topbella

Khamis, Disember 30

أنت مريض/ة؟ لا تحزن.. واعلم ان المرض هي النعمة

بسم الله الرحمن الرحيم ...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

Salam Mujahadah... Sahabat tentu paham benar kan tajuk kat atas ni, tak perlu nak terjemah kot bahasa melayu kan, heee... ^_^



Sakit merupakan lumrah dalam kehidupan manusia, sama ada kita suka atau tak, ia pasti pernah datang sama ada dalam bentuk sakit yang berat ataupun ringan. 

Haaa.... habaq mai kat maksue, sapa kata dia tak penah sakit?? Semua orang PASTI pernah mengalami kesakitan, tak kisahlah sama ada kesakitan itu bersifat fizikal mahupun mental dan sebagainya. Ada orang anggap sakit ini satu musibah atau gangguan, menyampah, merungut dengan sakit dan ada jugak orang yang anggap sakit ini sebagai teman. Kenapa, sahabat tak percaya ka? Percayalah……. 

Sebenarnya, Rasulallah s.a.w sendiri pernah berpesan pada kita bahawa orang mukmin itu akan sentiasa diuji. Kecil atau besar ujian tetap akan datang selagi kita bergelar seorang yang beriman dengan Allah s.w.t. Tapi, kenapa kita mesti diuji? Terdapat banyak hikmahnya kenapa kita diuji dan apa yang pasti firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud “Dialah yang mencipta mati dan hidup untuk menguji siapa di antara kamu yang paling baik amalannya”.

Di sini maksue nak ingatkan diri maksue sendiri dan juga ikhwah akhawati ketahuilah bahawa jika kita tidak diuji maka kita akan sentiasa lalai. Sebagai manusia, sifat semula jadi kita adalah pelupa (nisyan), kita juga sombong, angkuh, sangat mudah lupa daratan, tak takut dosa, tak ingat Allah dan pelbagai sifat-sifat yang mazmumah lain akan muncul kalau kita tidak diuji. Kan kita ni ada nafsu, Allah ciptakan bagi setiap diri manusia ada nafsu, ianya hanya boleh dipatahkan sedikit sebanyak dengan ujian-ujian yang kita terima insyaAllah…

Sebetulnya, maksue sendiri sekarang nie sedang sakit, bermula ahad yang lalu, sakit tekak + demam + batuk, dikuatkan diri juga untuk hadir ke muhadhorah nasar hadis pada hari isnin, mana tidaknya, muhadhorah terakhir itu professor minta hantarkan kerja rumah tahlil novel, haaa… Tahlil novel bahasa arab ye sahabat-sahabat, bukan senang tuu, dan ia mewakili 10 markah musyarokah. Kalau tak hantar, alamatnya, free-free laa terbang 10 markah. Itu bahananya pengajian lughah. Alhamdulillah, pada hari rabu, cukuplah pakej sakit yang asalnya demam+batuk+sakit tekak dan kini ditambah pula dengan selsema. Apa lagi, keadaan lemah dan letih yang ada semakin bertambah, semangat jatuh, mana tidaknya, ahad depan 2 Januari dah bermula final exam, bayangkan la dalam keadaan kurang sihat, bila kita study pon, tak mampu nak fokus, hasilnya tarik selimut dan berbungkus.

Bukan maksue seorang ja kat dalam rumah nie yang kurang sihat, sebenarnya dia bermula dari adik bongsu kami, niesya. Kemudian berjangkit pada maksue, dan kini berjangkit pula pada adik sulung iaitu waniey. Harap-harap, dua lagi adik serumah (siehah dan amrah) tak terkena tempias kami bertiga. Bukannya apa, sekarang nie musim syitak (sejuk) kat Jordan, ramai pelajar-pelajar Malaysia yang jatuh sakit, perubahan cuaca yang tak menentu, menyebabkan ramailah yang terkena bahangnya. Iklim khatulistiwa sejak azali, tiba-tiba kena pulak iklim 4 musim, memang orang yang betul-betul kuat je boleh harungi. Huhu, tapi kan, bukan la bermakna maksue selalu tak sihat, kadang-kadang je, kali nie je kot antibody agak lemah. ((tak menerima kenyataan ke ni? Hihi))



 Erm… Hari nie dah khamis, hidung tersumbat, tapi takpe lah, maksue mimpi apa ntah semalam, dapat satu kekuatan dan semangat baru. Masa awal-awal sakit hari tu sedih dan frust, tipu la kan kalau tak rasa apa-apa, dah la nak final exam. Tapi, disebabkan semangat baru, tu cheq update blog ni, nak motivasi diri dan sahabat-sahabat yang mungkin sekarang sedang sakit jugak. Iaitu,  sakit yang dihidapi itu sebenarnya adalah suatu nikmat.. (=^_^=)




Nikmat Sakit

Kenapa ya maksue kata sakit itu satu nikmat?!!

Sakit itulah antara bentuk ujian dari Allah s.w.t, sama ada ianya kaffarah (untuk menghapus dosa kita) ataupun sebagai bala kerana Allah murka (mungkin kerana dosa-dosa kita yang lampau), maka anggaplah sakit itu nikmat dan kita bersabar dengannya. Lagipun, kalau kita bersabar maka pahala pun dapat, keampunan insyaAllah dapat dan adalah antara penyebab kita mendapat nikmat di Akhirat nanti, kan nikmat kan tuuu.. Haa, betoi tak?  ^_^

Kita cuba la elakkan dari tension, marah-marah, merungut, tak puas hati pada sakit, tak kisahla sakit hati atau jasmani kerana itu semua adalah bak kata P. Ramlee.. “Cobaaaaan..”

Sahabat… Nikmat dalam dunia ini lah sebenarnya adalah racun kepada kita. Ya lah kan, kalau terlalu banyak nikmat kita dapat dan peroleh sebenarnya kita tak tau yang itulah sebenarnya racun pada diri kita yang paling merbahaya sekali. Kalau terlalu banyak nikmat kita kecapi, maka semakin lalai lah kita dengan nikmat tersebut, semakin lupa diri sebagai hamba Allah, semakin angkuh dengan nikmat yang diperolehi, semakin bermegah-megah dan sebagainya. Tak salah kalau kita nak mengecapi nikmat, kerana itu adalah anugerah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tetapi biarlah ianya sederhana. Sederhana dalam erti kata tidak bercanggah dengan syariat, tidak melampaui batas, tidak tamak sampai apa yang ada kat tangan orang lain pun kita nak rebut dan sebagainya. 

Awat maksue kata nikmat itu menjadi racun?!! Erm… Sebenarnya racun tidak semestinya racun yang kita makan atau minum, tetapi antara jenis racun juga adalah RACUN HATI. Jika terlalu banyak nikmat maka akan menjadi racun lah pada diri kita, seumpama air yang disiram kat pokok, air yang asalnya untuk menghidup dan menyuburkan pokok tersebut boleh bertukar menjadi racun jika terlampau banyak sangat disiram air. Sampai pokok itu boleh mati kerana terlebih air. Paham dak? Heee (“,)

Maka benarlah sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud “Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya”. Maka jika buat sesuatu itu dengan berlebihan, maka buruklah padahnya. 

Mesti sahabat-sahabat pernah dengar kan kisah Nabi Allah Ayub a.s?? Tengok macammana beratnya ujian yang Allah timpakan pada Baginda. Lihatlah bagaimana Baginda menempuh kesakitannya yang amat perit ditambah pula godaan syaitan yang amat dahsyat sehingga isterinya meninggalkannya. Namun, atas dasar iman, Nabi Ayub a.s. dpt menempuhnya dgn berjaya.. Jadi, kita kena ambil iktibar dari kisah tersebut dan menerima sakit dengan redha.

Erm… Nak dengar kisah lagi?? Rasanya lepas sahabat-sahabat baca kisah nie mesti terus dapat balik kekuatan, kalau tak dapat gak, tak tau lah nak kata apa dah. Kisah ini diceritakan oleh sahabat Rasulallah s.a.w sendiri :

Pada suatu hari, Ibnu Mas’ud menziarahi Nabi Muhammad s.a.w yang sedang mengalami demam panas. Beliau datang dan duduk di sisi Nabi Muhammad s.a.w. “Tuan, badan tuan panas,” kata Ibnu Mas’ud sambil memegang tangan Nabi Muhammad s.a.w. “Ya, saya menderita panas ini dua kali ganda lebih panas daripada kepanasan yang dialami oleh orang biasa” kata Nabi Muhammad s.a.w. sambil menahan sakit.
Sebagai Utusan Allah, sememangnya beliau mendapat ujian hidup lebih daripada manusia lainnya demi menguji kekuatannya. “Ya, tuan juga mendapat nikmat pahala dua kali ganda daripada orang biasa pula” sahut Ibnu Mas’ud mula mengerti maksud Nabi Muhammad s.a.w tadi. “Ya, begitulah” jawab Nabi Muhammad s.a.w. 

Maka Baginda Rasulallah s.a.w bersabda : “Setiap orang yang sakit ataupun ditimpa kesusahan walaupun sebesar duri, Allah menggugurkan dosa-dosanya kesalahannya seperti gugurnya dedaunan dari pohon”.

Kita wajib MUHASABAH DIRI

Ada pepatah mengatakan :

“Hanya orang yang MISKIN tahu NIKMAT KEKAYAAN, hanya orang SAKIT tahu NIKMAT KESIHATAN, dan hanya orang MATI tahu NIKMAT KEHIDUPAN”

Sakit ini sebenarnya, mampu menjadikan kita beringat. Seolah-olah apabila kita sakit, Allah s.w.t berbisik kepada kita: “Sesungguhnya AKU mampu menarik nikmatKU bila-bila masa sahaja”

Untuk itu nasihat maksue pada diri maksue sendiri dan pada sapa-sapalah sahaja yang baca penulisan yang tak seberapa nie, bahawa kita ni hidup hanya untuk sementara ja, paling lama pun sekarang manusia dapat hidup selama 80 tahun. Tu pun bukan semua sempat capai usia itu, tambah-tambah lagi la Bani Adam yang sekarang ini rata-rata ramai mati muda. Kubur selalu duk melambai-lambai pada kita, tak payah laa nak lari wahai sahabat-sahabat semua, pi mai pi mai tangtu jugak rumah kita nanti. Sebab tu Rasulallah s.a.w kata orang yang paling pandai adalah orang yang selalu ingat pada mati. Bila selalu ingat mati maka kita akan takut dosa, buat baik ja sentiasa, ingat Allah, tak sombong, belagak dan sebagainyalah. Itu tujuannya nabi suruh ingat mati, bukanlah ingat mati sampai tak boleh buat kerja langsung, asyik duk terperuk ja ketakutan ingat mati. Haa… Bukan naaa cheq oiii, bukan!!! Bukan itu yang disuruh. Tetapi ingat mati sebagai pengingat dikala kita nak buat dosa, sekurang-kurangnya tak jadi buat. Ingat ketika mula nak  lalai, sekurang-kurangnya tak semakin lalai dan begitulah seumpamanya. Jangan pulak jadikan ingat mati sampai tak jadi kerja buat noo.. Pendek kata ingat mati agar kita takut buat dosa, kerana buat dosa maka akan disiksa kita lepas mati, na’uzubillahi min zalik….

Ingatlah, firman Allah s.w.t dalam kalam agungNYA :

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar”
{Surah Al-Baqarah, ayat 155}.   

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?”
{Surah At-Taubah, ayat 126}.

3.      “Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…”
{Surah Al-An’am, ayat 43}.

4.      “Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri”
{Surah Al-Hadid, ayat 22-23}.

Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahNya. Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahNya. Allah s.w.t ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.

Untuk itu sentiasa bersabar lah dalam hidup yang amat sementara ini dengan ujian atau kesakitan yang diterima. Ujian atau sakit kat dunia ini adalah sikit baru tu, kalau nak dibandingkan kat Akhirat sana. Sentiasalah bersyukur dengan ujian-ujian yang kita terima kerana itu adalah tanda Allah masih lagi sayang pada kita, kalau tak Allah dah biarkan kita jadi tak tentu hala, berseronok 24 jam sampai tak ingat nak mati dan sebagainya. 

Kalau kita tak bersyukur dengan apa yang kita terima, salahkan takdir, sentiasa tak puas hati dan sebagainya, itu adalah mainan syaitan yang kerjanya nak menyesatkan anak Adam dan tidak mahu melihat anak Adam ke syurga. Dendam kesumat iblis laknatullah dan konco-konconya pada kita bukan setakat 2 keturunan, bukan setakat 7 keturunan, tetapi sampai kiamat mereka akan berdendam dengan kita.

Dan ketahuilah, kesakitan atau ujian yang kita terima mungkin kerana kesilapan kita jugak, kerana tak ikut Islam betul-betul, sombong pada Allah, rasa dunia ini macam kita yang punya, tak ada hati perut pada manusia lain dan macam-macam lagi lah sebenarnya dosa kita ni. Kita ni sebenarnya banyak dosa, dari dosa kecil hinggalah dosa besar, terlalu banyak sebenarnya, cuma kita je yang tak perasan ataupun buat-buat tak perasan. Tetapi apabila di soal kat kubur dan mahsyar nanti barulah kita akan tahu betapa banyaknya dosa kita kat dunia ni terutamanya dosa yang tak nampak, tersembunyi dalam benak hati kita ni. Masa tu baru tahu malu kita nanti setelah banyak rahsia terbongkar… Hmmm… 

Nak tak nak, kita kena bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan ini, bukan semua orang boleh dapat. Janganlah kita duk cela sakit yang menimpa. Tapi, kita ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila saya, kamu, dia, mereka sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada kita. Bukankah itu satu kemuliaan?!! Cuba renung tengok...

Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?

Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.

Namun Allah SWT berfirman:

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu”
{Surah Asy-Syura, ayat 30}.

MasyaAllah… sudahlah segala bencana, sakit, adalah disebabkan oleh kita – tak jaga kesihatan, buat makar, buat onar, dan macam-macam lagi ~~ tetapi Allah ampunkan sebahagian besar dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.

Sakit itu Kaffarah bagi dosa. Di sini lah kita muhasabah kembali kehidupan kita. Ingat!!! Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.

P/s: Maksue sudah semakin sihat. Sat ja sakitnya. Alhamdulillah... Mungkin Allah suruh beringat sahaja. Bila dah beringat ni, Allah hilangkan penyakitnya.

Sekian dulu buat kali ini, semoga kita semua diberkati, dirahmati, diberi ‘inayah dan diampuni Allah s.w.t.  yang Maha Pengampun sentiasa dan selamanya, aamin.

Wassalam... (=^_^=)


***Hayati Kulluha Lillah***
 
Coretan Ikhlas,

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan