topbella

Selasa, Jun 14

Sinopsis ASST (",)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t ...


Apa khabar pengunjung blog ertiketenangan? Didioakan agar kalian sentiasa dirahmati ALLAH s.w.t serta diberi 'inayahNYA, insyaALLAH..


Entri kali nie aufa saja je suka-suki cuba-cuba buat satu sinopsis untuk novelog MelurJelita iaitu ASST... Nak kata minat sungguh baca novel nie sampai rasanya diri nie menjiwai cerita dan watak yang terdapat dalam kisah tersebut.. Mana taknya kan, bila part happy, aufa senyum bahagia dan gelak ceria, tapi bila part sedih, boleh lak "banjir sekali", jiwa jugak ke aufa nie, ntahla... Hehehe...*_*


Aufa sebenarnya nak variasikan blog.. Selain bahan ilmiah, ade kongsi resepi, kata-kata hikmah & tak kurang juga untuk suka-suki.. Harap pengunjung blog nie tak amik "port" ya.. Syukran..


Okeyla... Sinopsis nie dibuat khassssss untuk kakak Laili atau lebih famousnya dikenali "Melur Jelita". Tak penah pon buat sinopsis nie, tapi tak salahkan cuba, heeee :)


Alkisah...




**************


“ Saya sangat menghargai apa yang mak ayah sekeluarga buat untuk saya. Selama ini saya merasa asing…terasing sekali bila masuk ke dunia Islam. Rasa itu kerana, saya bukan Melayu... Keluarga saya pula tidak ada seorang pun turut Islam bersama saya. Walau pun ikatan darah tidak putus tetapi jauh di sudut hati saya, saya tetap merasakannya…saya  seperti tiada sesiapa…kecuali Allah. Lama baru saya berjaya menemui beberapa sahabat yang sehaluan dan memahami erti seorang yang baru menerima hidayah.”
“ Saya hanya seorang manusia biasa…tidak lebih baik atau lebih mulia atau lebih kaya dari orang lain. Segalanya itu tidak memberi ketenangan. Saya tidak kuat sebenarnya…tetapi kekuatan itu dari Allah. Saya bukan seorang yang tenang. Allah jua yang memberi ketenangan. Saya bukan seorang yang sabar. Allah yang memberi kesabaran itu. "


Muhammad Hilman Yong bin Abdullah atau nama asalnya Damien, jejaka berketurunan cina korea yang memilih Islam sebagai agama kerana hidayahNYA. Punyai pakej lengkap sebagai lelaki idaman. 


Suatu ketika, pandangan pertama terhadap perwatakan luar biasa serta agresif Puteri Intan Zulaikha berjaya mencairkan hati lelakinya. Bertahun memendam rasa, pertembungannya semula dengan Intan Zulaikha di KLCC menyulam bunga-bunga cinta.

Intan Zulaikha, puteri tunggal yang cantik, aktif, penyayang, ego dan manja membuatkan ramai lelaki ingin mendekatinya serta mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarganya. Langkah Hilman dalam usaha menawan hatinya membuatkankan hati wanitanya tersentuh dan cair khasnya sikap tenang dan senyuman jejaka kacak itu. Namun, egonya mengatasi segalanya, dek kerana takut dipermainkan lelaki seperti sebelumnya, Intan Zulaikha seolah-olah jinak merpati.

Salah faham yang melanda, cinta keduanya tidak kesampaian dan terpisah. Hilman sepi membawa diri, manakala Intan memendam rasa kesal bersama persoalan yang bermain di minda. 

‎~Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, andai hilang agama pada dirimu, maka hilanglah cintaku terhadapmu...

Walaubagaimanapun, takdir ALLAH telah menemukan semula mereka berdua setelah tiga tahun terpisah. Terengganu, Masjid Terapung, Kuda dan Pantai menjadi saksi pertemuan mereka serta cinta yang terpendam kini mekar semula, detik demi detik, keduanya menyulam rasa bahagia dan berjanji membina mahligai bahagia.

UjianNYA menduga lagi, beberapa hari sebelum majlis pernikahan berlaku perselisihan angkara semut serta ego Intan Zulaikha sendiri, Hilman membawa diri. Kesal yang menguasai diri memaksa Intan Zulaikha menjejaki kekasih hati. Akan tetapi, kemalangan yang berlaku dihadapan mata Intan Zulaikha yang menimpa Hilman benar-benar membuatkannya terkejut dan rasa bersalah. Hilman disahkan mengalami "amnesia" serta dirawat oleh keluarganya. 
Persoalannya, Masih Islamkah Hilman angkara amnesia? Bagaimanakah Intan Zulaikha memperjuangkan cinta mereka? Adakah Hilman dan Intan Zulaikha kan bersatu akhirnya? 
Segalanya tersurat dan terjawab dalam Awak Suka Saya Tak?!! (ASST)
*****************
Sekian itu saja.... Ada tiga gambar aufa wat khas untuk ASST... Moga akak jelita MJ terhibur ya...
Dariku si setia ASST....Wassalam.... ^_^


2 Komen & Pandangan:

Melur Jelita berkata...

Adik jelita,
akak dah masukkan ke post akak entry ini..sila layannnnnnnnnn

Golden Rose berkata...

best sinopsis ASST ni...

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan