topbella

Rabu, Jun 30

PETUA & LANGKAH BIJAK PELAJAR YANG CEMERLANG

1. Gunakan kedua-dua bahagian otak
otak kiri ; sains – bacaan
otak kanan ; kreatif – imaginasi – kerja tangan
** gunakan kedua-duanya serentak.
** sambil membaca, buat catatan.

2. Ransang semua deria yang diguna ketika belajar. Kena ingat :
10 % apa yang kita baca ( Penglihatan ; mata )
20 % dari pendengaran ( Telinga )
50 % dengar dan catat ( Tangan )
70 % dengar, catat dan baca
90 % dengar, catat, baca dan amalkan ( Buat latihan )

3. Belajar dengan aktif
Baca gerakkan jari, garis, pegang pen, conteng, catat.
Buat carta minda.
Tulis isi-isi penting dan jadikan nota kecil.
Jangan Pasif !!

4. Luangkan masa 3 jam untuk buat ulangkaji
Keadaan diri mesti bersedia untuk input maksimum.

5. Bentuk persekitaran yang kondusif
Gunakan wallpaper hijau atau kuning.
Pastikan pencahayaan mencukupi.

6. Hindari bunyi bising
Jangan sesekali dengar lagu-lagu semasa belajar.
Hanya gunakan muzik perlahan untuk ransang otak kanan semasa membaca.

7. Tampal poster kata-kata hikmat & motivasi
Ransang minda secara subliminal ( berterusan tanpa sedar )

8. Ubahsuai tempat belajar biar menghadap kiblat
Jangan sambil baring, bersila atas lantai.
Hadap diri ke tingkap, dpt lebih udara segar
Jangan hadap ke arah yang boleh mengalih perhatian/penumpuan.

9. Pakai wangi-wangian
Utk menguatkan ingatan.
Elakkan bau busuk, pastikan tempat belajar tersusun & rapi.

10. Jangan ponteng kelas dengan sengaja
Hilang keberkatan dari kelas dan pensyarah.
Minta maaf dari pensyarah bila tidak hadir.
Ikut segala nasihat & panduan yg diberikan oleh pensyarah.

11. Sentiasa ulangkaji dengan kaedah output. Ransang sel otak untuk keluarkan
apa yang telah disimpan.
** Baca gunakan jari.
** Ingatkan semula secara imaginasi.
** Lakar peta minda atau tulis semula.
** Semak semula, jawab soalan.

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan