topbella

Khamis, Julai 1

Sollu 'Alan Nabi.....


Mari Berselawat..

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi S.A.W. (Oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi S.A.W,dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.”(Al-Ahzab : 56)

Bersumberkan dari At-Taiyimi katanya : “Apabila mereka berselawat ke atas Nabi S.A.W,para Malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat.”

~~ Sekali selawat,Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
~~ Sekali selawat,Allah akan mengangkat baginya dengan 10 darjat.
~~ Malaikat juga akan turut berselawat kepada sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah.
~~ Doa yang disertai dengan selawat aka diperkenankan oleh Allah tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat akan tergantung di antara langit dan bumi.
~~ Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari Kiamat.
~~ Akan mendapat syafaat Rasulullah pada hari Kiamat.
~~ Allah akan mengandakan limpah kurnia dan rahmatnya kepada mereka yang berselawat ke atas Nabi S.A.W.
~~ Dapat membersihkan hati, jiwa, dan ro-roh kotor yang berselaput di dalam dada.
~~ Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah.
~~ Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya.
~~ Akan terselamat dan terpelihara dari segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
~~ Dengan berselawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah lupa.
~~ Akan mendapat cahaya atau nur yang bersinar di hati apabila kita berselawat 100 kali dengan penuh bersungguh-sungguh.
~~ Mendapat ganjaran pahala seperti mana memerdekakan seorang hamba apabila kita berselawat sebanyak 10 kali.
~~ Allah akan meluaskan dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.
~~ Allah akan memberkatkan timbangan segala amalanya pada neraca timbangan.
~~ Mendapat keberkatan daripada Allah.
~~ Mendapat kasih sayang daripada hati-hati orang-orang beriman.
~~ Akan mendekatkan dirinya dengan al-haudh (kolam) serta dapat meminumnya.
~~ Dapat melepaskan diri daripada tergelincir ketika melalui Sirat.


“Apabila mereka berselawat ke atas Nabi S.A.W, maka para Malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat.”

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan