بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam Mujahadah Lillahi Ta'ala…
Ikhwah dan Akhawati…
Kaifahalukum al-yaum?
Doa maksue agar kalian juga diri ini sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dari ALLAH s.w.t. agar kita terus-terusan mujahadah dalam menuai ibadah supaya hasil yang diperoleh di Akhirat kelak adalah dari golongan Muflihun (Yang beruntung).
Erm.. Permulaan entri kali ni, maksue dahului dengan serangkap pantun 4 kerat :
Hujung minggu bersama keluarga kita berehlah,
Eratkan silaturrahim rehat badan fikiran lapang,
Bersyukurlah kita dan Ingatlah sentiasa kepada ALLAH,
Kerana mengingati ALLAH itu melahirkan rasa damai jua tenang.
ALLAH… Damainya hati (qulub) kita bila sentiasa mengingatiNYA. Merenung setiap kejadianNYA yang setiap padanya tersembunyi suatu hikmah yang agung.
Benar, kita adalah manusia.. Seringkali alpa dan lalai dalam mengingati ALLAH… Tahap keimanan manusia yang senipis kulit bawang, turun naik keIMANan kita adalah suatu yang pasti.
Sahabat… Menurut terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub karangan Imam Al-Ghazali, dicatatkan bahawa KEUTAMAAN itu ada Empat :
· Hikmah dan Fikiran
· Harga diri dan syahwat
· Kekuatan dan kemarahan
· Adil dan menjaga keseimbangan nafsu
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mudawamah dalam mempertingkatkan keIMANan dan keTAQWAaan kepada ALLAH s.w.t, insyaALLAH.
Maksue taknak celoteh panjang, entri kali ini maksue nak kongsikan dengan sahabat-sahabat sedikit kata-kata dari Ulama’ khasnya Imam Hasan Al-Basri dan pengertian ZUHUD itu sendiri.
Hakikatnya, terlalu banyak penjelasan para Ulama’ mengenai “zuhud”. Namun, secara umumnya ia membawa maksud yang hampir sama. Katsini, akan disampaikan sebahagian dari pendapat tersebut.
Lughah (Menurut Bahasa) :
Zuhud ertinya --> Berpaling dari sesuatu kerana hinanya sesuatu tersebut dan kerana (seseorang) itu tidak memerlukannya.
Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan “syaiun zahidun” yang membawa maksud “sesuatu yang rendah dan hina”.
Istilah (Menurut Istilah) :
Ibnu Taimiyah berkata – sptmana yang dinukilkan oleh muridnya, Ibnu Al-Qayyim – Bahawa “zuhud” adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan Akhirat.
Manakala Imam Al-Hasan Al-Bashri menyatakan bahawa “zuhud” itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika ditimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.
** Lihatlah sahabat, bagaimana tafsiran Imam Hasan Al-Basri, jika kita bersifat zuhud, bukanlah kita sampai mengharamkan sesuatu yang halal atau menyia-nyiakan harta, tapi sifat tawakkal kita dengan mempercayai setiap sesuatu itu adalah kekuasaan ALLAH, ianya lebih baik dari yang ada di sisi kita sehinggakan keadaan kita sama ada ketika senang mahupun musibah adalah sama, tiada bezanya, begitu juga pandangan kita terhadap mereka (teman/keluarga/musuh) yang memuji ataupun mencela kita dalam kebenaran.
Menurut penafsiran yang maksue dapati ini, “zuhud” ditafsirkan dengan TIGA perkara, ketiga-tiganya berkaitan dengan perbuatan hati :
- Bagi seorang hamba yang zuhud, apa yang ada di sisi ALLAH lebih dia percayai daripada apa yang ada di tangannya sendiri. Hal ini timbul dari keyakinannya yang kuat dan lurus terhadap kekuasaan ALLAH.
Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya, “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab, “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin kerana percaya kepada ALLAH, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi, “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan ROBB-ku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”
- Apabila seseorang itu terkena musibah, sama ada kehilangan harta, kegagalan dalam peperiksaan, kematian insan tersayang atau yang lainnya, dia lebih mengharapkan pahala kerana musibah tersebut daripada mengharapkan kembalinya harta atau insan tersayang tersebut.
Hal ini juga tidak lain tidak bukan, kerana timbul keyakinannya yang tinggi dan sempurna kepada ALLAH s.w.t.
- Seseorang itu, apabila dia dipuji atau dicela ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja.
Ini kerana :
Kalau seseorang itu menganggap dunia itu besar, maka dia akan lebih memilih pujian daripada celaan. Hal itu akan mendorongnya untuk meninggalkan kebenaran kerana khuatir dicela atau dijauhi (oleh manusia), atau boleh jadi dia melakukan kebathilan kerana mengharapkan pujian.
Jadi, apabila seorang hamba telah menganggap sama kedudukan antara orang yang memuji atau yang mencelanya, pastinya menunjukkan bahawa kedudukan makhluk di hatinya adalah rendah, dan hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada kebenaran.
Hakikatnya, zuhud itu letaknya dalam diri kita iaitu qulub (hati), iaitu dengan keluarnya rasa cinta dan ketamakan terhadap dunia dari hati seseorang hamba itu. Pasti dia akan jadikan dunia (hanya) di tangannya, sementara hatinya dipenuhi rasa cinta juga mahabbah kepada ALLAH s.w.t dan Akhirat.
Ikhwah dan Akhawati yang dikasihi…
Zuhud bukanlah membawa maksud kita meninggalkan dunia secara total dan menjauhinya.
Contohnya :
·
- Rasulullah s.a.w, Baginda merupakan teladan bagi orang-orang yang zuhud, sedangkan baginda mempunyai sembilan isteri.
- Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s. Sebagai seorang penguasa yang mempunyai kekuasaan yang luas sebagaimana yang disebutkan oleh ALLAH dalam Al-Quran surah an-Naml
Firman ALLAH s.w.t, mafhumnya :
**[[ Dan Sulaiman telah mewarisi Daud1093, dan dia berkata: "Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata".(16) Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).(17) Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari”(18) Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat MU yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh".(19)]]**
La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah.. Tengoklah sahabat, bagaimana Nabi Sulaiman a.s. bersyukur di atas rahmat yang ALLAH s.w.t kurniakan pada Baginda dan ayahandanya Nabi Daud a.s.. Zuhudnya baginda. Kalau nak lebih lanjut, rujuk sendiri kisah Nabi Daud dan Sulaiman surah An-Naml dari ayat 15 hingga 44. Kalian pasti kagum.
- Para Sahabat radiallahu ‘anhum. - Mereka juga mempunyai isteri-isteri dan harta kekayaan, Antara mereka ada yang kaya raya seperti Saidina Abu Bakar dan Abdul Rahman b. Auf. Semuanya ini tidaklah mengeluarkan mereka dari hakikat zuhud yang sebenarnya.
Ada beberapa ”tingkatan zuhud” sesuai dengan keadaan setiap orang yang melakukannya, iaitu:
- Berusaha untuk hidup zuhud di dunia ; sementara ia menghendaki (dunia tersebut), hati condong kepadanya dan selalu menoleh ke arahnya, akan tetapi ia berusaha melawan dan mencegahnya.
- Orang yang meninggalkan dunia dengan suka rela, kerana di matanya dunia itu rendah dan hina, meskipun ada kecenderungan kepadanya. Dan dia sanggup meninggalkan dunia tersebut (semata-mata untuk akhirat),
Seperti seseorang yang meninggalkan wang satu dirham untuk mendapatkan wang dua dirham (maksudnya dia harapkan balasan akhirat itu lebih besar daripada balasan dunia).
- Orang yang zuhud dan meninggalkan dunia dengan hati yang lapang. Namun dia tidak melihat bahawa dirinya meninggalkan sesuatu apapun.
Orang seperti ini bagaikan seseorang yang hendak masuk ke istana raja, terhalang oleh anjing yang menjaga pintu, lalu ia melemparkan sepotong roti ke arah anjing tersebut sehingga membuatkan anjing tersebut sibuk (dengan roti tadi), dan dia pun dapat masuk (ke istana) untuk menemui sang Raja dan mendapatkan redha & maghfiroh dariNYA.
**[Anjing di sini diumpamakan sebagai syaitan yang berdiri di depan pintu (kerajaan/syurga) ALLAH, yang menghalangi manusia untuk masuk ke dalamnya, sementara pintu tersebut dalam keadaan terbuka. Adapun roti diumpamakan sebagai dunia, maka barangsiapa meninggalkannya nescaya akan memperoleh kedekatan dari ALLAH.]**
**Pegangan Imam Hasan Al-Basri**
Kata-kata ini maksue terjemahkan dari bahasa Arab, jadi ianya terjemahan secara mafhum. Hayati sebaiknya…
(“,) ::: Imam Hasan Al-Basri ditanya mengenai rahsia zuhudnya beliau dan kehidupannya yang sentiasa disertai hikmah (kebijaksanaan). Maka beliau berkata, ianya ada Empat :
- Aku tahu bahawa rezekiku sudah tertulis, maka aku berlapang hati (dada).
- Aku tahu bahawa setiap amalanku takkan terlaksana melainkan diriku sendiri yang laksanakannya, maka aku persibukkan diri untuk bersungguh-sungguh padanya.
- Aku tahu bahawa ALLAH s.w.t itu melihatku, maka aku sangat malu untuk membiarkan ALLAH melihatku dalam keadaan maksiat.
- Aku tahu bahawa mati pasti akan menjemputku, maka aku membuat persediaan untuk bertemu dengannya. ::: (“,)
Oleh itu, buat diri ini yang hina dan sentiasa alpa juga buat sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama usahakan memperbaiki setiap amalan kita. Khasnya bagi mereka yang masih belajar di medan perjuangan menuntut ilmu seperti maksue, kita WAJIB menggunakan peluang ini sebaiknya, jangan sesekali siakan peluang yang tidak semua insan lain dapat. Kerana ilmu itu sangat penting.
Bahkan dalam karangan al-Jahiz, dalam kitabnya “Al-Bayan wat Tabyin”, maksue tak ingat penuh tapi beliau meng”istilah”kan ilmu itu cahaya, manakala jahil itu kegelapan, ada ilmu pasti hidup kita disinari nuur rahmat juga petunuk.
Rasulallah s.a.w memerintahkan kaum muslimin untuk menuntut ilmu, baik ilmu agama mahupun dunia (sekular), sebagaimana sabdanya :
“Menuntut ilmu adalah kewajiban setiap muslim.” (Ibnu Majah hadith no. 220. Hadist Sahih, lihat Kitab Al-Jami’ As-Shahih no. 3808 karya Al-Bani)
Wajib di sini adalah dalam menuntut ilmu agama. Adapun ilmu duniawi, tidak ada seorang pun yang berselisih tentang pentingnya ilmu tersebut, baik berupa ilmu kesihatan, ilmu perencanaan mahupun ilmu lainnya yang manusia tidak mungkin terlepas darinya.
Kenapa kaum Muslimin lemah? Pastinya terperuknya kaum muslimin ke dalam jurang kehinaan dan kemunduran pada masa sekarang ini tidak lain tidak bukan adalah akibat kelalaian mereka dalam menuntut ilmu agama yang benar, Merasa cukup dengan ilmu duniawi yang mereka ambil dari musuh-musuh mereka dalam berbagai macam aspek kehidupan, baik yang besar mahupun yang kecil, banyak mahupun sedikit, yang semuanya menuju kepada kebinasaan, hilangnya agama, hilanglah akhlak, dan hal-hal utama lainnya.
~~Semoga entri kali nie member mufidah, ‘ibrah, teladan buat kita semua. Apa yang baik itu dari ALLAH dan yang khilaf itu dari kelemahan maksue sendiri~~
Fi Amanillah ^_^
Sekian, Wassalam..
Ikhlas Dariku,
2 Komen & Pandangan:
Satu artikel yg menarik..Zuhud yg pernah ana belajar diberi makna bahawa memiliki sesuatu sekadar keperluan, dan meninggalkan kemahuan..
Contoh: Seorg wanita telah mempunyai banyak baju di almarinya, dan semuanya masih boleh dipakai, jika bersikap zuhud, dia tidak menyekat kemahuannya utk membeli lagi pakaian-pakaian lain!
Hal lelaki pula, seorg lelaki telah memiliki kereta yang baik dan masih boleh digunakan, tanpa ada sebab yg munasabah (seperti; pertambahan penumpang, keperluan utk perjalanan jauh), dgn sikap zuhud, dia memadai dengan apa yg telah dimilikinya...tanpa menurut kemahuan memiliki kereta MPV yang mewah..
Justeru, zuhud bukanlah memakai pakaian buruk, dan meninggalkan dunia sepenuhnya, tetapi zuhud sebenar adalah merasa cukup dgn apa yg diperlukan, bukan mengikut apa yg dimahukan !~ wallahu'alam.
Na'am... Kalamuka sohih...
Zuhud ialah "memiliki sesuatu sekadar keperluan, dan meninggalkan kemahuan"...
Ramai org salah anggap, smpai ada biar selekeh, cth pakaian, zuhud tu xdela smpai bju pon x di "iron" kan, sdgkan ALLAH itu cantik n suka kcantikan, zuhud skadarnya...
Syukran atas pkongsian, jazakallah ya ust...
Catat Ulasan