tunjukkanlah aku orang yang dapat menunjukkan aku kepadaMU, dan sampaikanlah aku pada orang yang dapat menyampaikan aku kepadaMU"


Nak senang lagi, ni nanti "save" gambar nie, ade baris senang baca :






Kenapa ya kita perlu amalkan doa nie??


Haa... Untuk pengetahuan ikhwah dan akhawati, sebenarnya doa ini adalah doa amalan :
1) Imam al Junaid 
    dan 
2) Syeikh Muhammad Syihabuddin asSya'bandi 


Doa nie di bacakan pada setiap kali sujud terakhir dalam solat… (=^_^=)


Hatta Junjungan Mulia SAW sendiri mempunyai guru iaitu Jibril `alaihissalam, apatah lagi kita, hamba faqir yang lemah pasti berhajatkan Murobbi dan Mursyid.  Setuju tak??


Semoga ALLAH mengurniakan kita guru/ mursyid yg dapat membawa kita pada Ma'rifat dan Cinta ALLAH.. Renung-renungkan dan Selamat beramal.. (=^_^=) 

Ahad, Mei 1

لو كان بيننا (Jikalau Rasulallah s.a.w ada bersama kita).. Apa perasaan kita?!!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

Salam Mujahadah Fillah...
Kaifahalukum tetamu2 blog ini? Maksue doakan agar sihat sejahtera, ringan tubuh badan dalam menunaikan kewajipan kita sebagai hambaNYA.. Sentiasa memperoleh rahmat, maghfiroh, 'inayah dariNYA..

Entri kali nie, ingin sekali maksue kongsikan tentang salah satu rancangan tv yang popular di tanah arab iaitu "لو كان بيننا"... Ya, Jikalau Rasulallah s.a.w ada bersama kita, apakah tindakan kita?! Perasaan kita?!Dalam keadaan kita yang sekarang ini...

Perkongsian ini juga terhasil dari satu sharing video salah seorang sahabat kat laman web sosial fb.. Jadi, maksue cuba masukkan kat blog.. Ramai dapat baca...

Ahaaaa, Seandainya laa kan,  Rasulallah s.a.w ada bersama kita, apakah tindakan kita?! Perasaan kita?! Dalam keadaan kita yang sekarang ini...??!! Terus terang dan jujur maksue katakan, maluuuuuuuu sangat... Bagus sangat rancangan ini, hadaf (matlamat) rancangan ini pengacara ni cakap, untuk para pemuda pemudi, bukanlah nak kita kembali pada zaman Rasulallah s.a.w, tapi andaikata Rasulallah s.a.w ada bersama kita, pada alaf 21 ni, mungkin Rasulallah s.a.w boleh beri petunjuk dan bimbingan pada kita untuk menjadi muslim sejati...  

Di sini maksue selitkan video tersebut.. Satu episod khas... 

 

Mungkin kalau nak lebih jelas, sahabat-sahabat boleh cari sendiri kat youtube.. Ada terjemahan katsana.. Pelbagai bahasa...

Ni link nya :



Ada dua part menarik yang maksue ingin highlight kan kat sini.. Dalam rancangan ini, episod ini 2 babak sangat menyentuh hati :

1) Lakonan olok-olok kononnya seorang wanita telah tercicir beg duitnya.. Ada kamera tertutup yang merakam tindakan orang yang lalu lalang kat kawasan tuu.. Sesiapa yang jumpa beg tersebut, apa tindakannya? Sama ada dia ambil terus atau cuba kembalikan semula beg duit tersebut...

~ Andai kita di tempat tersebut?? Agak-agak laa kita buat apa? Realiti kita sekarang.. Macam seorang pemuda yang naik basikal tuu, dia jumpa beg duit tu, terus ambil dan pergi begitu saja... Kalau perasan pengacara tanya : "Lisyy (maksudnya : mengapa??!)".. Mengapa ambil beg duit tersebut, mana sifat amanah... 

Hurm... Itu baru satu episod.. Banyak lagi laa... Nak tau tak tetamu2 sekalian maksue terfikir ape tau bila tengok video nie, kat Malaysia sekarang bukan takda rancangan camtu, adaaaa.... tapi semua takda faedah langsung.. Merapu cheq habaq jujur.. Rancangan yang dibuat "wa kena beb", "bang bang booom" dan lain-lain lagi yang ntah ape-ape laa.... Kalau buat rancanagan macam ni, alangkah baiknya.. Terapan dakwah secara tersirat juga tersurat...

P/s : Siapa-siapa yang berani masuk media elektronik kat Malaysia... Cuba selitkan unsur-unsur islamik camni.. Ganjaran hebat pasti menantinya... InsyaALLAH :)




2) Temu ramah secara rawak.. Kali nie pengacara nie masuk ke dalam supermarket.. Akhirnya dia buat satu pertanyaan rawak pada seorang muslimah. (Sebak tengok part nieee)


Lelaki itu bertanya: " Andai kata Rasulallah s.a.w ada bersama kamu walaupun hanya tempoh seminit, apa perasaan kamu?

Muslimah ini terdiam, berfikir-fikir mungkin, kemudian perempuan itu berkata: " Wallahi, soalan ini sangat susah untuk aku jawab", sejurus itu juga perempuan itu tersentuh hatinya & sebak, lalu berpaling ke arah lain untuk menyembunyikan air matanya..

Kemudiannya perempuan itu meluahkan isi hatinya: "Andaikata Rasulullah s.a.w berada disisi aku walaupun seminit, tiada apa lagi yang ku dambakan di dunia ini, aku ingin dibawa pergi dari dunia ini"

(terjemahan menurut mafhum)  ^_^

~ Allah.. Allah... Allah.... 
Itu dia sahabat-sahabat, kita nie macammana, agak-agak la kalau kita yang disoal.. Apa jawapan kita ya?? Dapat bayangkan? Semoga airmata nya yang mengalir itu, menjadi saksinya pada kecintaannya pada Rasulallah s.a.w sekaligus melayakkannya ke syurga...



Marilah kita berselawat kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w yang sentiasa mengingati umatnya walaupun sedang dipanggil Allah, namun kita jarang sekali untuk mengingat Baginda. Sedang di pengakhiran hayat Baginda, Baginda menyebut : "Ummati.. Ummati.. Ummati"

Ya Rasulullah s.a.w, rindunya kami pada mu Baginda Rasulallah s.a.w..

I ♥ Rasulullah SAW.. All of us 
♥ Rasulalullah s.aw...






Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali, nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (Riwayat Al Baihaqi) 

Allah Ta’ala berfirman :
Ertinya : “Wahai mereka yg beriman,berselawatlah kamu ke atasnya dan berilah salam sepenuhnya ke atasnya”.
[QS Al-Ahzab : 56]


~~Saat Pemergian Insan Teragung~~
Yang ni pon maksue kongsi dari sahabat fb.. Kisah nie banyak tercatat dalam kitab-kitab... Antaranya kalian boleh semak kitab karangan Imam Al-Ghazali "Mukashafah Al-Qulub (Pengubat Jiwa)".. Ada dicatatkan kisah nie, maksue ada buku tu, tapi dah masuk kotak kargo, jadi main copy paste je laa yang nie..

Detik-detik terakhir Rasulullah merupakan masa-masa paling mengharukan bagi umat Islam, kesedihan mendalam karena akan segara kehilangan seorang sosok mulia.

Beliau adalah pemimpin, sahabat, ayah, suami, menantu, mertua, idola, Rasul, dan berbagai bentuk sosok lain bagi umat muslim. Dan saat detik-detik terakhir beliau, semua orang terasa belum mampu untuk kehilangan beliau.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai ding! in, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..



Sekian..
Moga istifadah buat semua...
"Hayati... Kulluha Lillah"

Cheese Cake

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Mujahadah...
Ehee... Blog ni maksue nak variasikan.. Selain kita selit bahan ilmiah, kita masukkan juga resepi masakan ya...

Resepi kali nie maksue kongsikan dari sahabat maksue Kak Aina.. Ritu buat sama-sama... Cubalah.. Masakan sendiri tentunya suatu kepuasan..


Bahan bahan :
250 gm krim cheese ( dlm kotak hijau or biru klau dekt halak mall)
1 cawan gula halus
2 bj telur
31/2 sudu besar  tepung gandum
1sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt ( better laban yg de qishtah sbb lbh berkrim)
2 bungkus biskut oreo ( 11/2 cawan biskut yg tlh dikisar * kalau nk crust yg lebh tebal lebhkn lah biskutnya)
3 sudu besar mentega

Cara -cara
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.

Nak buat kerak/crust
Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry/ biskut oreo hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang adunan cheese  tadi.

Untuk bakar:
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit. (guna cara kukus je sbb lebh kurang je pon)

Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.
Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan dengan toping blueberry jem or apa2 sja lah toping yg anda suka. Kalau ritu maksue taburkan serbuk oreo gak... :)

Macam ni laa hasilnya... 

Selamat mencuba ya ^_^

KISAH CINTA AGUNG ~Saidina Ali & Saidatina Fatimah r.a~



Salam Mujahadah...
Apa khabar teman2 semua?? Di doakan semoga kalian dan diri ini sentiasa berada di dalam rahmatNYA, sihat sejahtera serta mendapat 'inayah juga maghfirah ALLAH s.w.t sentiasa.. InsyaALLAH...

Sahabat... Entri kali nie ade lah perkongsian yang maksue dapati dari laman sosial facebook mengenai kisah cinta teragung, dua insan kesayangan baginda Rasulallah s.a.w iaitu puterinya Saidatina Fatimah r.a dan menantu juga sepupu baginda Saidina Ali Karramallahu wajhu..




Al-kisah...
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya pada seorang gadis, yang punyai peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahandanya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah s.a.w. Itulah dia Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w, serikandi berperibadi mulia.

Kerna menyedari, dirinya tidak punyai apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah s.a.w. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali r.a, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq r.a, melamar Fatimah.

"Allah mengujiku rupanya", begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia jika dibandingkan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Rasulallah s.a.w? Abu Bakar pasti lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. 

Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaAllah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
 

"Inilah persaudaraan dan cinta", gumam ’Ali. "Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku." Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa¬jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.

Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”





p/s :

Begitulah antara kisah cinta teragung yang perlu kita jadikan pengajaran. Cinta yang bersulamkan syariaat Islam. Dipendamkan rasa cinta demi Islam supaya cintanya tidak melebihi cinta-NYA.

Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya bercouple yg dimurkai Allah. Para wanita, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana Tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kamu. Tidak semestinya memberitahu cinta anda pada si dia, perbanyakkan doamu pada si DIA yang lebih utama. Kerana si DIA pasti mendengar rintihan rindu cinta kamu kerana-NYA. Moga lahirlah generasi yang mewarisi Islam yang faham agama dan taat pada Penciptanya.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan