topbella

Rabu, Mac 2

Cintailah "Si Dia" Dalam Diam...

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t...
Salam Mujahadah... Salam Perjuangan...(",)

Apa khabar khabar sahabat-sahabat maksue? Apa khabar iman kita? Semoga kita tergolong dikalangan hambaNYA yang solihin, mustaghfirin dan naajihin fi kullu imtihaanat fiddin fid dunia wal fil aakhirat, insyaALLAH...






Berceloteh mengenai "HUBB", pasti semua orang merasai pelbagai perasaan mengikut pengalaman hidup masing-masing. Ada yang bahagia, ada yang derita, ada yang serik, ada yang ingin mencuba, ada yang ingin mengelak, kerana Virus Merah Jambu ini punyai pengaruh yang sangat kuat, ia adalah fitrah yang menjadi fitnah, kerana virus ini :
  • Nabi Yusuf a.s sanggup dipenjara
  • Habil dan Qabil mencatat sejarah tamadun manusia, Habil terbunuh kerananya
Ketika jariku menari-nari di permukaan keyboard, minda ligat berputar mencari idea mengolah ayat. Memikir ayat terbaik untuk disampaikan buat muhasabah diri dan sahabat-sahabat.




Ya, cinta itu suatu yang indah, kerana cinta, kita lahir di muka bumi ini, kerana cinta manusia menyambung keturunan, namunnnnnnnnnnn..... kerana cinta juga manusia bisa binasa. Kecuali bagi mereka yang memelihara diri mereka, pasti kan selamat dari virus ini.


Ikhwah dan Akhawat yang disayangi kerana ALLAH,


Pernah dengar ungkapan "CINTA ITU BUTA"? Apa yang kalian fikirkan saat ini?!! Adakah di minda kita terlintas suatu nama ataupun bayangan seseorang terhadap rasa yang bertunas di hati? Sebut tentang cinta, ia berkait rapat dengan jiwa dan nafsu. Kerana istilah buta itulah, remaja Islam kini kian alpa dan leka dibelai nikmat cinta duniawi. Apa jua fikiran kita saat ini, Tepuk dada tanya Iman... 




Bukan beerti di sini maksue ingin menafikan fitrah semulajadi manusia, yang pasti kita amat sensitif dengannya, kerana perasaan mencintai dan ingin dicintai itu ada dalam diri setiap dari kita sejak azali. Boleh diistilahkan seseorang itu "tidak normal" andai perasaan hubb itu tiada dalam dirinya.


Siapa kata kita perlu nafikan perasaan istimewa ini, kita tidak sesekali nafikannya, cuma kita sebagai para da'ie, juga mujahid dan mujahidah Islam, kita batasi perasaan tersebut.


Bagaimana caranya??? Meh cheq nak habaq...... ^_^






Cintailah "dia" dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan 
keikhlasan kerana ALLAH s.w.t…

Ketika cinta dan hubb kini hadir, bukanlah untuk Yang Maha Mengetahui, malahan saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta. Izinkanlah hati ini bertanya untuk siapakah ia muncul dengan tiba-tiba…Mungkinkah perasaan ini dengan redhaNYA atau hanya bakal mengundang kemurkaanNYA…

Jika benar cinta itu kerana ALLAH s.w.t maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran ALLAH. 
Mengapa?!! Semestinya kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka pasti ia berhilir pun hanya kepada ALLAH...

Firman ALLAH s.w.t. ertinya : 

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.” (Surah Adz Dzariyat: 49)

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA. Dan ALLAH Maha luas (pemberianNYA) lagi Maha Mengetahui. ” (Surah An Nuur: 32)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ” (Surah Ar-Ruum:21)

Tetapi... Jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata, maka bersabarlah… 
Berdo’alah… atau berpuasalah…

Berdasarkan firman ALLAH s.w.t lagi, mafhumnya :

” Wahai kaum pemuda, siapa saja di antara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata dan memelihara kemaluan. Maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadith)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (Surah Al Israa’ :32)

Mujahid dan Mujahidah harapan Ummah Islamiah yang ku kasihi,


Jangan kita nafikan perasaan suci itu. Cumaaaaa....Cukup cintai "dia" dalam diam… 
  • Bukan bererti kerana kita membenci hadirnya…Tapi kita menjaga kesuciannya. 
  • Bukan kerana menghindari dunia…Tapi semata-mata kita ingin meraih jannahNYA. 
  • Bukan kerana kita lemah untuk menghadapinya…Tetapi ia menguatkan lagi jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai "dia" dari kejauhan… 
  • Kerana hadirmu tidak kan mampu menjauhkannya dari cubaan dan dugaan... 
  • Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangannya... 
  • Kerana hadirmu mungkin saja kan membawa kealpaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai "dia" dengan kesederhanaan… 
  • Memupuk cinta hanya akan menambah penderitaan...
  • Menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan... 
  • Mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka kau cintailah "dia" dengan keIKHLASan kerana tentu kisah Saidatina Fatimah dan Saidina Ali bin Abi Thalib yang diingini oleh hati… Iya kan?!!

Tetapi sanggupkah kita, jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?!



Renungi mafhum dari firmanNYA :
“ …Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (Surah AlBaqarah:216)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (Surah An Nuur:26)

Cukup cintai "dia" dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan dan 
 keikhlasan hatimu…




Sebabnya tidak lain tidak bukan hanyalah :
  • Kerana tiada yang tahu rencana ALLAH Yang Satu… Ilmu ALLAH. DIA tahu yang terbaik buatmu.
  • Mungkin saja rasa ini suatu ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan 
  • Kerana hati ini begitu mudah untuk berubah…
Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya...
Biarkan ALLAH yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang sendiri bila sampai waktunya…
Atau istilah lain "Bila dah sampai seru" 

Terjemahan Firman ALLAH s.w..t lagi :

“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

" ..Berikan hatimu hanya untuk ALLAH s.w.t,, pasti DIA akan temukan padamu pemilik terbaik,, dan hampar kan masa mu seluas-luasnya hanya untuk ALLAH,, pasti DIA akan aturkan dengan hidupmu sebaiknya.."

Wallahu 'Aalam...
Sekian...

~~~Hayatuna Kulluha Lillahi Ta'ala~~~ (=^_^=)







3 Komen & Pandangan:

fuad berkata...

mantap sgt ustzh sakinah ni.teruskan usaha

***Hayati Kulluha Lillah*** berkata...

Syukran sudi bca... Biasa2 ja..

fiqa aisya berkata...

slm,,,mohon share ye!!

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan