topbella

Isnin, Julai 19

Risalah juga Pesanan Tulus Ikhlas Buat Si "Dia"

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...


Tolong beritahu si "dia"... Ana ada pesanan khas untuknya...


Sahabat Sahabiyah, Akh Ukhti, Adik Kakak Abang yang dihormati.... 
 
Tolong ya beritahu pada si "dia", cinta agung adalah cinta kepadaNya iaitu ALLAH s.w.t…
Ingatkan si "dia", cinta manusia bukan hakiki malahan bakal membuatnya lalai dan alpa
Nasihati si "dia", jangan sesekali mencintaiku lebih dari "dia" mencintai ALLAH Yang Maha Esa…
Tolong ingatkan juga padanya, jangan mengingatku lebih dari "dia" mengingat ALLAH Yang Maha Kuasa…
Tolong ya nasihatkan si "dia", jangan mendoakanku lebih dari "dia" mendoakan buat kedua ibu bapanya
 
  
Kerana apa ya si "dia" perlu buat begitu???
 
Katakan pada si "dia", dahulukan Allah kerana di situ syurga buatnya…
 Ingatkan pada si "dia", dahulukan kedua ibu bapanya kerana pada redha merekalah dan telapak ibunya itu syurganya yang abadi
Ingatkan pada si "dia" lagi, ana terpikat kerana imannya bukan pada paras rupa…
Ingatkan si "dia" juga, ana lebih cintakan pada sifat zuhudnya bukan harta juga kemewahannya…
Katakan pada si "dia", ana mengasihinya kerana akhlak dan sifat santunnya…
Tegurlah si "dia", jika sekiranya dia mulai mengagungkan cinta pada manusia…

 
Minta tolong ya, sampaikan pesanan ana ini buatnya...
 
Tolong tegur si "dia", bila dia mula tenggelam dalam angan-angannya…
Harap dapat tegur si "dia", andai nafsu mengawal fikirannya…
Tolonglah sedarkan si "dia", diri ku ini milik ALLAH Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan si "dia", ana masih milik keluarga…
Harap dapat sedarkan si "dia", tanggungjawabnya sekarang besar kepada keluarganya…


Sekiranya "dia" enggan atau bantah, ingatkan lagi padanya...

Harap "dia" dapat bersabar, usah di ucap madah cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
Sabarkan si "dia", andai diri ini enggan dirapati, ianya kerana hendak menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si "dia", bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…
Pesan padanya, ana tidak mahu menjadi fitnah besar kepada dirinya…
Pesan padanya lagi, ana tidak mahu diri ini menjadi punca kegagalannya
Katakan padanya, ana membiarkan ALLAH Yang Esa memberi 'inayah, perlindungan buat dirinya…
Tolong khabarkan pada si "dia", ana tidak mahu membuat "dia" terlena dalam mimpi indah dunia


Katakan pada si "dia" bahawa niat ana.....

Yakinkan pada si "dia", hadaf ana yang utama mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya
Khabarkan juga pada si "dia", tolong jadi penyokong dan sumber inspirasi dalam kejayaanku…
Tolong sampaikan pada si "dia", ana mendambakan cinta suci yang terjaga…
Sampaikan pada si "dia", jika dua insan berkasih sayang & bercinta hanya kerana Allah, tidak ternilai harganya…
Berikan keyakinan pada si "dia", bahawa hubungan ini pasti terjaga selagi "dia" menjaga hubunganbya dengan ALLAH s.w.t Zat Yang Maha Kuasa…


Oleh itu....

Tolong  ya sampaikan pesanan ini kepada si "dia" kerana ana tidak mampu memberitahunya sendiri… Malahan ana tidak tahu siapakah "dia" dan dari mana asalnya, kerana ana yakin pada jodoh, ajal maut, rezeki dan buruk baik seseorang manusia itu pada Ilmu ALLAH s.w.t
Syukran.... (",)

Hanya engkau Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Mengetahui siapakah si "dia"
Wallahu 'alam...

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan