topbella

Ahad, Julai 4

I'm Fall in LOVE!!!!!!!!!!!!!!!!!!


بسم الله الرحمن الرحيم.....

Heeee.....Diriku telah jatuh CINTA...CINTA???? CINTA pada siapa? Sungguh, demi ALLAH s.w.t.... Jeng3x....

Alkisahnya begini........

"..Hari ni Ahad (4/7/2010) bermula nya summer sem (musim soifi) kat Jamiah Mu'tah... Wahhh...ni la musim sunburn n sgalanya, panas tu hanya ALLAH je yg tau.. Bibir, Kulit kering merekah, hidung berdarah perkara biasa. Sem ni kami diberi pilihan nak amik atau tak, ikut suka, sapa tak mau, boleh balik Malaysia cuti sakan n lepas Aidilfitri datang...Terlintas gak dalam hati, nak balik Malaysia la, xmo amik, leh ngajar smentara leh gak wat duit poket nanti... Hmm, monolog dalaman n perang emosi (("nak amik soifi ke x ni..isk..isk...isk")) pon telah berlaku, akhirnya monolog dalaman berjaya meyakinkan maksue, sebab pe? Kalau cheq tak amik soifi, alamatnya lambat la abih ngaji, InsyaALLAH kalau diizinkan ALLAH n takda repeat paper, leh abih ngaji sharp 3 year...That's mean, baki lg 1 tahun maksue nak smpurnakan Sarjana Muda Bahasa Arab & Kesusasteraan ni...Ye la kan, amat gusar n risau pikirkan study ni, amik lughah, repeat paper tu normal,kita ni org mlayu..mana la nak catch up bahasa asing siap sastera lagi tu, hehehe, b.mlayu pon skodar jah (ibarat kata ore kelate). Harap sahabat2 DOAKAN kami semua yg bljr di bumi barokah ni khususnya dlm bidang bhs arab dipermudahkan urusan n berjaya graduate. Pendekkan cter, Maksue kali ni amik 4 subjek, dan salah satunya Tarikh Askari...

Sebelum bermulanya kelas Tarikh Askari, maksue ada kelas Harokat Adabiyah, lepas abih je kelas tu ajak seorang sahabiyah g cari buku durusiyyah kat syimali, jalan separuh jalan, baru teringat ada kelas, tgk jam, alamak!!! Ana ada kelas laa, katmana kuliah ulum?? (Isk..isk..isk...jgn contohi sikap ni, dh nk masuk tahun 3,kuliah kat bangunan adab, library je tau, tempat kuliah lain Failed).
p/s : Lupa kelas takpa la kan, di maafkan laa, first day kan, huhu..

Kami berpatah balik n sahabiyah maksue tu tunjuk arah gini, sampai la maksue ingat n tau dah katmana kelas tu, sahabiyah tadi kembali ke bangunan adab, maksue lak dengan penuh semangat jalan g ke kelas, sampai sana, takda sapa pon knal, di sisiku smua arab....waaaa.....Tetiba nampak sorang mutazawwij mlayu tnya ni ke kelas Tarikh Askari syukbah 7, dia jawab ye2...Alhamdulillah, jumpa pon...

Maksue pon masuk dalam kelas,kuciwa sebab xda akhawat mlayu, tetiba nampak sahabat arab maksue(Sofa'),nak duk sebelah dia, dah ade orang laa... Maksue pon jalan naik duduk n cari tempat kosong, lepas duduk tu tengok2 sofa' bangun n datang duduk sblh maksue, yahooo....Alhamdulillah seronoknya...

**Mesti semua tertanya2, fall in LOVE katmana? Eherm2 kat syabab arab? Ohh no..no..no... Sambung2***

Doktor masuk, maksue monolog dalaman "mesti xbest, kelas kuliah askari, doktor dia cakap 100% dialek daerah ('ammi), mujur la ahad n selasa je kelas ni, sengeh sensorang".. Doktor tu pon memulakan pngajarannya, bila dia cakap otomatik tetiba maksue terus tersingkap dari lamunanku tadi, I'M FALL IN LOVE!!!!! MasyaALLAH sahabat2, doktor tu nampak biasa je, sklai dia cakap bahasa arab fushah, jelas wadih teratur, macam dia dah cakap bahasa mlayu laa, leh paham stiap butir percakapannya... Indahnya Bahasa Arab tu kan...Sungguh indah n teratur, sbb tu Al-Quran tu dlm bahasa arab..Sambil pasang telinga, maksue catatkan isi pnting dari apa doktor tu cakap. Alahaiii, bakpo la kelas ni ahad n selasa jah, hari2 pon xpa, maksue suka pasal doktor tu cakap bahasa arab wadih (Hehe, tadi monolog cakap xsuka, haaa, dah berubah sekelip mata sebab ape, sebab I'm Fall in Love)...Lepas tamat belajar tu, doktor tu pon nak sahkan kehadiran.. Kami kat Jordan ni, kehadiran wajib, ponteng banyak kali alamatnya xleh masuk exam...Pastu doktor tu mula panggil nama, utk pngetahuan n kalau xsilap maksue dalam dewan besar tu, hanya 3 org mlayu, maksue, mutazawwij yg maksue jumpa awal tadi n zaujahnya (dia xhadir tadi).

Sampai satu nama arab ارمان, doktor wat lawak kering, dia cakap lbh kurang maksudnya, "Ehh nama kamu ni Arman ke Ariman, doktor eja2 nama dia,satu dewan bergema ngan deraian ketawa, tapi doktor tu wat derkkkk je, yo la, dia kan arab, takkan nama arab taktau baca..huhu...Lepas ade la nama lain lagi, x ingat dah... Lepas kluar kelas tu, maksue jalan ngan sofa' (kami kawan baik) mnuju ke solah umawi, nak sarapan, lapor la...hehe...

Kami sembang2, maksue cakap kat sofa' "يا صفاء، وقعتُ في الحب، حقا!!!" Sofa' jawab : "ايش؟؟ في الحب!!!"... Hehehe, maksue gelak syupan, maksue cakap "لا، اعني وقعتُ في الحب بكلام الدكتور،أنه يتكلم بالفصحى جيدة وواضحة جدا.." Sofa' pon cakap : "كلامك صح، أن الدكتور يستخدم اللغة الفصحى، اسهل أن تفهمي جيدا، ان شاء الله" Huhuhu, sembang2 lagi, malas nak taip dah, tapi kami smbang la tentang doktor tu lucu n lawak kering, pastu sembang pasal doktor kuliah askari ni, Sofa' akui, memang doktor kuliah askari kebanyakan cakap ammi, ye ke kebanyakan, kalau xsilap semua la, kecuali doktor ni... Maksue ingat lagi, masa tahun 1 dulu, amik subjek Ulum Askari, xpaham apa, doktor cakap 100% bahasa ammi..tapi sahabat2 jangan riso, madah ulum askari tu xpenah ada sejarah budak mlayu failed sebab doktor memang luluskan, blajar pasal keta kebal n macam2 tentang askar, memang budak mlayu ni jasad je kat kelas tapi roh tu kat lain luar kelas tu...

Diari hidupku cukuplah setakat ni, xkan nak cerita semua kot kan, tapi katsini mari kita semak kenapa perlu cintai bahasa Arab.......

***Fakta penting tentang bahasa arab:

1.bahasa Al-quran
2.Kalamullah & bahasa Ibunda Habibil Musthofa Rasulullah s.a.w
3.bahasa ahli Jannah
4.berkaitan dengan ibadah muslim
- Ibadat solat, niat puasa smua dalam bahasa Arab...sembahyang rukun, syarat smua nya bahasa arab kan, al-fatihah n sebagainya.. Kalau syabab, khutbah jumaat, dalam bahasa arab, tak sah bahasa lain.

***Kerana apa kita perlu mementingkan Bahasa Arab Fushah??***

- Bahasa Arab Fushah ni dia ada tugas khasnya,xkan sama sekalipun dengan apa jua bahasa di alam ini, kerana :
1. Berkaitan dgn Al-Quran Karim
2. Banyak turath2 arab yang agung yang terkandung mengenai ilmu Islam & Al-Quran ni dalam bahasa arab fushah.
3. ALLAH s.w.t. ada berfirman, mengenai bahasa ni akan kekal selama-lamanya..Tersimpan n terpelihara,
قوله تعالى : ((إنا نحن نزّلنا الذكر وإنا له لحافظون))ن


***Susahke Bahasa Arab??***

- Hmm....memang x dinafikan pon, susah sangat bahasa arab ni, sebab ianya berkait dgn i'rob, qawaid nahu n sbagainya... Susah sebab banyak kecacatan, nak cerita xcukup ni..huhu

Okla...Cmna nak kuasai Bahasa Arab?? Tips ikhlas dari maksue :
* Bacalah Al-Quran, cuba pahami n tadabbur ngan maknanya, insyaALLAH...
* Hafal perkataan, mcm kita kicik2 dulu suka hafal bahasa inggeris kan, cuba ngan alat dulu, sikit2 lama2 jadi bukit...Contohnya : nasi (الأرز(. Kwan tanya kamu makan apa hari ni, ana makan aruz..Begitulah seterusnya...
* Praktikkan dalam kehidupan, sembang ngan kawan2, tak payah guna (i, u) ganti jadi (ana, anta,anti) n seterusnya....
* Suka kan surf internet, Haa, apa kata try bukak youtube dengar cerita kanak2 ke, lagu2 nasyid ke (kita suka dengar n hafal lagu jepun,korea,omputih, try la hafal lagu arab lak, hehe)


Rasanya cerita n fakta di atas sudah cukup untuk pencinta bahasa2 selain bahasa melayu untuk mempelajari bahasa arab yang menjadi bahasa yang dituturkan oleh junjungan mulia Rasulullah s.a.w., kerana bahasa arab akan kekal hingga hari kiamat kerana ia adalah bahasa Alquran. Ia juga akan kekal digunakan selepas kembalinya kita manusia mengadap rabbuljalil di akhirat kelak kerana ianya bahasa ahli syurga.....Bercita-citalah untuk belajar bahasa arab..
~~~Tepuk dada tanya iman~~~ Nak 1000 daya, xnak 1000 dalih.

-Hayati Kulluha Lillah (=^_^=)

3 Komen & Pandangan:

Unknown berkata...

salam..baru nak tnya, fall in love ngn syabab arab ke..hehe...

papepun, pengalaman menarik dari ustazah.. :)

***Hayati Kulluha Lillah*** berkata...

Wsalam.... Huhuhu, ade plok FALL IN LOVE ngan syabab arab...Kat bahasa arab yg dituturkan doktor tu, sedap sgt...fushah, teratur.... Xdop cintan cintun nehhh, fokus kat study dulu...(",)

Syukran sudi baca pnulisan ana yg sgt dhoif ni...Jazakallah khair...

Permata berkata...

Salam...subhanallah..begitulah indahnya bahasa arab...

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan