topbella

Selasa, Mac 22

Hikmah Dan Misal (عبارات ما أروعها!!)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





الصادقون في عواطفهم .
لا يبالون بالمظاهر !
Sebenar-benar sahabat pada perasaan mereka....
Ialah mereka yang  tidak mementingkan luaran seseorang





من السهل أن تحب الناس ..
ولكن من الصعب أن تجبر الناس على حبك !
Sangat mudah untuk kamu menyukai seseorang..
Tetapi amat susah untuk membuat seseorang menyukai kamu



النفوس القوية ..
لا تعرف اليأس !
Jiwa yang kental.. tidak kenal erti kekecewaan




إذا أردت أن تعيش سعيداً ..
إنزع الحقد من قلبك !
Sekiranya kamu inginkan kehidupan yang bahagia.. Jauhilah perasaan dendam drpd jiwa kalbumu




الصحة مثل المال ..
لا تعرف قيمتها إلا حين تفقدها !
Kesihatan itu umpama sebuah harta.. Kamu tidak akam mengetahui nilainya melainkan setelah kamu kehilangannya




الحياه تحب من يحبها ..
والتعاطف أساس الأخلاق ..
والصدق لغة التفاهم !
Kehidupan akan lebih bermakna kepada sesiapa yang menginginkannya..
Dan kerendahan diri adalah asas akhlak yang mulia..
Dan kebenaran berbicara adalah kunci kesefahaman




الحياة كالوردة ..
كل ورقة خيال ..
وكل شوكة حقيقة !
Kehidupan itu bagaikan sekuntum bunga yang mekar..
Setiap helaian daun itu bagaikan sebuah khayalan..
Dan setiap duri itulah hakikat kebenaran..




الجهل هو الموت ..
والمعرفة هي الحياة !
Kebodohan itu umpama kematian..
Dan pengetahuan itu adalah kehidupan..




البكاء ضروري ..
ولكنه ليس حلاً !
Tangisan itu perlu..
Tetapi ia bukanlah suatu jalan penyelesaian..




لنسعد أيامنا بالإبتسامة ..
بدلاً أن نملاها بالدموع !
Untuk membahagiakan hari-hari kita adalah dengan senyuman..
Menggantikan kedukaan kita yang dipenuhi dengan titisan air mata..



Semoga semua tetamu blog maksue ini mendapat istifadah dari mutiara kata hikmah ini, insyaALLAHU Ta'ala.... 
Sekian...
Wassalam...

Jumaat, Mac 4

.:: Jika TaK KeNaL... TaK BeNCi... MaKa KeNaLi ia ::.


 اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t...

Salam Mujahadah Sayyidul Ayyam...
Semoga pada hari Jumaat Barokah ini kita dapat mempertingkatkan lagi kualiti juga kuantiti amalan-amalan ibadah agar keredhaan dan rahmat ALLAH s.w.t menjadi milik kita semua.Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Erm, jangan lupa baca Surah Al-Kahfi ya, banyak fadhilatnya selain terselamat dari fitnah Dajjal bagi sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama surah tersebut. InsyaALLAH...



Ikhwah dan Akhawat yang ku kasihi kerana ALLAH..

Pernahkan kalian mendengar istilah ini :

"Tak Kenal Maka Tak Cinta"

Rasanya istilah ini sangat masyhur dan tiptop penggunaannya di kalangan kita. Untuk mencintai, menyukai atau mengagumi seseorang yang lain, kita perlu mengenalinya terlebih dahulu, betul kan?!

Haa.... Bagaimana pula sebaliknya. Tak paham maksud sebaliknya? (",)

Erm.. Untuk menyintai atau menyukai seseorang atau sesuatu, kita perlu mengenalinya terlebih dahulu, setuju?

Begitu juga membenci dan menjauhi, untuk merasai perasaan itu kita seharusnya mengenali dulu "subjek" tersebut.
Jom... Kita ubah sikit istilah tadi, sikit ja ubah, kita tukar jadi :

.::"Tak Kenal, Maka Kita Tak Benci"::.
 
Aisyyy... Macam suspens je kan istilah terbaru ni...

Jengx3.... ^_^

Saudara juga saudariku Fillah....

Ingatkah kita pada MUSUH UTAMA kita? Musuh yang kekal abadi selama-lamanya... Musuh yang tak pernah kenal erti putus asa dalam menyesatkan manusia.. Yang telah dilontarkan dari syurga kerana keegoannya...
 
Ya... Benar... Dialah Syaitan atau Iblis Laknatullahi 'Alaih... Ia telah bermusuh dengan ayahanda kita Adam a.s, kerana keengganannya sujud bagi menghormati Adam a.s, kerana Adam diciptakan dari "tinn (tanahliat)" bukan sepertinya yang diciptakan dari "annar (api)".
 
Malahan dialah yang telah memohon untuk dipanjangkan usianya hingga ke hari kiamat, kerana matlamatnya yang satu, untuk menyesatkan juga memporakperandakan keturunan Adam a.s. iaitu manusia sehingga hari kiamat. 
 
Ia sentiasa menghasut keturunan Adam, mendatangkan perasaan waswas sehinggakan manusia termakan pujuk rayunya juga tertipu dengan kata-kata rayuannya. 

Firman ALLAH s.w.t maksudnya :
 
Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu". Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras siksa-Nya.(Surah Al-Anfal, ayat : 48)
 
~~~Na'uzubillahi Min Zalik~~~ 
 
 


...Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam...

Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia.
 

Dia (Iblis) berkata (Surah Al-Israk, ayat :62) :

“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” 




Permintaannya diperkenankan. ALLAH s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.

Firman ALLAH maksudnya: “Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.

ALLAH s.w.t berfirman :

“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-KU terus menerus hingga ke hari kiamat.
(Surah Shaad, ayat:77-78)
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.

Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Kita kena benci mereka kan? Kita tak kenal macammana nak benci.. Jomm... 

Mari kita mengenali menteri-menteri ini:-

1. Dasim

Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa?!! Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.



2. Al-A’war

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.




3. Maswath

Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.




4. Zalnabur

Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba

Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)




Kita dah kenal kan "mereka"?!! Maka, salinglah kita ingat-mengingati antara satu sama lain.. Benci dan jauhi mereka. Sayangi diri dan saudara-saudara kita, kita semua adalah bersaudara, kita dari keturunan yang satu, tiada istilah beza antara satu sama lain di sisi ALLAH s.w.t. melainkan TAQWA.

P/s : Nukilan ini dikongsi dari seorang sahabiyah dari fb, maksue olah dan tambah sedikit maklumat. Syukran pada ukhti Jannah...


~~Tiada Istilah "cannot share & copy" dalam menyebarkan dakwah dan ilmu~~


**Hidup kita keseluruhannya milik ALLAH s.w.t**

(=^_^=)

Rabu, Mac 2

Cintailah "Si Dia" Dalam Diam...

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t...
Salam Mujahadah... Salam Perjuangan...(",)

Apa khabar khabar sahabat-sahabat maksue? Apa khabar iman kita? Semoga kita tergolong dikalangan hambaNYA yang solihin, mustaghfirin dan naajihin fi kullu imtihaanat fiddin fid dunia wal fil aakhirat, insyaALLAH...






Berceloteh mengenai "HUBB", pasti semua orang merasai pelbagai perasaan mengikut pengalaman hidup masing-masing. Ada yang bahagia, ada yang derita, ada yang serik, ada yang ingin mencuba, ada yang ingin mengelak, kerana Virus Merah Jambu ini punyai pengaruh yang sangat kuat, ia adalah fitrah yang menjadi fitnah, kerana virus ini :
  • Nabi Yusuf a.s sanggup dipenjara
  • Habil dan Qabil mencatat sejarah tamadun manusia, Habil terbunuh kerananya
Ketika jariku menari-nari di permukaan keyboard, minda ligat berputar mencari idea mengolah ayat. Memikir ayat terbaik untuk disampaikan buat muhasabah diri dan sahabat-sahabat.




Ya, cinta itu suatu yang indah, kerana cinta, kita lahir di muka bumi ini, kerana cinta manusia menyambung keturunan, namunnnnnnnnnnn..... kerana cinta juga manusia bisa binasa. Kecuali bagi mereka yang memelihara diri mereka, pasti kan selamat dari virus ini.


Ikhwah dan Akhawat yang disayangi kerana ALLAH,


Pernah dengar ungkapan "CINTA ITU BUTA"? Apa yang kalian fikirkan saat ini?!! Adakah di minda kita terlintas suatu nama ataupun bayangan seseorang terhadap rasa yang bertunas di hati? Sebut tentang cinta, ia berkait rapat dengan jiwa dan nafsu. Kerana istilah buta itulah, remaja Islam kini kian alpa dan leka dibelai nikmat cinta duniawi. Apa jua fikiran kita saat ini, Tepuk dada tanya Iman... 




Bukan beerti di sini maksue ingin menafikan fitrah semulajadi manusia, yang pasti kita amat sensitif dengannya, kerana perasaan mencintai dan ingin dicintai itu ada dalam diri setiap dari kita sejak azali. Boleh diistilahkan seseorang itu "tidak normal" andai perasaan hubb itu tiada dalam dirinya.


Siapa kata kita perlu nafikan perasaan istimewa ini, kita tidak sesekali nafikannya, cuma kita sebagai para da'ie, juga mujahid dan mujahidah Islam, kita batasi perasaan tersebut.


Bagaimana caranya??? Meh cheq nak habaq...... ^_^






Cintailah "dia" dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan 
keikhlasan kerana ALLAH s.w.t…

Ketika cinta dan hubb kini hadir, bukanlah untuk Yang Maha Mengetahui, malahan saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta. Izinkanlah hati ini bertanya untuk siapakah ia muncul dengan tiba-tiba…Mungkinkah perasaan ini dengan redhaNYA atau hanya bakal mengundang kemurkaanNYA…

Jika benar cinta itu kerana ALLAH s.w.t maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran ALLAH. 
Mengapa?!! Semestinya kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka pasti ia berhilir pun hanya kepada ALLAH...

Firman ALLAH s.w.t. ertinya : 

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.” (Surah Adz Dzariyat: 49)

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA. Dan ALLAH Maha luas (pemberianNYA) lagi Maha Mengetahui. ” (Surah An Nuur: 32)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ” (Surah Ar-Ruum:21)

Tetapi... Jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata, maka bersabarlah… 
Berdo’alah… atau berpuasalah…

Berdasarkan firman ALLAH s.w.t lagi, mafhumnya :

” Wahai kaum pemuda, siapa saja di antara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata dan memelihara kemaluan. Maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadith)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (Surah Al Israa’ :32)

Mujahid dan Mujahidah harapan Ummah Islamiah yang ku kasihi,


Jangan kita nafikan perasaan suci itu. Cumaaaaa....Cukup cintai "dia" dalam diam… 
  • Bukan bererti kerana kita membenci hadirnya…Tapi kita menjaga kesuciannya. 
  • Bukan kerana menghindari dunia…Tapi semata-mata kita ingin meraih jannahNYA. 
  • Bukan kerana kita lemah untuk menghadapinya…Tetapi ia menguatkan lagi jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai "dia" dari kejauhan… 
  • Kerana hadirmu tidak kan mampu menjauhkannya dari cubaan dan dugaan... 
  • Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangannya... 
  • Kerana hadirmu mungkin saja kan membawa kealpaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai "dia" dengan kesederhanaan… 
  • Memupuk cinta hanya akan menambah penderitaan...
  • Menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan... 
  • Mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka kau cintailah "dia" dengan keIKHLASan kerana tentu kisah Saidatina Fatimah dan Saidina Ali bin Abi Thalib yang diingini oleh hati… Iya kan?!!

Tetapi sanggupkah kita, jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?!



Renungi mafhum dari firmanNYA :
“ …Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (Surah AlBaqarah:216)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (Surah An Nuur:26)

Cukup cintai "dia" dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan dan 
 keikhlasan hatimu…




Sebabnya tidak lain tidak bukan hanyalah :
  • Kerana tiada yang tahu rencana ALLAH Yang Satu… Ilmu ALLAH. DIA tahu yang terbaik buatmu.
  • Mungkin saja rasa ini suatu ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan 
  • Kerana hati ini begitu mudah untuk berubah…
Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya...
Biarkan ALLAH yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang sendiri bila sampai waktunya…
Atau istilah lain "Bila dah sampai seru" 

Terjemahan Firman ALLAH s.w..t lagi :

“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

" ..Berikan hatimu hanya untuk ALLAH s.w.t,, pasti DIA akan temukan padamu pemilik terbaik,, dan hampar kan masa mu seluas-luasnya hanya untuk ALLAH,, pasti DIA akan aturkan dengan hidupmu sebaiknya.."

Wallahu 'Aalam...
Sekian...

~~~Hayatuna Kulluha Lillahi Ta'ala~~~ (=^_^=)







Jangan Biarkan Ayah dan Saudara Lelaki kita Berdosa (",)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....

Kaifahalukum Jami'an ya ikhwah & akhawati?!! Doa maksue agar kalian juga diri ini sntiasa dirahmati, diberkati, dilindungi ALLAH, mudah-mudahan insyaALLAH...

Alhamdulillah.... Lafaz syukur kita panjatkan kerana kita semua masih diberi izin untuk bernafas dan dikurniakan nikmat Iman dan Islam... Salam mujahadah salam perjuangan.. Moga kita terus thabat dan istiqomah di jalanNYA..

InsyaALLAH sahabat-sahabat, entri kali ni maksue ingin kongsikan satu nukilan yang diolah sedikit. Nukilan ini diperoleh dr laman web popular "i_luv_islam". Oleh sebab maksue pun belum mutazawwijah, jadi maksue olah sedikit krn tajuknya utk suami, digantikan untuk ayah dan saudara-saudara lelaki, nak tengok yang asli ziarahi sendiri link ini :

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1473-aku-tak-mahu-suamiku-berdosa.html

Diriku hanya lah seorang insan biasa, seorang insan yang tak pernah sunyi dari melakukan kekhilafan.. Sepanjang hayatku yang hampir 23 tahun ini, ada pasang surut imannya.. Kerna manusia itu sering alpa dan leka, sangat beruntunglah mereka yang membersihkan diri mereka. Kerana ku yakini firmanNYA yang ini :

((فألهمها فجورها وتقواها..قد أفلح من زكاها..وقد خاب من دسّاها))


Mafhumnya... :Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) keFASIKan dan keTAQWAannya**Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu**dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

Maksue kan berusaha yang terbaik, untuk menjadi seorang anak yang solehah kepada kedua ibu bapa, adik yang muaddabah kepada kedua abang-abangku, muslimah solehah mukminah dalam rangka membentuk "individu muslim" serta persiapkan diri untuk membentuk "bayt muslim" suatu hari nanti. Ya ALLAH, kurniakan buatku seorang teman pendamping yang mampu membimbingku serta zuriatku menuju redhaMU di Akhirat sana. Allahumma Aaamin


Duhai ukhti ku muslimah


Sayangi diri dan mahram kita,
Jangan biarkan ayah dan saudara lelaki kita berdosa,

Kerna kita pasti tak mahu mereka menanggungnya
kerana kita..

Ayuh... Labuhkan jilbab kita,
Usahakan agar aurat tertutup dengan sempurna,
Jangan biarkan ayah dan saudara lelaki kita berdosa



Andainya...
Khilaf kita berulang lagi,
Usahakan ruang untuk kembali

Jika kecewa atas kelemahan diri,
Membelenggu hati dan fikiran,
Jangan... Jangan... Jangan kita sesekali berputus asa

Kerana Allah bersama kita,
Kerana kita tak mahu ayah dan saudara lelaki kita terus berdosa

Segera perlengkapkan diri kita,
Dengan sinaran ilmu dan agama
Agar kita dapat membezakan
Antara yang hak dan yang bathil

Jangan biarkan ayah dan saudara lelaki kita berdosa
Jaga dan hati-hati dalam pergaulan
Dengan mereka yang bukan mahram

Kita tak mahu ayah dan saudara lelaki kita berdosa
Jaga dan peliharalah diri
Agar terhindar dari fitnah manusia
Kerna fitnah kita fitnah duniawi

Jangan sesekali kita biarkan ayah dan saudara lelaki kita berdosa,
Kerana kita pasti sangat sayangkan mereka
Dan kita tak mahu ayah dan saudara lelaki kita binasa
Terhumban...
Ke neraka jahanam kerana diri kita yang alpa

Jangan biarkan ayah dan saudara lelaki kita berdosa
Kerana KITA...

Aku tak mahu AYAH dan SAUDARA LELAKI ku berdosa..

قو أنفسكم وأهليكم نارا



FI AMANILLAH....
Wassalam.... ^_^


Ukhti kalian Fillah,


:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan