topbella

Isnin, April 18

MELURJELITA Datang Lagi… GiveAway Terjelita Di Abad Ini… Jengggx3 (=^_^=)




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kaifahalukum Jami’an? Semoga kalian berada dalam lembayung rahmatNYA, sihat sejahtera, ceria bahagia hendaknya, insyaALLAH.. ^_^

Erm.. Entri kali nie maksue wat khas untuk Kak Laili atau lbh famous nya  “Melur Jelita”. Entri nie nak lahirkan tanda terima kasih Aufa Tasneem pada Kak MJ sebab walaupun kami baru saja kenal dan ber”ukhwahfillah”, namun kak MJ sentiasa memberikan kata semangat, sokongan dan dorongan  untuk maksue serta doa agar terus tabah dalam menuntut ilmu dan Berjaya di dunia juga di akhirat sana, Allahumma Aaamin.. 
Barakallahu fiki ya ukhti =)

Buat kalian, 
sahabat-sahabatku fillah yang sudi membaca entri dan juga mengikuti blog ini..
Jazakumullahu khairon jaza’..  

InsyaALLAH akan maksue cuba manfaatkan dunia alam maya nie melalui blog ini dengan sedikit coretan dan perkongsian ilmiah sesame kita agar ianya bernilai ibadah juga menjadi saham menuju ke negeri yang abadi.


Ohh ya, nak tulis karangan macam tak syiok kan… 

Haaa… Tingggggg (mentol nyala atas kepala, hihihi).

Maksue buat pantun lah ye, sebab maksue suka pantun, tapi kalau lintangpukang rukun & syarat pantun tu, harap di maafin ya… Sebab pantun nie seronok, sambil selitkan unsur nasihat & tarbiyyah.. Mudah-mudahan, kita dapat ceriakan diri disampingkan ambil manfaat bersama... InsyaALLAH!!!

Okeylah.... Maksue tak mahu celoteh panjang-panjang.. Katsini maksue reka 2 jenis  pantun, satu khas untuk ASST dan satu lagi untuk MELURJELITA. Heeee.... ^_^


PANTUN ASST (Awak Suka Saya Tak?)
 --- Suker2.. Huhu ^_~

Amani AdamMaya cucu Datin Salamiah,
Cucu tunggal kesayangan Datin Rosalinda,
Nukilan kak MJ yang tak sudah-sudah,
Novelog ASST peng”suspen” jiwa dan minda..

Dialah hero ASST pujaan pembaca,
Muslim not by chance tapi kerna pilihan,
Dialah mutiara dialah kaca,
Siapa lagi kalau bukan Mr. Hilman..

Intan Zulaikha berasal dari Bandar Muar,
Burung pipit di pohon beringin,
Hilman seorang cinta hati penawar,
Hatinya takkan hendak pada yang lain..

Alang-alang bawa ke kandang,
Terus jinakkan  “thunderblack”si dia,
Rindu siang sentiasa bertandang,
Rindu malam bawa menangis..

Ayunya Balkis bertudung labuh,
Mata yang memandang tidaklah jemu,
Adakah dia pemilik cinta Hilman yang juruh,
Tertanya-tanya kami semua padamu..

p/s : juruh (bahasa ore kelate – orang baik)
: padamu (tuju kat kak MJ laa, penulis ASST) ^_^

Ada seorang namanya Azad,
Asal jumpa kerjanya mengorat,
Janganlah bersifat melampauibatas cikzad,
Kerana demikian itu budaya orang barat..

Dikaulah pengarang jantung hati semua,
Penghibur hati penenang jiwa,
Si petah Daniel kesayangan Miss Zulaikha,
Walaupun sedih jumpanya pasti ketawa..


PANTUN Untuk MelurJelita (=^_^=)

Buah mangga kat pantai timur di gelar buah pauh,
Timba pula panggilan orang utagha pada baldi,
Walaupun perkenalan kita adalah jarak jauh,
Namun harapnya ukhwahfillah ini kekal abadi..

Terbang tinggi si rama-rama,
Singgah sebentar di batang cempaka,
Dua puteri seorang putera permata mama,
Menjadi penawar dikala duka..

Hajat di hati nak melancong ke Melaka,
Siar-siar lepas graduation bila dah balik,
Perkongsian ibu dan anak celoteh suka duka
Bacalah kategori “sembang jelitawans cilik”..

Dayung sampan laju-laju,
Laju sampai ke pulau Surabaya,
Lupakan kain lupakan baju,
Tapi entri baru jangan lupa tag Aufa ya ^_^

Sekarang ini musim durian berbuah,
Musim rambutan dan dokong lambat lagi,
GiveAway Terjelita untuk pembaca MJ.com yang bertuah,
Sertai sekarang lepas 28hbApril nanti tak berguna lagi..

Ibu muda berjiwa lembut berbudi orangnya,
Penulis ASST siapa lagi kalau bukan MelurJelita,
Kongsi pengalaman diri kategori “Ustaz Kata”,
Ayuh jadikan ia mutiara pedoman hidup kita..

Jenama barangan kulit glamor adalah gucci,
Di usahakan oleh keluarga Datin Faridah,
Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci,
Semoga setiap penulisan kita bernilai ibadah..

Terbang tinggi si layang-layang,
Tersangkut di dahan tolong jolokkan,
Pantun ini disudahi salam sayang,
Khilaf dan salah harap di ampunkan..

Jolok nangka di kampung hilir,
Berselang kain ke pasar lama,
Jangan disangka bodek pada yang lahir,
Namun niat batinku tak pernah sama..

Itu saja coretan maksue a.k.a Aufa Tasneem buat kali nie... Semoga Akak MelurJelita, diri ini dan kita semua sentiasa dirahmati ALLAH dan mendapat maghfirah Ilahi sentiasa. InsyaALLAH..


Salam Mahabbah.. Syukran... Wassalam... ^_^

***Hayati Kulluha Lillah***

Jangan Persoalkan Kekuasaan ALLAH s.w.t.


بسم الله الرحمن الرحيم....
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

Hehehe.... Apa khabar sahabat-sahabat maksue? Malam nie update blog dengan copy & paste.. Tapi maksue edit laa sikit-sikit sesuka hati tambah gula, garam, cuka sikit kan.. Namun point utama dikekalkan.. ngeee... ^_^ 

Entri lepas nie baru coretan asli sendiri... InsyaALLAH...
Hmm... Seringkali syaitan dan hawa nafsu berbisik pada kita itu dan ini, menimbulkan keraguan, was-was, pelbagai persoalan yang inginkan jawapan sehinggakan persoalan itu melampaui batas..

Sepertimana firman ALLAH s.w.t dalam surah an-nas :

من شر الوسواس الخناس (4) الذي يوسوس في صدور الناس (5) من الجنة والناس(6)) 

Maksudnya : Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia. (surah An-nas)

Ikhwah dan Akhawat Fillah...
Hati-hatilah kita dengan setiap bisikan pendendam pada keturunan Adam dan Hawa ini.. Ia akan berterusan berusaha untuk menyesatkan manusia hingga ke hari kiamat kerana itu adalah sumpahannya dan janjinya pada ALLAH setelah dilemparkan dari syurga.

نعوذ بالله من الشيطان الرجيم.....

Sebagai perkongsian yang mungkin sahabat-sahabat maksue dah baca kot tentangnya.. Tapi moga-moga bagi siapa yang belum pernah baca, ambillah iktibar dari kisah ini.




Al-kisah.......

Ada seorang pemuda, Ahmad namanya. Dia mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Fikir punya fikir, buntu tak ada jawapan, maka dia pun ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Ahmad: Assalamualaikum Tok Imam.. Boleh tak saya nak tanya Tok Imam nie, saya ada persoalan, tiga soalan yang ingin ditanyakan pada tok imam, boleh tak?

Tok imam: Waalaikumussalam... Ohhh Ahmad... Awat cheq nak tanya apa? Sekadar termampu, akan dijawab, silakan...

Ahmad: Okey... Terima kasih ya Tok Imam... Soalannya berbunyi macamni :
 
Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan Tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan Takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api kan, tetapi mengapakah syaitan itu tidak dicampakkan ke dalam neraka dan bukannya ke dalam air?

Seketika... Lalu Tok Imam pun menampar Ahmad "pangggg!!!!!!!!" dan berkata "

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Ahmad: Aduhhhh!!! Tentulah sakit! :((

Tok imam: Haa... Sakit??? Boleh tak Ahmad tunjukkan pada saya rasa sakit itu?

Ahmad pun terdiam seribu bahasa dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Nie Ahmad, Tok nak tanya nie, adakah malam tadi Ahmad ada bermimpi tak saya akan menampar Ahmad atau telah tahu yang saya akan menampar Ahmad hari nie?

Ahmad: Tidak!!! Tak tahu....

Jadi, itulah yg dinamakan "Takdir", soalan kedua sudah pun terjawab kannnn.

Tok imam: (Sambil tunjukkan tangannya) Tangan saya ini diperbuat daripada apa ya?

Ahmad: Daripada tanah!

Tok imam: Tadi saya tampar Ahmad.. Sakit kan....Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban ke dalam api walaupun ia berasal dari api.

Maka terjawab sudah soalan ketiga..

Lalu pemuda itu "Ahmad" itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Haaa.... Apa moral yang penulis tu nak sampaikan katsini ye???

Pengajaran dari kisah ini, janganlah kita mempersoal dan meragui kekuasaan ALLAH s.w.t... Setiap apa yang telah diciptakan itu terkandung hikmahNYA yang Maha Agung...

Renung-renungkan dan selamat beramal... ^_^


 

Mengapa "Ibadah Solat" Tak Membangunkan Insan??!

 
Assalamualaikum w.b.t..

♥ ♥ ♥
Salam Mujahadah Fillah...
♥ ♥ ♥

Apa khabar ikhwah dan akhawati di sana??? Moga kalian juga diri ini sentiasa mendapat maghfirah, rahmat, taufiq dan hidayahNYA... Ceria.., bahagia bersama nurr Iman dan Islam insyaALLAH...

Solat atau sembahyang, sebagaimana kita semua sedia maklum, merupakan salah satu dari rukun Islam... Kita wajib melaksanakannya sehari semalam 5 waktu.. Namun, apa yang ingin difokuskan di sini, sejauh manakah penghayatan kita terhadap ibadah yang dilaksanakan ini sehinggakan ianya seolah-olah tidak berjaya mencorakkan kita. 

Sebagai contoh, pernahkan kalian melihat seorang yang tidak menutup aurat menunaikan ibadah solat? Pernahkan... Bila ditanya, kenapa? 
Mungkin antara jawapannya, "Don't judge a book by it's cover", awak tengok luaran saya camni, tapi saya solat ye, saya puasa dan taat pada ibu bapa, bab pakaian saya jangan menyibuk laa... Kubur lain-lain.. Janji ALLAH tahu hati saya.

Entri kali nie adalah perkongsian yang maksue jumpai dari alam maya... Semoga istifadah buat semua... Bi Iznillah...

Erm.. Jom sahabat-sahabat, kita sama-sama buat "sportcheck" kat diri kita sekarang, mana yang perlu diperbaiki... Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardhu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...
Marilah kita ber"MUHASABAH BERSAMA"
Dimanakah solat kita??!
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang muslim?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...

~~Sebar-sebarkan!!! Agar ianya memberi peringatan buat kita semua~~
Wassalam ^_^ 

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan