topbella

Ahad, Disember 12

Fitrah manusia, dambakan kesempurnaan..

Deruan angin bayu bertiup indah tika sore itu, anak-anak kecil berkejar-kejaran sesama mereka. Kelihatan Mama mengendong si kecil Bubu duduk bersembang dengan beberapa tetangga. Aufa si gadis ramah menapak anak tangga menuju ke rumahnya. Dia yang baru pulang dari Jami'ah tersenyum bahagia melihat keletah anak-anak kecil itu. Terasa seperti ingin kembali ke zaman kanak-kanak yang penuh bahagia tanpa ada rasa derita mahupun memikirkan apa-apa. 

"Ta'ali Ma'ana ya Aufa, najlis wa nasyrab shaiii" (Mari duduk dengan kami Aufa, kita minum teh), pelawa Mama kepada Aufa.

"Syukran ya Mama, sa azhabu ilal bayt.. Ta'ibtu kathiran al-yaum 'asyan fi imtihan" (Terima kasih Mama, nak balik rumah la, penat sangat hari ni, ada imtihan). 
Aufa menolak baik pelawaan isteri pemilik rumah sewanya. Dari hati kecilnya amat bersyukur punyai tuan rumah yang prihatin seolah-olah keluarga sendiri. Manakan tidak, merantau jauh ke Timur Tengah dalam usaha menuntut ilmu tanpa ada keluarga di sisi, mujur masih ada arab yang baik hati dan prihatin serta teman serumah yang serasi.
Setibanya di rumah, Aufa menukar pakaian, berwudhuk dan solat. Seusai itu, membaringkan diri sebentar bagi menghilangkan lelah setelah seharian di Jami'ah. Sedang asyik mengelamun, kelihatan Samihah menjenguk ke kamar seniornya itu.

"Assalamualaikum kak.. Amboiiii..., jauh termenung nampak, teringat kat buah hati ka?" Tutur Samihah.

"Waalaikumussalam ateh.. Ehhh, mana ada. Tengah duk rehat ni, penat laaa tadi ulang alik naik turun maktabah cari bahan bahas. Takda maknanya aihh nak teringat kat buah hati ni, ada pon tak, camna nak teringat kan. Maklumla kita ni tak lawa dan cun, huhuhu".

"Tuu la kak, juai mahai sangat.. Dulu ada orang nak, tolak.. Haa, kan dah nyesal"

"Ermm... Apa la Ateh ni pikiaq bukan-bukan, kak bukan juai mahai laa.. Tapi sekarang ni kan masa untuk study, kena fokus yang tu dulu. Bukan macam hampa, gataiii... Umoq baru 19 tahun, ada hati nak kawen dah.. Isyyy"

"Heee.... Alaaa, bukan sungguh-sungguh pown, saja melawak ja. Adoiiii, sensitif sangat kak ni.. Kak, mihah nak pinjam nota nahu kak sat naa, nak wat rujukan study, esok ada exam"

"Haa.. Tu kat rufuf tu, buku kaler hijau, amik sendiri.. Pastu pi main jauh-jauh, kacau ja orang tua-tua nak berimaginasi.. Hoho.."

"Wokkehh.. Terima kasih kak, cayanggggggg Kak Aufa"

Setelah mendapatkan nota yang diingini, Samihah mohon diri meninggalkan bilik seniornya itu. Manakala Aufa terus termenung seraya teringatkan "chatting" nya bersama seorang teman beberapa bulan yang lalu.

Teringat kembali dialog bersama temannya itu...

Teman : "Aufa, dah berumah tangga ke sekarang, ana tengok kawan-kawan Aufa ramai dah yang dah bina masjid dan beranak pinak. Haa.., Aufa bila lagi?"

Aufa : "Ermm.. Tipu laa kan kalau Aufa kata tak terasa apa-apa, fitrah manusia, perasaan itu memang ada. Tapi, Aufa sekarang ngaji pon tak abis lagi, tak mau la pikir bab tu lagi. Kalau ya pon, susahla awak... Ye la, Aufa ni kan tak lawa macam orang lain, diorang takpala ada rupa, putih gebu, kurus, hidung mancung lagi. Aufa ni ada apa la kan, biasa-biasa ja" :(

Teman : "Haaa... Itu la yang salah. Tak baik tau Aufa cakap camni. Ohh ya, bila Aufa cakap macamtu telah mengingatkan ana akan sebuah cerita, Aufa nak tahu tak?"

Aufa : "Cerita??? Aufa suka dengar dan baca cerita. Ehee... Kongsila cerita tu dengan Aufa. Bolehkan?"

Teman : "Ok, memang ana nak kongsi pun cerita ni dengan Aufa. Nanti lepas ana cerita, ana nak Aufa bagi komen kat cerita ni ya. Dengar dan hayati baik-baik tau"

Aufa : "Ya.. Silakan" (=^_^=)

"Kisah Penanam Epal  Ada seorang peladang ni, dia ada ladang epal. Selain epal, dia ada tanam pelbagai buah-buahan yang lain. Ana tak mahu cerita pasal buah lain, ana nak cerita pasal buah epal saja. Ok, bila peladang tu nak tanam benih epal, Aufa agak-agakla apa yang dia harapkan?"

"Laaa.... Mesti la dia harapkan benih buah tu menjadi, subur dan sedap"
"Ya betol... Tuu harapan dia kan. Baiklah... Setelah beberapa tempoh yang lama, maka benih yang ditanam tadi dah tumbuh subur dan hidup, dari benih berkembang menjadi pohon kemudiannya berbuah dengan lebat."

Aufa : "Ok, lepas tu apa yang jadi?"
Bersemangat mendengar cerita temannya itu membuatkan Aufa menyampuk serta tidak sabar untuk mengetahui kisah yang selanjutnya.

Teman meneruskan ceritanya : 

"Pada suatu hari, datanglah seorang lelaki pemborong yang ingin membeli buah epal peladang tersebut. Lalu, dia memetik sebiji epal, dan memakannya. Namun, selepas beberapa ketika, dia meludahkan kembali epal tersebut. "Ahhh, masamnya buah ni". Terdengar rungutan pemborong tersebut. 

Walaubagaimanapun, selepas itu pemborong itu memetik pula sebiji epal dari pohon yang lain. Seterusnya dia memakan buah epal tersebut, seperti kali pertama, pemborong tersebut meludahkan kembali gigitan epal tersebut dan kali ini pemborong itu sangat marah lalu dia berkata : "Kamu ni seorang peladang yang tidak jujur, kesemua buah epal dari ladang kamu ni tak sedap, masam belaka, aku tak mahu borong buah-buahan dari ladang kamu ni, merugikan aku aje". Peladang tadi diam membisu. Buntu untuk berkata apa-apa. 

Dalam keadaan yang tegang itu, kebetulan seorang lelaki tua melalui ladang tersebut, malahan dia mendengar dengan jelas butir-butir bicara pemborong tersebut. Lalu dia berkata : "Wahai anak muda, adakah kamu tahu kepada siapakah kamu sedang marah dan mengutuk?"
Pemborong : "Pakcik, saya seorang pemborong yang ingin memborong buah-buahan dari ladang ini, tapi pakcik, peladang ini tidak amanah, buah epalnya masam, sebab itu saya marah. Kalau saya borong nanti saya yang rugi"
Lelaki Tua : "Anak muda, maafkan pakcik untuk menegurmu, namun teguran ini sebagai mau'izoh untukmu dan kita semua."

Teman : "Haaa... Aufa.. Agak-agak lelaki tua tuu nak kata apa kat pemborong tu?"

Aufa : "Alaaa...cerita la bagi abis dulu, nanti Aufa komen la.. Cepat-cepat, sambung balik, tak sabar ni.. (",)

Teman meneruskan ceritanya tadi....

Lelaki tua : Anakku, kamu memarahi dan mengutuk peladang ini adalah salah. Adakah dia tahu epal yang ditanamnya itu masam atau bagaimana? Dia hanya menanam dan menjaga sebaiknya, namun, siapakah yang sebenarnya yang menumbuhkan benih tersebut, mencambahkannya sehingga menjadi sebiji buah epal?
Pemborong : "Astaghfirullahal 'aazim... Ya ALLAH... keterlaluannya saya". (Lelaki pemborong itu menangis hiba di atas keterlanjurannya dalam berbicara).

Lelaki tua : "Jangan bersedih anakku, sebagai manusia kita tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan.. Sebagai seorang ayah dan juga lebih tua dari kalian, aku patut perbetulkan apa yang kalian tidak sedari. 
 الانسان لا يخلو عن الخطاء.. فالأفضل منهم من الذين تابوا بعد أخطاءهم

Aufa : (Terkedu dan termenung jauh, dari hati kecilnya berbisik: "Ya ALLAH, Ampuni dosa-dosaku ya ALLAH atas keterlanjuran diri ini, bukanku ingin kufur nikmat, tetapi sebagai manusia biasa inginkan kesempurnaan seperti insan lain, Astaghfirullah hal 'azim.. La Hawla Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Aazim")

Teman : "Aufa.... O0oo Aufa..." (Menantikan respons Aufa yang diam membisu, teman ini menekan...

BUZZZZZZZZ!!!!

Aufa : "Yaaaaaa.... Ada ni haa... :(  Maafkan Aufa, Aufa dah keterlaluan kan, Tak sepatutnya Aufa ungkapkan kata-kata seperti tu. Syukran ya awak, penyampaian kisah awak amat berhikmah. Uslub yang tinggi. Ada ciri-cira balaghah dan kinayah. Aufa paham hadaf (niat) awak sampaikan cerita tadi, buah epal tu melambangkan diri kita la kan, ALLAH s.w.t. yang ciptakan makhlukNYA, kalau kita hina atau tak puas hati, maknanya kita mengkritik ciptaan ALLAH..  Jazakallahu Khairon Jaza' ya akhi. 



Aufa teringat firman ALLAH s.w.t dalam surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud :
"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."

Teman : " Ana nak minta diri dulu, insyaALLAH ada masa nanti kita bertukar-tukar pandangan dan mau'izoh lagi. Aufa janganlah sedih, cantik itu perkara saintifik, setiap orang punyai tafsiran yang berbeza. Jangan salahkan takdir, seolah-olah Aufa kufur nikmat, tak bersyukur dengan pemberian ALLAH. Kita yang punyai sifat lengkap, punyai sepasang mata, telinga dan sebagainya. Jangan pandang pada orang yang lebih dari kita, tapi pandanglah pada orang yang kurang dari kita supaya kita menjadi orang yang bersyukur. Wassalam"

Walaupun "chatting" itu sudah lama berlalu, namun Aufa masih memikirkan perkara yang sama. Melampaunya diri ini, tidak bersyukur dengan apa yang ada. Syukur padaMU ya ALLAH kerana telah mengilhamkan cerita itu kepada seorang hambaMU dan disampaikan padaku. Uslubnya yang tinggi, namun hikmah yang ingin disampaikan amat besar. Aufa berazam untuk istiqamah dan thabit di jalan yang dia lalui sekarang tanpa ada bolak-balik lagi, Biarlah sedikit ketidaksempurnaan itu ada pada dirinya, biarlah dia tidak indah di mata dunia, tapi azamnya agar akhlak dan peribadinya menjadi bualan penduduk langit serta mampu menjadi bidadari syurga, kerana dia amat yakin dengan sabda Rasulallah s.a.w yang mafhumnya :

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Kenapa dia perlu bersedih, dia kembali bersemangat semula untuk terus berjuang di medan ilmu itu. Selain ilmu, Aufa sedar sekarang dia sedang menjalani satu tarbiyyah dan pengalaman agar dia menjadi insan yang tabah dan matang. Terus dia berbisik kata-kata motivasi dan firman ALLAH yang membawa erti :

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)





0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan