topbella

Ahad, Julai 11

Risalah Tulus Buatmu...


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini mengganggumu malah mungkin ianya memanaskan hatimu. Ketahuilah wahai Adam, sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga suatu ketika dahulu.

Wahai Adamku....

Asalnya aku dari tulang rusuk kirimu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku ini sentiasa inginkan bimbingan dan tarbiyyah darimu, kerana aku ini insan lemah yang amat mudah sekali terpesong dari landasan hak, malahan aku sentiasa menjadi buruan syaitan durjana juga hawa nafsu.

Adam yang Di Hormati...

Maha suci ALLAH…. Pada akhir zaman ini ALLAH s.w.t telah mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu. Namun, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya binasalah alam ini, kacau-bilaulah suasana, merahlah dunia kerana pertumpahan darah manusia dek kerana Adam sesama Adam bermusuhan hanya kerana Hawa.

Jelas terbukti dan cukup nyata jika dilihat dari peristiwa Habil dan Qabil dahulu sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam berpoligami (isteri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu).

Adamku...

Bukan kerana keharusan dalam berpoligami atau ramainya isterimu yang membimbangkan aku… Bukan jua kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku… Tapi wahai Adamku... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkah laku serta akhlakmu kini.

Sejak dulu lagi aku sudah tahu bahawa aku sebagai Hawa mesti tunduk serta taat patuh ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.



Adam yang Di Kasihi...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran pada ayat 34 surah an-Nisa’ yang
mafhumnya : “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.
Jelas disini menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
-          Kau diberi amanah untuk mendidik aku
-          kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
-          Kau mesti memerhati dan mengawasi aku agar kita sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi….. wahai Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Bukannya di jalan-jalan, di pasar-pasar, juga di bandar-bandar tempatku. Bahkan jika terpaksa aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut kecuali muka dan dua telapak tangan.

Namun.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam yang di Redhai...

Mengapa kau biarkan aku begini???? Mengapa dan kenapa??!!!

-          Aku jadi ibu
-          Aku jadi guru
Itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?




Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung??!!

Kenapa?? Mengapa begitu ADAM?? Ya!!! Ramai orang berkata jika anak jahat ibu bapa mereka tak pandai didik. Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhoif ini.

Adamku…,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya dahulu?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Nabi Muhammad s.a.w. terhadap mereka? Adakah akhlak Bani Adam kini boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Yang Dihormati Adam...

Kau sebenarnya Imam dan aku ini adalah makmummu.  Aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu!!! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah srikandi kekasih ALLAH s.w.t.

Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar untuk amar makruf dan mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau wahai Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya risalah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Maafkan aku wahai Bani Adam atas kelancangan kata-kata ini…

Tetapi... Percayalah!!!.... Bukan emas yang ku cari... Bukan berlian yang ku pinta... Bukan juga permata yang ku damba... Tetapi... hanyalah hati (fuadak) yang tulus ikhlas dari dirimu Adam...

Dengarkanlah... Rintihan dan keluhan hati kecilku buat dirimu.....

ّ~ Risalah ini tulus ikhlas dari Banat Hawa ~


0 Komen & Pandangan:

Catat Ulasan

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan