topbella

Khamis, Julai 1

Apsal ye ENGKAU ni malas sangat nak sembahyang???


Puisi ini ditujukan kepada insan-insan yang mahu berfikir dan cuba mengingati betapa selama ini mereka menikmati segala kurniaan Allah,tetapi masih gagal untuk menunaikan perintahnya.

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan beri engkau jasad,
Bukan ke lebih untung daripada tunggul,
Yang berdiri tanpa roh siang dan malam.

Apasal la engkau malas sembahyang,
Hidup mewah, keluarga pun senang,
Negara pun dah aman tak lagi berperang,
Takkan la 5 minit setiap waktu pun tak boleh nak luang?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kurniakan otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan beri ilmu supaya boleh berfikir susah dan senang,
Tuhan beri nikmat,tapi kenapa engkau tak kenang?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Keluar pekan engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket wayang engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang!!!

Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat, umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat bila petang kita kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang,

Apasal la engkau malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah engkau bayang,
Perjalanan Akhirat memang terlalu panjang,
INGAT!!! Janji Allah akan tertunai, tak siapa boleh halang.

Ingatlah wahai rakan dan taulan,
Sematkanlah kata-kata ini dihati wahai kawan,
Fikirkan sejenak pada pesanan:
“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan