topbella

Ahad, Julai 11

Baunye busukkkk tapi MasyaALLAH sodapppp...... ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ermm.... Hehehe... Camna ye nak mula cter... (=^_^=)

Alkisahnya begini.... Pada ari khamis yang lalu, 8hb Julai 2010, lepas je balik kuliah, lebih kurang lepas zohor gitu maksue trus g ke umah kak zam n kak anis, my beloved sisters..  Diorang ajak g amman, nak beli tiket flight...  Sedih sebab dua kakak ni dah nak graduate... Seronok nye kan, lepas berpenat lelah usaha, hasilnya sebuah kejayaan bersama segulung ijazah.. Itu tak penting, apa yang lebih penting, ilmu n pengetahuan yang ditimba semasa kita belajar, didoakan pada ALLAH agar setiap ilmu yang kita pelajari ini biarlah 
"العلم في الصدور وليس في السطور" agar bermanfaat untuk bekalan kita hidup di dunia menuju akhirat yang abadi, insyaALLAH....

Musti sahabat sahabiyah tertanya-tanya kan, pasal tajuk kat atas tuu... Heee.... Dipendekkan cerita, sampailah kami yang seramai 8 orang akhawat & sorang syabab sebagai murokib kami ke destinasi utama kami iaitu, Syarikat Eiffel... Sapa2 kat jordan ni, kebiasaannya akan beli tiket flight kat syarikat ni, kami panggil Nuha, sebab dia dah lama berurusan ngan pelajar Malaysia serta mudah dibawa berurusan... Murah lak tuu...

Masa kakak2 bakal khirijjat ni tengah berurusan, maksue dan beberapa sahabiyah lagi yang duduk saje ni, diberi kad bisnes ole sorang pakcik arab tu, mungkin suami Nuha @ mungkin saudaranya.. Wallahu 'Alam... Tapi, menariknya di sini, pakcik ni amatlah ramah juga "mesra alam".. Dia dengan riuh juga becoknya bercerita pada kami bahawa dia dah 5 kali g Malaysia... Pulau Langkawi, Genting Highland, Kota A Famosa dan macam2 lagi.... Seronok dengar dia berceloteh... 

Pakcik ni terus berceloteh, ehermm...disebabkan maksue ni pun sebenarnya dalam kategori "mesra alam", mengiyakan dan tanya la lagi pengalaman pakcik ni.. Apa lagi, lagi rancak la dia berbual....

Antara topik @ pengalaman menarik pakcik tu ceritakan :-

1) Terputus bekalan elektrik semasa dia naik kereta kabel kat Genting Highlands.. Ermm, ade ke kereta kabel kat sana erk, maksue pun tak penah sampai... Nak tau pakcik ni cerita apa, dia cakap, tengah malam masa dia naik tu, tetiba berhenti di tengah2 hutan, dengan suasana yang gelap gulita, dia dan para penumpang lain, hanya dengar bunyi siulan sang cengkerek dan bunyi monyet (agaknye la, sebab pakcik ni buat bunyi macam monkey tu).. Dia kata : "هذا مخيّف جدا" Seram O0oo... Lama gak la, lepas beberapa lama, keadaan kembali normal, sampai je kat destinasi, semua pakcik arab tu cakap pakat "uwekkk"..muntah belaka....Dia agak serik naik... Maksue saja nyakat dia, cakap kat dia takkan pakcik takot kut, dia kata musti aaa takut, tengah gelap pastu dengar bunyi binatang bersahutan ja, dahla kat tempat tinggi lak tu, masa tu dia hanya ingat ALLAH ja... Ingat mati dah.. Kompom pakcik ni keserikan...hehe.. (",)

2) Pakcik tu terus bercerita lagi, dia kata paling dia seronok kat Malaysia pasal makanan nye... Banyak sangat makanan yang sodap2... Tapi..... Alahaiiii, paling dia tak tahan, makanan orang malizi ni pedassss.... Adehhh, buat pengetahuan sahabat sahabiyah, orang ARab ni tersangatlah taktahan ngan masakan pedas, tak leh pedas langsung, diorang surrender... Pakcik ni cerita laa, masa dia g malaysia tu, ada sekali tu, dia makan aruz (nasi), waktu pagi...maksue agak dia makan nasi lemak kot....pastu dia cakap nak la kuah, dia tak paham bahasa melayu, nak minta sos tomato la kan, makan ngan nasi tu, dia kata nasi tu sodapppp sangat, pastu waiter bagi dia sos kaler merah, gelojoh gamaknya, dia letak banyak, masuk2 mulut.."arghhhhh pedas, sambil jelir2 kan lidah'... Maksue yang semangat dengar pakcik ni cerita, dia cerita penuh ngan gaya mutu keunggulan gitu, siap eksperesi mimik muka gaya semua ada... Dia kata, lepas je masuk mulut nasi tu, terus dia ludahkan, pedassssss.... dia kata "ماليزي....فلفل...حارررر...حارررر..." Orang malaysia ni sikit2 pedas, dia cakap kamu nak tahu apa jadi kat aku lepas tu?? Aku menderita masuk tandas...sakit perot pakcik....nasi sodap dah, gara2 sos tu, terbantut abih...heeee..... kesian kan kat pakcik tu, kita pasni kat malaysia kita wat sos tak pedas la, cian kat warga asing....takleh makan nanti... ^_^

3) Haaa.... ni da best part maksue nak kongsi.... Pakcik tu puji lagi, dia kata kat malaysia ni, macam2 buah-buahan ada....syurga buah-buahan... Pakcik tu cerita la pasal "ابو شعر" (rambutan). dia imagine kan kat kami buah tu kaler merah. ada rambut lebat kat luar, isi dia kaler putih, sah la kan buah rambutan, dia kata sedap sangat....diorang ajar kat dia cara nak makan, dia wat la gaya nak makan rambutan cmne smpai termuncung-muncung mulut pakcik tu...hehe....

lagi satu dia kata, pakcik palingggggggggggg suka satu buah ni, sampai dia picit hidung dia yang mancung tu, dia kata "رائحة كريهة لكنها ما شاء الله ما شاء الله لذيذ جدا!!!!" sambil mengangkat ibu jari tanda kata memang bestzz!! Haaa... nak tau buah ape ni?? 

Inilah "أبو شوكة", bapa duri...kalau tadi "ابو شعر" bapa rambut, rambutan, ni bapa duri iaitu durian...

Pakcik tu cakap yang lebih kurang mafhumnya, "aku suka sangat buah durian, aku dah makan dah, memang bau dia busuk, tapi MasyaALLAH betapa hebatnya ciptaan Khaliq, buah yang diluarnya duri yang tajam, baunya busuk sampai aku terpaksa tutup hidung, tapi rasanya amat lazat...sodappppp"

Katsini maksue terdiam sebab terdengar laa sahabiyah cakap, sodapnya durian, diorang suka sangat, sapa tak suka tu memang rugi... ye la kan...orang arab yang tak penah makan durian, walau bau busuk tapi mereka suka sangat2... Adehh... Erkkk!!! Adoyaiii, malu nk ngaku tapi last2 maksue cakap kat sahabiyah2 tu, takyah cari jauh2, kat depan korang ni haa, anti-durian.. Maafkan diri yang dhoif ni, bukan salahku tidak menyukai durian (abu syaukah) tapi sejak azali camtu.. 

Ps:// Heee.... nak tau, maksue penah demam seminggu gara2 abanglong maksue letak durian kat dapur, masa tu maksue kat umah abang, bilik tido maksue lak, sebelah ngan dapor tu, sensitif punya pasal, sampai domam seminggu sebab bau nye saje...Isk..isk...isk.... terukkan... Haaa....lepas kebah dari demam tu, abanglong pon bongkar rahsia... Jeng3x... Rahsia apa itu?? 

 Ahakkzzz.... abanglong cakap, maksue ni dari kicik lagi sensitif dan takleh langsung bau durian, masa kicik2 dulu, tak boleh bau langsung, bau je terus muntah, sampai ayah mandikan (jirus maksue air dalam pangsa durian)... Abang cakap, penyakit maksue ni menyusahkan orang, orang sampai nak makan pon payah, dah memang takleh hidu langsung... Ehh ye ke, abang maksue ni saja je buat cerita... Last2 abang cakap, kalau tak caya tanya mak ayah sendiri.. Berdegup2 jantung berdebar2 rasa, terpikir2 dan bermonolog dalaman, teruk sangatkah diri aku ni sampai takleh bau langsung... Waaaaaaaa.....lepas tanya mak ayah, ayah mengiyakan, memang dia mandikan maksue air dari pangsa durian pon, nak bagi tahan sikit.. Waduh2x... Dasyat sekali ya... Heeeeee (",).... Tapi sekarang ni da beso dah, boleh dah makan durian, tapi kalau orang makan sebiji durian, maksue makan 2-3 ulas je, lepas syarat & paling penting jaga ati mak ayah.. Huhuhu... Sogannya.... ^_^

Ape2pun sahabat sahabiyah sekalian, setiap ciptaan ALLAH itu ada hikmah n uniknya tersendiri, seperti durian yang zahirnya berduri n baunya tidaklah wangi tapi rasanya adalah sooodap... 

Kesimpulannya ------>

(",) Begitu juga diri manusia... Janganlah kita pandang zahir atau luaran individu tu saja... Mungkin nampak cantik@hensem dari segi luaran, tapi bagaimanakah ia dari sudut ilmu, akhlak dan imannya... Sedangkan Rasulallah s.aw. sendiri pernah bersabda yang mafhumnya : "Seorang hamba abdi yang kulit hitam legam itu lebih mulia dari seorang yang indah cantik rupawan jika pada dirinya ada iman yang teguh"...

Malahan, teliti kan kata2 hikmah berikut :
  • "Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya." (Hamka).

  •  لميس الجمال بأثواب تزينن ان الجمال جمال العلم والأدب" - سيدنا علي ابي طالب
  • Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Mari sama2 kita renungkan serta muhasabah bersama... (=^_^=)

**Buat para sahbat@sahabiyah di bumi barokah jordan ni, kalau2 nak kongsi @ dengar sendiri pengalaman pakcik ni,mungkin boleh cari dia kat pejabat Nuha (Eiffel)... Nama pakcik tu, pakcik Mohannad..
** Sekian wassalam... Sapa2 rajin bolehla komen.... sila2 jangan memalu... heee (",)

4 Komen & Pandangan:

Melur Jelita berkata...

Terbaekkkkkkkkkk...hehehehe

misza berkata...

kalau makan sambil tutup hidung hilang lah nikmatnya. he³...
bau durian memang memeningkan.

Golden Rose berkata...

salam perkenalan...singgah dr blog kak melurjelita

Faradilla Rashid berkata...

Menarikkkkk.... tetambah gambo tu... begitu mengiurkan.... jom aufa akak belanja makan durian... kekekeke

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan