topbella

Khamis, Disember 30

 بسم  الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....


Salam Mujahadah buat ikhwah wa akhawati... Apa khabar sahabat semua? Didoakan semoga kita semua sihat ceria hendaknya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan sayyidul ayyam "Jumaat Barokah". Haa... Jangan lupa tau baca surah al-kahfi, sangat besar ganjarannya. Antara hikmahNya adalah kita akan mendapat nurr antara dua jumaat, malahan sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama surah al-kahfi dia akan terselamat dari fitnah dajjal. InsyaALLAH... ^_~



Hmm... jam menunjukkan pukul 8.15 pagi waktu Jordan ketika maksue sedang menaip nie, hehe.. Ahaa... Lupa pulak, hari nie maksue dapat lagi semangat baru, jadi nak ajak sahabat-sahabat sertai maksue untuk semangatkan diri dan motivasi diri. Sakit ke sedih ke penat ke sejuk ke, kita buang jauh2, laaa nie kita nak apa kawan-kawan??!! Haa, kita nak semangat!!! 

Rasanya lah kan, orang dah selalu sangat cakap pasal "membina fikiran positif". Jadi maksue tak mau laa cakap pasal tuu lagi, kita bercakap pasal cammana nak "kekalkan fikiran positif" apabila kita dah bina. 



Aiwahhh... Antara tips bagaimana untuk menjaga fikiran positif, ada 5 tips untuk di amalkan setiap hari. InsyaALLAH, bila ada 5 tips nie, kita akan sentiasa positif, optimis dan ta-ammul...

5 Tips tersebut ialah :


1. Janganla kuat  Komen, Jangan Complain, Jangan Ngomel & 
Pot pet Pot pet..

Haa... kena elak nie tau. Kalau Bani Adam baca nie musti hampa kata selalu bahagian nie juaranya Banat Hawa kan?? Ingat tak tau ka hampa pikir camtu, huhu... Sama ja naa... Erm, mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah satu perbuatan buruk kerana kita menyatakan rasa tidak puas hati kita terhadap sesuatu. Contohnya, apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, janganla komen, jangan komplen ataupun jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan lah ia seadanya, biarkan macamtu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Kita pakat-pakat cuba latih diri untuk tidak mempersoalkannya. Ingat tauuu, untuk menjaga fikiran positif, jangan komen, jangan komplen, jangan ngomel dan bla...bla...bla... lagi.. (",)

2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.

Tips yang kedua nie nak habaq kat kita bahawa cakap itu hanya apabila kita tahu, diam apabila kita tidak tahu, tak bagitau katsini pon takpa dah, semua orang sedia maklum dahkan. Cuba elakkan banyak bercakap seolah-olah kita nie banyak tahu, lagi satu atas niat untuk membuat diri kita menonjol, nampak hebat dan pemessss gitu. Sebenarnya, hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, semua tuuu berpunca dari fikiran negatif, diapi-apikan oleh ego. Bukan kerana unsur dia api ya.. Heee ^_^  Hentikan!!! Supaya kita dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem tau!

3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.

Niee yang selalu sangat terjadi kat kita, maksue sendiri pon kadang-kadang ada gak sikap nie, sapa kata dia takda sikap atas nie, memang orang kata hebatttt laa orang tuuu. Sahabat, kita kena berhenti salahkan orang lain, salahkan mak ayah laa, salahkan kawan laa, sampai salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri kita. Tak boleh tauuu macamtu, sekarang nie jom kita pakat-pakat nginsaf dan berhenti dari menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu salahkan diri kita sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri kita kalau gagal, salahkan diri kita kerana tidak memainkan peranan.

Sebagai contoh, sebagai seorang pelajar kita selalu dilanda masalah kewangan kan?? Salahkan diri sendiri kerana kita tidak mengatur perbelanjaan dengan bijak dan mungkin kerana kita sendiri boros berbelanja. Jika kita seorang wanita (khas untuk yang dah berkahwin) dan anda perasan suami anda tidak melayan anda dengan baik serta berbeza dari dulu, salahkan diri anda sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisiatif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami anda, masak untuk suami, nie asyik makan kat kedai je, huhuhu.. ^_~

4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua orang, Walau Siapapun Dia!!!

Urmm... Orang yang berfikiran negatif hanya mahu dirinya dihormati oleh orang lain. Berbeza dengan Orang berfikiran positif, dia akan hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir ikhlas dari hati. Setiap orang disekeliling nya dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, hatta walau orang tu adalah makcik cleaner ja. Tau tak sebab apa Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati?!! Maaf laa sapa yang terasa, tapi sebab mereka dikuasai oleh ego. Jadi, untuk menjaga fikiran positif, kita kena belajarlah menghormati sesiapa saja. Hasilnya nanti, kita akan perasan bahawa kita makin bersemangat untuk terus maju ke hadapan.. Chaiyokkk.... (",)

5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.

Tips yang terakhir ialah kita mau tak mau kena (wajibbbb) ingat dan muhasabah balik semua sikap buruk yang ada dalam diri kita. Jika sikap buruk kita adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat "Saya dengan ini mengisytiharkan mahu ubah sikap suka bertangguh”. Pastu, jangan tulis saja, tapi kita baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat dan laksanakanlah apa yang kita tulis.



Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh tuuu.

Untuk membina sikap positif, fikiran kita kena lah sama dengan perbuatan dan percakapan kita. Mau selari dan serasi gituuuu. Fikiran kita ontime kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah kita dapat menjaga fikiran positif yang kita dah bina.

Kesimpulan

Sebagai manusia kita wajib menggunakan akal sepenuhnya untuk membezakan di antara positif dan negatif. Positif belum tentu mengatasi yang negatif dan sebaliknya pula, negatif belum tentu tidak elok berbanding yang positif. Kedua-duanya harus dianalisa oleh akal yang sempurna kerana ada kala yang negatif ada kebaikannya. Positif yang berlebihan ada kala teramat buruk juga natijahnya. Seumpama Law of Attraction dan Law of Rejection.

Semoga firman ALLAH s.w.t yang maksue bekalkan kat bawah ini memberikan makna untuk kita analisa serta istifadah bersama-sama, InsyaAllah...

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah, Ayat : 44)

“Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. (Al-Baqarah, Ayat : 19)

Sekian dulu buat kali nie, rasanya entri yang seterusnya paling awal mungkin 14hb Januari sebab maksue dan sahabat-sahabat seperjuangan sekarang menghadapi final exam. Doakan agar kami semua dimudahkan menjawab peperiksaan serta ilmu yang diperoleh itu fis sudur bukan setakat kat buku ja bahkan menjadi manfaat dan syafaat sebagai panduan hidup di dunia menuju akhirat yang abadi.

Salam Mujahadah Berpanjangan, Bittaufiq Wan Najahul Bahir.. 
Wassalam... (=^_^=)

***Hayati Kulluha Lillah***

Ikhlas dr cheq,


    

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan