topbella

Isnin, Julai 5

"Ku" Kan SETIA & TEMANI mu bermula tika itu, kini dan selamanya hingga ke Syurga...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....

Diari kehidupanku... Hari ni 5/7/2010 (isnin) hari kedua semester soifi bermula,seperti kelmarin maksue pegi ke kuliah dalam keadaan cuaca yang sangat panas terik dengan berbekalkan keazaman demi suatu JIHAD FI THOLABIL 'ILM sebagai bekalan mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, insyaALLAH..

Hmmmm.... hari ni sedih sebab kuliah Tarikh ASkari takde, ye la kan, baru semalam I'm Fall in LOVE kat subjek ni, sebab doktor ni dia memang bagus, cakap bahasa arab baku dan jelas difahami oleh kita para ajnabi.. Berbeza dengan doktor kuliah askari lain yang mereka hanya guna bahasa arab ('ammi) sepenuhnya..

Lepas je abih kelas Harokat Adabiyah, maksue menerima mesej dari Sofa', katanya nak ajak g syimali, cari kitab durusiyyah madah. Dari kuliah syariah maksue mnuju ke arah bangunan kuliah adab, di sana Sofa' menanti ngan senyuman meleret.. Huhuhu, kami pon berjalan mnuju ke syimali (pintu belakang universiti, di sana ada deretan kedai jual kitab2, makanan n sbgnya).

Maktabah pertama - مكتبة المجد
- Katsini maksue bertembung dengan 2 sahabat Malaysia nazirah n nur sakinah. Rupanya diorang pon nak beli kitab durusiyyah macam maksue ngan sofa' gak, maksue pon pesan kat tuan kedai nak 5 buku, jadi dia kene la photostat durusiyyah tu, oleh sebab lama, maksue bayar dulu duit n then ckp kat nazirah n nur sakinah : "Kak kinah da bayar dah duit buku tu, nakpi maktabah len ni cari buku, tunggu photostat ni lama, rugi masa, minta diri dulu tau".. Diorang cakap : "Ok,k.kinah, hee"... Pastu maksue cakap lak kat sofa'lebih kurg maksud dia cmni : Tunggu ana katsini ye, nakgi maktabah kedua nak cari buku lain pulak". Sofa' cakap : "Jangan lama sangat tau, aku tunggu kamu katsini,ok ya sukainah...(",) Ps: ni nama maksue kat Universiti di kalangan org arab n doktor, nama manja gitu...huhu.

- Lepas tinggalkan 3 sahabat tadi, maksue mnuju ke maktabah kedua, مكتبة بغداد

Katsini maksue pesan satu durusiyyah, sementara tunggu tuan kedai photostat, mata melilau cari apa yang patut dibuat, nampak satu buku atas meja komputer, tulis
"ربنا وتقبل دعاء".. Dari boring duk tunggu pakcik photostat, baik maksue baca, pikir camtu...

{{{Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia di sepohon pokok yg rendang (iaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia), sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi).}}}

Bukak2 je, tertulis :
صدقة جارية

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا مات ابن آدم، انقطع عمله إلا من ثلاث : (صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له)

احتسابا لوجه الله تعالى إلى روح المرحومة بإذن الله تعالى المهندسة " بنان خالد عبد المهدي النوايسة (أم سليمان)" اللهم أنزل على قبرها الضياء والنور والفسحة والسرور وجازها بالاحسان إحسانا وبالسيئات عفوا وغفرانا، اللهم انقلها من ضيق اللحود إلى جنات الحلود وارحمها واغفر لها يا رب العالمين، ولا تنسوها من صالح الدعاء

{{Maksudnya lbh kurang : Sedekah Jariah, Sabda Rasulallah s.a.w : "Apabila mati anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan 3 : Iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU yg DIMANFAATKAN DENGANNYA atau DOA ANAK SOLEH yg MENDOAKANNYAA"
- Buku ni rupanya buku sedekah jariah dr AlMarhamah Ummu Sulaiman. Tercatat disitu doa agar diturunkan pada kuburnya cahaya dan dilimpahi dengan kebaikan serta segala kejahatan diampunkan. Ya ALLAH pindahkan beliau dari lahad yg sempit ke syurga abadi. Rahmatinya & Ampunkannya Ya ALLAH Tuhan Sekalian Alam, dan Jgn kamu smua lupa doakan kebaikan untuknya...}}

Lepas abih baca tu, maksue selak2 helaian lain, masyaALLAH banyak sangat doa yang bagus2..Antaranya Doa utk ibu bapa, Doa dr Al_Quran, Doa Nabi Muhammad s.a.w, Zikir waktu pagi & petang, n banyak lagi... Tanpa fikir panjang maksue cakap kat pakcik kedai, nak photostat buku ni leh.. Tokey no.2 kedai tu datang, dia kata kat maksue lbh kurang cmni : "Takyahla photostat, ni sedekah jariah ni, aku kenal family dia ni, aku boleh amik banyak lagi buku camni, pakcik hadiahkan kat kamu, kamu manfaatkan sebaiknya, ya?"... Maksue terkejut, tak sangka lak nak dapat.. pastu cakap dia : "Syukran Mu'allim, Jazakallahu Khair".
Heeee, alhamdulillah dapat buku ni, Pakcik tadi busy photostat, lama gak, maksue pun koya beta (monolog dalaman), bagus makcik ni, sebelum meninggal beli buku macam ni banyak2 dan hadiahkan kat orang, walau dia dah meninggal dunia tapi saham utk almarhamah tu tetap ada "Ku" Kan SETIA & TEMANI mu bermula tika itu (diamalkan/dihadiahkan), kini dan selamanya hingga ke Syurga...

Tengah kusyuk2 baca buku tu, tetiba Sofa' datang, dia kasi buku yang ditempah awal tadi, siap dah rupanya...Selepas beberapa lama kami katsitu, buku kedua siap, kholas...Maksue bayar duit & ucap terima kasih kat pakcik kedai tu n kami pon keluar...Menuju ke dalam universiti.... -Tammat-

**Kesimpulan katsini, kita sebagai manusia biasa terlalu banyak kekurangan n kelemahan. Mungkin tanpa kita sedari, dalam dunia yang serba maju n canggih ni, kita alpa sebagai tanggungjawab kita sebagai makhluk ALLAH di muka bumi ni...Cuba semak kembali firman ALLAH : "وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون"
Maksudnya: "Tidak AKU ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk mereka beribadah padaku".

Bila pikir2 n renung balik, kita sekarang terlalu sibuk kejar kehidupan duniawi, kumpul wang, harta, sibuk ngan kerja, adakah ada bekalan untuk kita di akhirat sana??? لا حول ولا قوة إلا بالله

Maksue teringat lagi hadis Rasulallah s.a.w yg berbunyi :
قال الرسول صلى الله عليه وسلم : "اغتنم خمسا على خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وحياتك قبل موتك، وفراغك قبل شغلك"...

Sabda Rasulallah s.a.w : "Rebutlah 5 PERKARA sebelum 5 PERKARA,
1) "Waktu Muda mu sebelum masa Tua"
2) "Waktu SIhat mu sebelum jatuh Sakit"
3) " Waktu Kaya mu sebelum jatuh fakir"
4) "Masa Lapangmu sebelum sibuk"
5) "Dan.........Waktu Hidup mu sebelum kamu Mati"

Astaghfirullah hal 'azim....Alangkah lalainya kita di muka bumi ni, kita selalu lupa akan 5 perkara ni,kita tahu tapi seringkali alpa.. Baguskan Al-Marhamah Ummu Sulaiman ni, dia hadiahkan buku, saham untuk dirinya n "Ku" Kan SETIA & TEMANI mu bermula tika itu (amal jariah, ilmu manfaat, doa anak soleh) , kini dan selamanya hingga ke Syurga.. Mudah-mudahan...Aaaamin Ya ALLAH...

Untuk tidak menyiakan usaha murni beliau, katsini maksue nak kongsi satu intipati yang terdapat dalam buku ni, selamat beramal (=^_^=)


***DOA DARIPADA AL-QURANUL KARIM***


1) Surah Al-Baqarah, Ayat 127
--"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

2) Surah Al-Baqarah, Ayat 201
--"Dan di antara mereka ada orang yang berdo'a: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"

3) Surah Al-Baqarah, Ayat 250
--"Tatkala Jalut dan tentaranya telah nampak oleh mereka, merekapun (Thalut dan tenteranya) berdo'a: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."

4) Surah Ali-Imran, Ayat 53
--"Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, kerana itu masukanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)".

5) Surah Ali-Imran, Ayat 191, 192, 193 & 194
--"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka".
--"Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun".
--"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti".
--"Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."

6) Surah Yunus, Ayat 85 & 86
--"Lalu mereka berkata: "Kepada Allahlah kami bertawakkal! Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang'zalim"
--"Dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang yang kafir."

7) Surah Ibrahim, Ayat 40 & 41
--"Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'aku".
--"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mu'min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"

8) Surah Al-Mu'minun, Ayat 97 & 98
--Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan".
--"Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."

9) Surah Al-Furqan, Ayat 65 & 66
--Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal"
--"Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman".

10) Surah Asy-Syu'ara', Ayat 83
--(Ibrahim berdo'a): "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh".

11) Surah An-Namlu, Ayat 19
--Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh".

12) Surah Al-Ahqaf, Ayat 15
--Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri"

13) Surah Al-Hasyar, Ayat 10
--Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."

14) Surah Al-Mumtahanah, Ayat 4 & 5
--Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka : "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya1471: Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah". (Ibrahim berkata): "Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali."
--"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

15) Surah Nuh, Ayat 28
--"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan"


*** Cukup kot setakat ni dulu maksue kongsi, harap sahabat2 dapat semak dalam Al-Quran, maksue xdapat tulis kot arab katsini, nnti kluar tulisan kecil...
Moga kita dapat istifadah dari doa2 ni, insyaALLAH ...Aaaaamin.....

Wassalam... --Hayati Kulluha Lillah--

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan