topbella

Jumaat, Februari 4

Penggunaan Shortform lafaz ASSALAMU'ALAIKUM.. Bolehke tak Boleh ekk nak guna???? (",)





Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Dengan rahmat dan kasihsayangNYA kita masih diberi nafas bersama nur iman juga islam untuk terus mengabdikan diri kepadaNYA. InsyaALLAH…

Sahabat… Entri kali nie maksue tertarik dengan isu yang agak hangat  dipersoalkan walaupun sudah lama ianya dibahaskan iaitu mengenai Istilah singkatan lafaz SALAM yang kita gunakan seharian amnya dan khususnya dalam bentuk penulisan ketika ber”sms”, ym, fb dan sebagainya. 

Hurmm, petang tadi pun, masa maksue tengah online kat fb, seorang sahabiyah persoalkan lagi tentang istilah “SALAM” boleh digunakan ataupun tidak. Isyy tak boleh jadi nie, maksue kena cari pasal nie, kena tahu kerana ini ilmu dan kita dapat istifadahkan bersama.
Maka terjumpalah, satu artikel yang telah ditulis dan disebarkan secara meluas di dalam laman sosial Facebook yang bertajuk: 

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM” & “A’KUM”? Apakah maksud disebaliknya???

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “Salam (selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).
(Surah Az-Zukhruf, ayat : 89)

Baik gunakan - ASSALAMU’ALAIKUM or ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.. Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fM). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah SAW. Antara yang dibincangkannya ialah tentang BAB CARA MEMBERI SALAM.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamu’alaikum” dan menjawab salam dari para sahabat Baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam Warahmatulallahhi Wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan; Beri salam dengan ucapan - “Assalamu’alaikum” dan Jawab salam - “Waalaikumussalam Warahmatulallahi Wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ; “WA’ALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WA’ALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada si fulan / si fulanah ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat si fulan / si fulanah ye”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti “Ko tolong kirim salam maut kat dia yer”. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamu’alaikum” dengan “A’kum” dalam SMS atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamu’alaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As-Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamu’alaikum”.

Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna short form “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As-Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamu’alaikum“.

- Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
- Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
- Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “As-Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa.
Sekian, semoga ada manfaatnya



SEKADAR PANDANGAN / RESPONS BAGI ARTIKEL DI ATAS

Sahabat… Katsini maksue nak fokuskan pada istilah SALAM sebab ini yang maksue rujuk. Apa yang maksue temui dalam kamus Tajul Lughah wa Sihahul Arabiyah (Al-Jauhari), jilid 4 m/s 1582 – 1585
السَلَم : الاستسلام أو شجر من العضاء
السَّلمُ : الصلح
السِلم : المسالم، تقول : أنا سِلمٌ لمَن سالمني.
وتقول : سَلِمَ فلان من الآفات سَلاَمةً، وسلَّمَه الله سبحانه منها.
وسَلَّمتُ إليه الشيء فتسلَّمهُ، أي أخَذَه.

Iaitu, katsini mafhumnya menyerah, pembaikan, keamanan dan selamat atau juga salam tu sejenis pokok (pokok akasia). ^_^

(=^_^=) Kalau dari kamus المفتاح  pula bab ) حرف السينm/s 962-965), perbahasannya camni :
سَلام، سَلَم : سِلمٌ، أمن، أمان  - Keamanan, kedamaian, keselamatan.
سلام : تحيَّةٌ. أي : أَبْلِغهُ سَلامِي، بَلِّغهُ سَلامِي  - Penghormatan, iaitu : Sampaikan salamku!

Manakala jika dirujuk daripada Lisanul 'Arab, panjang betul huraiannya, berjela-jela sampai pening la jugak bila baca, kalau sahabat tak caya, silakan rujuk sendiri, Lisanul Arab (Ibnu Manzur Al-Ifriki), jilid 7, m/s 263 – 274, maksue ambil antara syarahannya adalah seperti berikut :

سلم : السَّلام و السَّلامة : البراءة. وتسلَّم منه : تبرّأ. وقال ابن الأعرابي : السَّلامة العافية، والسلامة شجرة. وقوله تعالى : (( وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاَمًا))، ومعناه تَسَلُّمًا وبراءة  لا خير بيننا وبينكم ولا شر.
Maksudnya -->  Serah : penyerahan dan keselamatan : Bebas. Dan meyeah daripadanya : Pembebasan (penyerahan). Ibnu ‘Arabu berkata : Selamat sihat ‘afiat, salamah juga sejenis pohon. Sepertimana firman ALLAH s.w.t : ((Apabila berbicara orang jahiliyyah, maka katakan “Selamat”. Maknanya selamat iaitu bebas dari mereka, tiada kebaikan antara kami dan antara kamu tiada kejahatan.  

والسُّنَّة لا تختلف في تحية الأَموات والأَحْياء ويشهد له الحديث الصحيح أَنه كان إِذا دخل القبور قال سَلامٌ عليكم دارَ قَومٍ مؤمنين
Ertinya : Dan sunnah tidak ada perselisihan dalam tahiyyah kepada orang yang telah mati mahupun orang yang hidup. Berdalilkan hadis sahih: Sesungguhnya, apabila Baginda (Rasulullah) masuk ke perkarangan kubur (melaluinya), maka Baginda menyebut: "Salamun 'alaikum daara qawmin mu'minin (Keselamatan dan kesejahteraan kepada kamu semua, wahai kediaman kaum-kaum mukminin (penghuninya)"

ويقال السَّلامُ عليكم سَلامٌ عليكم سَلامٌ بحذف عليكم ولم يرد في القرآن غالباً إِلاَّ مُنَكَّراً
Dan disebut: Assalamu'alaikum, Salamun 'Alaikum, Salaam yang dibuang ‘alaikum (ke atas kamu). Kebiasaannya (kebanyakannya) tidak disebut dalam Al-Quran kecuali dalam bentuk nakirah.

Namun, jika disebut As-Salaam yang dimaksudkan dengannya satu Nama/sifat daripada Nama-nama/Sifat-sifat Allah yg Maha Mulia, maka mesti disebut dalam bentuk Ma'rifah..

Ahaaa…. Sahabat dah tengokkan hasil tiga rujukan kamus perbahasan mengenai perkataan tersebut. Jadi maksue rasa tak salah kita menggunakan singkatan bagi lafaz ASSALAMU’ALAIKUM kepada lafaz SALAM / A’KUM. 

Kenapa erk?? Haa… Macam kita semua tahu, sememangnya shortform bagi perkataan ASSALAMU’ALAIKUM ialah A’kum, As’kum, Salam, Slm. Selagi kita niatkan dan maksudkannya dengan lafaz AS-SALAM atau ASSALAMU’ALAIKUM, maksue rasa tak jadi masalah untuk kita gunakan lafaz singkatan macamtu. Sebab, takda pulak dalam pencarian atau artikel lain mengatakan dalil mahupun bukti khas pengharaman bagi perkataan tersebut.
Lagipun kan, maksue nak tanya, kalau sahabat baca kat sms, e-mail, chatting atau  mana-mana je la penulisan tersebut, sahabat pahamkan bahawa shortform tersebut adalah dari lafaz asalnya iaitu ASSALAMU’ALAIKUM. Betul tak?? Angguk ka geleng?? Haaa…. Pahamkan? ^_^

Ermm…. Hujjah maksue ataupun sandaran bagi permasalahan ini, kita sentiasa bahkan acapkali menggunakan singkatan juga shortform bagi lafaz lain.
Contohnya : ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, kita hanya guna SWT / s.w.t
                 : Rasulallah Sollahu 'Alaihi Wassalam, shortform kita guna SAW /s.a.w
                : Rodiallahu ‘Anhu, kita shortformkan jadi RA / r.a

Selain 3 contoh shortform nie, banyak lagi kan yang kita guna pakai dan ianya dipahami oleh semua…

Tapikan, lain pulak halnya juga hukumnya kalau lafaz shortform nie tidak difahami oleh si pembaca dan penulis tu sendiri...

Manakala, respons maksue bagi saranan mengenai penggunaan lafaz AS-SALAM adalah lebih baik, maka maksue katakana bahawa maksue sangattttttttttttt setuju untuk menggunakan lafaz tersebut. Tapikan, tak salah pun kalau hanya menggunakan lafaz SALAAM ataupun SALAM. 

Sepertimana dalil-dalil yang dirujuk daripada ayat Al-Quran mengenai penggunaan lafaz SALAM / SALAAM dan ianya membawa maksud yang baik sama dengan lafaz ASSALAMU’ALAIKUM (“,)
   
SSurah Al-An’am, ayat : 54

وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Ertinya : Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah : "Salaamun alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).

  Surah Al-A’raf, ayat : 46

وَنَادَوْاْ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَن سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Mafhumnya : Dan mereka menyeru penduduk syurga: "Salaamun 'alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).
 
SSurah Yunus, ayat : 10

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ

Yang Bermaksud : Do'a mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma”, dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" (sejahtera dari segala bencana)

4Surah Hud, ayat : 69

وَلَقَدْ جَاءتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُـشْرَى قَالُواْ سَلاَماً قَالَ سَلاَمٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاء بِعِجْلٍ حَنِيذٍ

Ertinya : Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah," maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran tersebut, lafaz "SALAAM" membawa maksud "kesejahteran, keamanan dan keselamatan"

Oleh itu, maksue ingin tegaskan kat sini bahawa istilah "SALAAM" dan “SALAM” adalah sama sekali TIDAK SALAH!!!

Mengenai pandangan tentang hal berkirimsalam pula, maksue tidakkkkkkkkk sama sekali setuju bahawa TIDAK BOLEH mengatakan "Sampaikan/Kirim SALAM kepada si fulan/fulanah" dan MESTI menggunakan “Kirim salam dengan lafaz “ASSALAMU’ALAIKUM” sahaja boleh dan sepatutnya digunakan. Padahal sahabat-sahabat, orang Arab sendiri, hanya guna lafaz بلغ تحيتي إليه dan سلّم على فلان

Iyerr… Penggunaan kedua-dua ayat ini sangat meluas oleh orang arab dalam percakapan seharian mereka, macam kat Jordan nie, kalau diorang nak kirim salam diorang hanya cakap “Sallim ‘ala fulan/fulanah”. Kaalau terjemah sama saja maksudnya dalam bahasa melayu iaitu “Sampaikan SALAM kepada si fulan/fulanah”

Cuba sahabat perhatikan, dalam ayat tersebut takda pun kan lafaz ASSALAMU’ALAIKUM. Jadi boleh la kita gantikan lafaz “ASSALAMU’ALAIKUM” dengan “SAALAM” kerana mempunyai makna yang lebih kurang sama saja.

Haa.. Macam tu la jugak ketika berkirim salam. Sememangnya difahami dah bahawa “sampaikan SALAM” adalah sama erti dengan “sampaikan ASSALAMU"ALAIKUM”.

Sahabat… Janganlah kita macamnie, asyik mencari sebab kesalahan ja. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau lah kita terus menerus berpandangan macamnie dan menutup pemikiran, pasti satu hari nanti akan ada lagi perbahasan baru, bahawa memberi salam mestilah ditulis dalam tulisan Arab sahaja, kerana ejaan Assalamu’alaikum ini tidak tepat dari segi ejaan, bacaan dan panjang pendek. Contohnya ASSALAMUALAIKUM / ASSALAMU’ALAIKUM, alif dengan ‘ain beza, lari makna tau. Na'uzubillah min zalik, minta jauh la dari perbahasan yang hanya akan lebih menyusahkan orang awam.

Ingat!!! Boleh kita gunakan dan tak salahpun nak gunakan singkatan lafaz. Yang salah dan yang tak boleh, jika kita gunakan kalimah "As-saam". Sepertimana datangnya dalam satu hadis, bahawa orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w apabila memberi salam, mereka menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud : maut atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa alaikum’ sahaja.
 
“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan ke atas kamu). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (dan ke atas kamu). [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].

BERIKUT ADALAH PENDAPAT/ULASAN MANTAP BERKENAAN HAL INI ^_^

1. Untuk setiap huruf jawi dan rumi, ada atau tidak perkataan buruk? Jika ada, maka tidak mustahil "A.L.L.A.H" dan "alif lam lam ha" dimaksudkan dengan buruk untuk setiap huruf. Jadi, kita tidak boleh guna "Allah" dalam Jawi dan Rumi lah ye? Macam tu?? Komen sikit??

2. Betul atau tidak, singkatan "A'kum" bermula sedikit lewat dari wujudnya internet dan sistem pesanan ringkas? Jika betul, adakah dan siapakah manusia bukan Melayu atau Yahudi pertama yang guna "A'kum"? Jika bukan Yahudi atau agen-agennya, siapa? Jika Melayu kita juga yang mula (sebab aku tak yakin American Muslim yang mula "A'kum"2 ni), adakah dia pandai bahasa Yahudi? Yahudi atau bukan Yahudi, SIAPA yang mula cipta singkatan A'kum? Habaq maiii kat cheq. Sebut nama, kita selidik sama-sama siapa dia. Kalau tak sabit tuduhan email layang ni, fitnah melulu walaupun niat baik nak menegah adalah haram. Dosa tetap dosa. Siapa tukang forward sama je dosa dengan orang yang cipta penipuan ni.

3. Apa agaknya reaksi orang bukan Islam, terutamanya Yahudi yang kita benci-benci sangat nie, kalau mereka baca benda penulisan dan  perbahasan kita ni? Tak malu ke kalau korang sebenarnya paranoid dan takut dengan bayang - bayang sendiri?

INI ADALAH BUKTI KESALAHAN DALAM TERJEMAHAN "AKUM"

Sila rujuk gambar tersebut..
http://j0.tagstat.com/image04/0/e564/002X000UelA.jpg

Avde Kokhavim U Mazzalo atau KOKHAVIM atau AKUM adalah sebenarnya BUKAN SAMA SEKALI membawa maksud BINATANG tapi BINTANG...

Avde Kokhavim U Mazzalo membawa maksud HAMBA-HAMBA PENYEMBAH BINTANG & ORANG-ORANG YANG SESAT. Itulah maksud sebenarnya.

INI PULA ADALAH JAWAPAN UST. ZAHARUDDIN TENTANG HAL INI

Salam…
Terima kasih atas “teguran” atau “peringatan” yang diberi.

Bagaimanapun, saya tidaklah termasuk di kalangan orang yang bersetuju untuk mensyaratkan “Assalamu’alaikum” di tulis penuh. Tidaklah saya ketahui apakah dalil khusus yang digunakan bagi mensyarat dan mewajibkannya.

Menurut Islam, yang lebih penting adalah “kefahaman intipati”. Jika anda faham ianya adalah lafaz penuh, maka tiada lagi masalah bagi menulis ringkasannya. Perlulah memahami Maqasid Shari’ah (objektif dari hukum Shari’ah) dalam hal ini. Objektif shari’ah dalam hal memberi salam adalah sunnah dan mendoakan saudara seIslam. Ia dibuat dalam bentuk verbal biasanya. Apabila ditulis secara tulisan, jika benar formal, bolehlah anda menulisnya dengan lengkap, tetapi di kala tidak formal, yang penting maksud shari’ahnya sampai.

Tulisan “salam” atau “akum” atau “askum”, sudah tentulah bermaksud lafaz salam yang penuh, tiada siapa yang akan menulisnya kecuali bermaksud lafaz salam yang penuh. Maka adalah menjadi suatu kecacatan sendiri apabila si pembaca membacanya dengan lafaz singkat. Sebagaimana singkatan “utk” dan “sbg”, ianya difahami secara automatik ia adalah bermakna “untuk”, dan
“sebagainya”.

Justeru, Islam adalah agama yang memudahkan dan bukan menyusahkan dengan perkara amat cabang dan kecil ini, bagi merasakan individu yang menggunakannya adalah salah. Bagi saya, orang yang mengganggap salah itulah yang salah.

Adalah logik dan diterima Syara’ untuk menggunakan singkatan bagi lafaz salam di “sms”, mahupun e-mail dan lain-lain tempat yang sesuai, kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang ditujukan.

Saya sebenarnya amat pelik, saya telah selalu membaca dan mendengar pertikaian seperti ini, tetapi ini yang pertama kali saya ditujukan secara peribadi, persoalannya mengapa isu yang sekecil ini juga terdapat perdebatan. amat membuang masa.

Wallahu'alam..

~~ Rasanya telah jelas lagi nyata mengenai perbahasan di atas, semua ini maksue rujuk sendiri dari kamus, tengok terjemahan dari Al-Quran, baca kat lisanul ‘arab, assihah, artikel sahabat lain bahkan ulasan dari artikel Ustaz Zaharuddin sendiri. Jadi, cukup-cukuplah nak pertikaikan mengenai lafaz SALAM nie, aulakan yang aula dan jangan buang masa serta mengelirukan orang lain dengan hal seperti ini.

Akhir kalam, tepuklah dada, tanya iman. Paksikan pada hadis إنما الأعمال بالنيات
Salam Mujahadah tulus ikhlas dari maksue untuk kalian ikhwah wa akhawati minal muslimin wal muslimat. Wassalam…

Minni ^_^



<<< حياتنا...كلّها للّه تعالى >>>

0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan