topbella

Sabtu, Julai 3

PERSOALAN “WHY, HOW, MENGAPA, KENAPA, لماذا, كيف”



Salam Mujahadah (“,) Sahabat…, sebagai hamba ALLAH s.w.t yang biasa, kita semua tak pernah terlepas dari ujian dan cubaanNYA. Hidup di dunia bagaikan seorang saudagar asing yang sentiasa perlu berusaha mencari jalan terbaik dalam mencapai redhaNYA. Emosi & Wujdan (‘Atifi) kita sering berubah-ubah berdasarkan “MOOD”. Adakalanya kita sangat bahagia & ceria, namun adakalanya kita terlalu sensitive, murung, depresi dan sebagainya. Persoalan demi persoalan sentiasa menghujani minda (zihni) kita. Di bawah ini saya ingin kongsi antara persoalan minda kita serta Dalil Naqli yang telah ALLAH s.w.t telah wahyukan pada Habibil Mustofa RASULALLAH s.a.w :

*** KENAPA AKU DI UJI? ***
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut : Ayat 2-3)

*** KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?***
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”-
(Surah Al-Baqarah : Ayat 216)

*** KENAPA UJIAN SEBERAT INI? ***
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 286)

*** RASA FRUST??? ***
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yang beriman.”
(Surah Al-Imran : Ayat 139)

*** BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?? ***
“Wahai org2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 45)

*** APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?? ***
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..”
(Surah At-Taubah : Ayat 111)

*** KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??? ***
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal”
(Surah At-Taubah : Ayat 129)

*** AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!!!!! ***
“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”
(Surah Yusuf : Ayat 12)

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan