topbella

Sabtu, Februari 19

Zuhud, Zikrullah dan Ilmu (",)

 
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...



Salam Mujahadah Lillahi Ta'ala…

Ikhwah dan Akhawati… 

Kaifahalukum al-yaum?

Doa maksue agar kalian juga diri ini sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dari ALLAH s.w.t. agar kita terus-terusan mujahadah dalam menuai ibadah supaya hasil yang diperoleh di Akhirat kelak adalah dari golongan Muflihun (Yang beruntung).

Erm.. Permulaan entri kali ni, maksue dahului dengan serangkap pantun 4 kerat :

Hujung minggu bersama keluarga kita berehlah,
Eratkan silaturrahim rehat badan fikiran lapang,
Bersyukurlah kita dan Ingatlah sentiasa kepada ALLAH,
Kerana mengingati ALLAH itu melahirkan rasa damai jua tenang.


 ALLAH… Damainya hati (qulub) kita bila sentiasa mengingatiNYA.  Merenung setiap kejadianNYA yang  setiap padanya tersembunyi suatu hikmah yang agung.
Benar, kita adalah manusia.. Seringkali alpa dan lalai dalam mengingati ALLAH… Tahap keimanan manusia yang senipis kulit bawang, turun naik keIMANan kita adalah suatu yang pasti.

Sahabat… Menurut terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub karangan Imam Al-Ghazali, dicatatkan bahawa KEUTAMAAN itu ada Empat :
·         Hikmah dan Fikiran
·         Harga diri dan syahwat
·         Kekuatan dan kemarahan
·         Adil dan menjaga keseimbangan nafsu

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mudawamah dalam mempertingkatkan keIMANan dan keTAQWAaan kepada ALLAH s.w.t, insyaALLAH.
Maksue taknak celoteh panjang, entri kali ini maksue nak kongsikan dengan sahabat-sahabat sedikit kata-kata dari Ulama’ khasnya Imam Hasan Al-Basri dan pengertian ZUHUD itu sendiri.

Hakikatnya, terlalu banyak penjelasan para Ulama’ mengenai “zuhud”. Namun, secara umumnya ia membawa maksud yang hampir sama. Katsini, akan disampaikan sebahagian dari pendapat tersebut.

Lughah (Menurut Bahasa) :

Zuhud ertinya --> Berpaling dari sesuatu kerana hinanya sesuatu tersebut dan kerana (seseorang) itu tidak memerlukannya.

Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan syaiun zahidun yang membawa maksud “sesuatu yang rendah dan hina”.

Istilah (Menurut Istilah) :

Ibnu Taimiyah berkata  – sptmana yang dinukilkan oleh muridnya, Ibnu Al-Qayyim – Bahawa “zuhud” adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan Akhirat.



Manakala Imam Al-Hasan Al-Bashri menyatakan bahawa “zuhud” itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika ditimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.

** Lihatlah sahabat, bagaimana tafsiran Imam Hasan Al-Basri, jika kita bersifat zuhud, bukanlah kita sampai mengharamkan sesuatu yang halal atau menyia-nyiakan harta, tapi sifat tawakkal kita dengan mempercayai setiap sesuatu itu adalah kekuasaan ALLAH, ianya lebih baik dari yang ada di sisi kita sehinggakan keadaan kita sama ada ketika senang mahupun musibah adalah sama, tiada bezanya, begitu juga pandangan kita terhadap mereka (teman/keluarga/musuh) yang memuji ataupun mencela kita dalam kebenaran.

Menurut penafsiran yang maksue dapati ini, “zuhud” ditafsirkan dengan TIGA perkara, ketiga-tiganya berkaitan dengan perbuatan hati :
  1. Bagi seorang hamba yang zuhud, apa yang ada di sisi ALLAH lebih dia percayai daripada apa yang ada di tangannya sendiri. Hal ini timbul dari keyakinannya yang kuat dan lurus terhadap kekuasaan ALLAH.
Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya, “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab, “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin kerana percaya kepada ALLAH, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi, “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan ROBB-ku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”
  1. Apabila seseorang itu terkena musibah, sama ada kehilangan harta, kegagalan dalam peperiksaan, kematian insan tersayang atau yang lainnya, dia lebih mengharapkan pahala kerana musibah tersebut daripada mengharapkan kembalinya harta atau insan tersayang tersebut.
Hal ini juga tidak lain tidak bukan, kerana timbul keyakinannya yang tinggi dan sempurna kepada ALLAH s.w.t.

  1. Seseorang itu, apabila dia dipuji atau dicela ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja.
Ini kerana :
Kalau seseorang itu menganggap dunia itu besar, maka dia akan lebih memilih pujian daripada celaan. Hal itu akan mendorongnya untuk meninggalkan kebenaran kerana khuatir dicela atau dijauhi (oleh manusia), atau boleh jadi dia melakukan kebathilan kerana mengharapkan pujian.
Jadi, apabila seorang hamba telah menganggap sama kedudukan antara orang yang memuji atau yang mencelanya, pastinya menunjukkan bahawa kedudukan makhluk di hatinya adalah rendah, dan hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada kebenaran.

Hakikatnya, zuhud itu letaknya dalam diri kita iaitu qulub (hati), iaitu dengan keluarnya rasa cinta dan ketamakan terhadap dunia dari hati seseorang hamba itu. Pasti dia akan jadikan dunia (hanya) di tangannya, sementara hatinya dipenuhi rasa cinta juga mahabbah kepada ALLAH s.w.t dan Akhirat.

Ikhwah dan Akhawati yang dikasihi…

Zuhud bukanlah membawa maksud kita meninggalkan dunia secara total dan menjauhinya.

Contohnya :
·        
  • Rasulullah s.a.w, Baginda merupakan teladan bagi orang-orang yang zuhud, sedangkan baginda mempunyai sembilan isteri.
  • Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s. Sebagai seorang penguasa yang mempunyai kekuasaan yang luas sebagaimana yang disebutkan oleh ALLAH dalam Al-Quran surah an-Naml
            Firman ALLAH s.w.t, mafhumnya :
**[[ Dan Sulaiman telah mewarisi Daud1093, dan dia berkata: "Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata".(16) Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).(17) Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari”(18) Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat MU yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh".(19)]]**

La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah.. Tengoklah sahabat, bagaimana Nabi Sulaiman a.s. bersyukur di atas rahmat yang ALLAH s.w.t kurniakan pada Baginda dan ayahandanya Nabi Daud a.s.. Zuhudnya baginda. Kalau nak lebih lanjut, rujuk sendiri kisah Nabi Daud dan Sulaiman surah An-Naml dari ayat 15 hingga 44. Kalian pasti kagum.

  • Para Sahabat radiallahu ‘anhum. - Mereka juga mempunyai isteri-isteri dan harta kekayaan, Antara mereka ada yang kaya raya seperti Saidina Abu Bakar dan Abdul Rahman b. Auf. Semuanya ini tidaklah mengeluarkan mereka dari hakikat zuhud yang sebenarnya.

**Tingkatan zuhud**

Ada beberapa ”tingkatan zuhud” sesuai dengan keadaan setiap orang yang melakukannya, iaitu:
  1. Berusaha untuk hidup zuhud di dunia ; sementara ia menghendaki (dunia tersebut), hati condong kepadanya dan selalu menoleh ke arahnya, akan tetapi ia berusaha melawan dan mencegahnya.
  2. Orang yang meninggalkan dunia dengan suka rela, kerana di matanya dunia itu rendah dan hina, meskipun ada kecenderungan kepadanya. Dan dia sanggup meninggalkan dunia tersebut (semata-mata untuk akhirat),
Seperti seseorang yang meninggalkan wang satu dirham untuk mendapatkan wang dua dirham (maksudnya dia harapkan balasan akhirat itu lebih besar daripada balasan dunia).
  1. Orang yang zuhud dan meninggalkan dunia dengan hati yang lapang. Namun dia tidak melihat bahawa dirinya meninggalkan sesuatu apapun.
Orang seperti ini bagaikan seseorang yang hendak masuk ke istana raja, terhalang oleh anjing yang menjaga pintu, lalu ia melemparkan sepotong roti ke arah anjing tersebut sehingga membuatkan anjing tersebut sibuk (dengan roti tadi), dan dia pun dapat masuk (ke istana) untuk menemui sang Raja dan mendapatkan redha & maghfiroh dariNYA.
**[Anjing di sini diumpamakan sebagai syaitan yang berdiri di depan pintu (kerajaan/syurga) ALLAH, yang menghalangi manusia untuk masuk ke dalamnya, sementara pintu tersebut dalam keadaan terbuka. Adapun roti diumpamakan sebagai dunia, maka barangsiapa meninggalkannya nescaya akan memperoleh kedekatan dari ALLAH.]**



**Pegangan Imam Hasan Al-Basri**

Kata-kata ini maksue terjemahkan dari bahasa Arab, jadi ianya terjemahan secara mafhum. Hayati sebaiknya…

(“,) ::: Imam Hasan Al-Basri ditanya mengenai rahsia zuhudnya beliau dan kehidupannya yang sentiasa disertai hikmah (kebijaksanaan). Maka beliau berkata, ianya ada Empat :

  1. Aku tahu bahawa rezekiku sudah tertulis, maka aku berlapang hati (dada).
  2. Aku tahu bahawa setiap amalanku takkan terlaksana melainkan diriku sendiri yang laksanakannya, maka aku persibukkan diri untuk bersungguh-sungguh padanya.
  3. Aku tahu bahawa ALLAH s.w.t itu melihatku, maka aku sangat malu untuk membiarkan ALLAH melihatku dalam keadaan maksiat.
  4. Aku tahu bahawa mati pasti akan menjemputku, maka aku membuat persediaan untuk bertemu dengannya. ::: (“,)

Oleh itu, buat diri ini yang hina dan sentiasa alpa juga buat sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama usahakan memperbaiki setiap amalan kita. Khasnya bagi mereka yang masih belajar di medan perjuangan menuntut ilmu seperti maksue, kita WAJIB menggunakan peluang ini sebaiknya, jangan sesekali siakan peluang yang tidak semua insan lain dapat. Kerana ilmu itu sangat penting.

Bahkan dalam karangan al-Jahiz, dalam kitabnya “Al-Bayan wat Tabyin”, maksue tak ingat penuh tapi beliau meng”istilah”kan ilmu itu cahaya, manakala jahil itu kegelapan, ada ilmu pasti hidup kita disinari nuur rahmat juga petunuk.

Rasulallah s.a.w memerintahkan kaum muslimin untuk menuntut ilmu, baik ilmu agama mahupun dunia (sekular),  sebagaimana sabdanya :

“Menuntut ilmu adalah kewajiban setiap muslim.” (Ibnu Majah hadith no. 220. Hadist Sahih, lihat Kitab Al-Jami’ As-Shahih no. 3808 karya Al-Bani)

Wajib di sini adalah dalam menuntut ilmu agama. Adapun ilmu duniawi, tidak ada seorang pun yang berselisih tentang pentingnya ilmu tersebut, baik berupa ilmu kesihatan, ilmu perencanaan mahupun ilmu lainnya yang manusia tidak mungkin terlepas darinya. 


Kenapa kaum Muslimin lemah? Pastinya terperuknya kaum muslimin ke dalam jurang kehinaan dan kemunduran pada masa sekarang ini tidak lain tidak bukan adalah akibat kelalaian mereka dalam menuntut ilmu agama yang benar, Merasa cukup dengan ilmu duniawi yang mereka ambil dari musuh-musuh mereka dalam berbagai macam aspek kehidupan, baik yang besar mahupun yang kecil, banyak mahupun sedikit, yang semuanya menuju kepada kebinasaan, hilangnya agama, hilanglah akhlak, dan hal-hal utama lainnya.

~~Semoga entri kali nie member mufidah, ‘ibrah, teladan buat kita semua. Apa yang baik itu dari ALLAH dan yang khilaf itu dari kelemahan maksue sendiri~~

Fi Amanillah ^_^

Sekian, Wassalam..
Ikhlas Dariku,

Rabu, Februari 16

"Hijrah"ku setelah 2 tahun setengah ditangguhkan.. Thabitni ya Rahman ya Rahim...



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Mujahadah Fi Sabilillah…

Apa khabar kalian? Semoga berada di bawah ‘inayah dan maghfirahNYA sentiasa, insyaALLAH.. 


Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Sollu… Sollu… Sollu ‘Alan Nabi :-


Alhamdulillah… Bersyukur kita ke hadrat  Allah Subhanahu Wa Taala kerana kita dianugerahkan dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat Iman dan Islam, malahan dengan nikmat tersebut dapat memberi kepada kita kehidupan yang harmoni dalam menjalani kehidupan sebagai ‘Ibadallah.

Ikhwah dan Akhawati yang dikasihi,

Kelmarin (15/2/2011 bersamaan Selasa) sepertimana semua orang sedia maklum jatuh pada tarikh Hijrinya 12 Rabiul Awwal 1432H merupakan suatu “Tarikh Istimewa”. Tidak lain tidak bukan, tarikh kelahiran junjungan mulia Rasulallah s.a.w dan beberapa peristiwa penting lain lagi pada bulan Rabiul Awwal ini sepertimana yang tercatat pada entri yang lalu.  Begitu juga diri maksue, sebagai hamba ALLAH kita kena sentiasa (mudawamah) dalam memperbaiki diri menuju redha Ilahi. Kita adalah Manusia (insan), ciptaan Allah Taala yang telah ditaklifkan untuk mengabdikan diri kepadanya, sebagaimana firmanNYA : 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيعْبُدُونِ
Tidak KU jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepada Allah Taala”, (surah Az-Zariyat, ayat 56)



Apabila ditaklifkan sedemikian , sebagai hambanya wajib kita mentaati segala larangan dan suruhanNYA sebagaimana yang telah diterangkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w, yang mempunyai pelbagai hukum hakam yang wajib dipatuhi oleh semua manusia.
Oleh itu, setelah mendapat restu kedua ibu bapa, memohon petunjuk dan ‘inayahNYA, akhirnya pada “Tarikh Istimewa 1432H” ini maksue bertekad serta berazam untuk ber”hijrah”, memulakan hidup baru berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah insyaALLAH, buang segala yang keruh dan ambil yang jernih, dalam usaha tazkiyatun nafs.

HIJRAH”ku kini bermula…



Ikhwah dan Akhawati yang dihormati…

Berpurdah / berniqob, maksue rasa semua orang tahu istilah nie kan. Iaitu menutup sebahagian wajah. Niqob adalah sesuatu yang dijadikan sebagai penutup muka oleh kaum wanita. Dikatakan intaqabat al-mar'atu wa tanaqqabat dalam erti seorang wanita menutup wajahnya dengan niqob. Perbezaan antara hijab dan niqob, adalah bahawa hijab itu merupakan penutup umum (secara menyeluruh), sedangkan niqob pula adalah penutup bahagian muka wanita sahaja.

“Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya”

“Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya”

Alhamdulillah… Tanggal 12 Rabiul Awwal 1432H bersamaan 15 Februari 2011 (Selasa), akhirnya maksue Berjaya juga untuk berhijrah dengan  suatu hijrah paling besar sepanjang 22 tahun hidup di alam fana ini, iaitu mengenakan Niqob / purdah.

“Apa?!! Maksue Sakinah berniqob?”.. Pasti soalan ini akan terkeluar dari mulut atau mungkin minda sahabat-sahabat. Iyalah, maksue dilahirkan sebagai insan yang biasa-biasa, akhlak pun tak baik mana, rupa yang biasa, malahan bersaiz xxl, layakke pakai niqob?


Opss… Lupa.. sebelum soalan di atas, maksue pasti dan sangat pasti soalan-soalan begini akan timbul (Ditujukan khas pada sahabat seperjuangan di Bumi Mu’tah, Jami’ah University, Jordan) :
1)     
  •       Dah tahun 3 baru pakai purdah?!! Orang dah kenal la muka awak tuuu..
  •       Nie mesti terpengaruh dengan orang lain nie
  •       Ingat lawa / cantikla kut ada hati nak pakai niqab
Kenapa maksue bagi 3 point di atas? Sebab, tak tahulah sebab apa, tapi sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Mu’tah ini rata-ratanya faham konsep memakai niqob hanya boleh pada awal masuk tahun 1, yang cantik saja pakai, ramai pakai saya nak pakai jugak. Selain dari 3 point nie, kalau kalian pakai, pasti ada lirikan mata, kutukan hati & cebikan bibir sebagai “RESPONS”. Setuju?!!

Hakikatnya, para ulama’ telah berselisih pendapat mengenai niqob ini wajib dipakai atau tidak, di antara pendapat ulama’ yang mengatakan ianya wajib serta  kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya :
1)    Al-Syeikh Ibn Baz r.h. dalam fatwa-fatwanya yang banyak.
2)    `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya “الحجاب”.
3)    Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya إلى كل فتاة تؤمن بالله

Walaubagaimanapun, terdapat para Ulama’ semasa yang mengatakan memakai niqob tidak wajib seperti:

1)    Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه
Beliau berpendapat wanita muslimah hari ini lebih utama untuk tidak memakai niqob supaya lebih mudah untuk berdakwah, mendekati dan bercampur dengan wanita yang tidak menutup aurat.
Kata beliau :
النقاب أمر أوجبه بعض العلماء وأجازه بعض العلماء.. وأنا لا أرى أنه واجب.. وإنما من أرادت أن تنتقب فلها حريتها في هذا.. وإن كنت أنا في عصرنا هذا أرى أن الأولى بالمسلمة ألا تنتقب حتى تستطيع أن تختلط بالمتكشفات وأن تقترب منهن”.

Maksudnya: “Niqab (tutup muka bagi wanita) adalah perkara yang diwajibkan oleh sebahagian ulama, dan sebahagian yang lain pula mengharuskannya… sedangkan saya tidak berpandangan ianya sebagai satu perkara yang wajib, sebaliknya wanita yang hendak memakai niqob, maka dia ada kebebasan melakukannya… cuma pada masa sekarang saya berpandangan, yang lebih utama seorang muslimah tidak perlu memakai niqob agar dia dapat mendekati dan bercampur dengan wanita yang tidak menutup aurat (utk berdakwah kepada mereka).

2)    Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم.

Majoriti para fuqaha' berpendapat bahawa tubuh kaum wanita itu seluruhnya adalah aurat bagi kaum lelaki ajnabi (bukan mahram@asing) kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan, sebab wanita perlu berinteraksi (bermua'malah) dengan kaum lelaki serta memberi dan menerima(berinteraksi atau bermua'malah ini hanyalah kepada suatu hal yang dibenarkan syara') ya, jangan salah faham bahawa semua hal dibolehkan untuk bermua'malah antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram@asing. Jangan sesekali sahabat  silap di dalam memahami akan makna ayat ini) sebab Allah s.w.t melarang terhadap menampakkan perhiasan dengan mengecualikan apa yang biasa nampak daripadanya.

Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:

a) Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنّ
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:
Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا (maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang menginginkan keterangan lanjut boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini. 

Al-Syeikh al-Albani r.h. memperincikan lagi perbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabat yang memegang pendapat ini.
Kedua: ayat di atas menyatakan:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Ertinya : “Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

Allah hanya memerintahkan agar ditutup جيوب iaitu jamak kepada  جيب  ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.

Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla : “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu.
Erm… Sejujurnya, sejak dari Sekolah Rendah lagi maksue sangat teringin nak pakai purdah nie, tengok muslimah solehah yang memakainya, sejuk sangat mata memandang, sejuk lagi perut ibu yang mengandungkan mereka. 

Teringat lagi masa zaman kanak-kanak ribena dulu, rasanya masa 1996/97 kot, Alhamdulillah rezeki belajar dari kecil sekolah agama, terdidik dan ditarbiyah pakai tudung, zaman tu tudung kain macam lampin tu, warna striking, rasanya maksue pakai tudung warna pink terang kot, jiran (kakak yg dah dewasa) kata : “Kinah, hang ni tengah2 hari pakai tudung tak hangat ka, rimas aku tengok, jangan kecik2 nie ja alim, besaq besok tudung terbang kemana aku taktau”



Kalau tak silap, maksue jawab : “Kak Ela tengokla, cheq besaq esok cheq nak ngaji kat Jordan, siap pakai purdah lagi tau”. Rasanya jiran maksue tu kata, ok kami akan tunggu dan tengok hang. 

Syukur Alhamdulillah, ntah info dari mana, masa kecik2 dulu mulut sebut nak mai Jordan, Alhamdulillah kesampaian. Dan kini, ber”purdah” juga insyaALLAH.

Ehh, takmau mengarut atau merapu, ni nak habaq sejujur-jujurnya lagi, sudah 2 TAHUN SETENGAH maksue kat bumi Mu’tah ni memerhati, mendengar, menilai dan muhasabah bab “masalah Niqob yang menjadi persoalan hangat di Mu’tah ni adakah ianya bernilai Ibadah atau Trendy”?Memang famous bab ni kat tempat belajar kami, macam-macam isu la yang timbul. Minta maaf pada sesiapa yang terasa pada entri kali nie. 

Dulu maksue amik Diploma kat kusza (udm / unisza), semester akhir pengajian terbuka hati nak sambung ijazah kat Jordan,mohon dan apply, Alhamdulillah dapat, beberapa bulan sebelum fly ke “urdun” ni,kawan-kawan dan sedara semua pakat kata, kalau ngaji kat Negara Arab, wajib pakai purdah.  Tak pakai, bahaya. 5 Purdah dibuat, warna-warni lagi.
Bila dah sampai Mu’tah, Jordan, Alhamdulillah, tinggal bersama dua kakak angkat yang kami kenal sejak dari kusza. Cakap kat kakak dua orang tu, nak pakai purdah, diorang tak kasi, sebabnya “TAK WAJIB” pon pakai purdah kat Negara Arab ni, diorang minta tunggu dan tengok dulu keadaan katsini.

Satu semester berlalu, tak da pulak bahayanya, Arab tak kacau pun, siap ada kawan baik lagi (perempuan). Suara kan lagi pada kakak-kakak tu, cantikla tengok diorang pakai, haa… ni nama apa?! Ni bukan kerana ALLAH niat, tapi trendy dan fesyen. Kakak berdua Kak Zam dan Kak Anis tak izinkan la, mereka yang amiktahu hal ehwal maksue, Alhamdulillah dapat dua kakak yang sangat baik seperti diorang, bagus juga mereka tak izinkan masa tu, sebab memang maksue kalau pakai tak ikhlas pun. Hipokrit mungkin. ٍSelain itu, apa yang maksue paham, berniqob adalah mencari keredhaan ALLAH s.w.t bukan bersifat sementara, seingat maksue, pada tahun 2009, akhawat kat Jami’ah Mu’tah yang betul-betul pakai niqob tutup sempurna bukan di Jordan semata-mata malahan istiqamah hingga di Malaysia hanya 3 orang antaranya Kak Syafa dan Kak Yaya. Hati memberontak nak pakai, tapi kekuatan belum ada dan taraddud. Bila masuk soifi, maksue dah diam bab keinginan berPURDAH tapiiiiiiii mulalah episod memerhati, menilai dan muhasabah.


Setelah pemerhatian dan penilitian , memang betul pun isu yang diperkatakan bahawa  ramai dikalangan pelajar yang memakai NIQOB  tidak memahami apakah matlamat sebenar memakai niqob, malahan (Pemakaian PURDAH di bumi Mu’tah) rumusannya seperti berikut :
  • Kena pakai sebab luar Negara (lebih selamat dan terjamin)
  • Saja teringin nak pakai, tengok kawan pakai cantik.
  • Kulit sensitive (tak tahan panas / sejuk terlampau)
  •  Memegang title dan imej terberat dalam Islam, tapi couple kemain, ada pakwe, bercinta sakan. Hakikatnya tiada cinta sebelum kahwin walau islamik mana diri kalian. Cinta sebelum kahwin adalah NON-HALAL (HARAM)
  • Kulit lebih lawa kalau pakai, tak perlu takut hitam terkena matahari dah. Lagi gebu.
  • Pakai niqob, tapi baju striking, suara tak jaga, paling utama “muka tutup tapi tangan telanjang (tak pakai maksum), mana aurat?! Muka ke lengan gebu kita? Fikirkan ^_^
  • Hanya menutup muka pada syabab Melayu, bila gi kafe atau mana-mana di kalangan Arab. Pernah lihat dengan 6 pasang mata (kami bertiga), sorang syabab Arab kat Solah Umawi, muka dia terkejut tengok sampai tak kelip2 mata bila seorang akhawat Malaysia memakai purdah menanggalkan purdahnya kemudian makan.
  • Tutup muka kat syabab Arab sahaja, takut kena kacau / pernah kena kacau. Terlalu cantik atau gediks mungkin sehingga Arab kacau.
  •  Hariannya berniqab, tapi dalam facebook, friendster, blog dan laman web sosial yang lain, wajah didedahkan dengan pelbagai aksi dan gaya.
  • Hanya bersifat “sementara”, kat Jordan je, kat Malaysia tak pakai.
Tak tahula ikhwah dan akhawati setuju atau tak statement nie, tapi sepanjang pemerhatian 2 tahun setengah ini yang dapat dirumuskan. Minta maaf ya, kerana kita kena  
قل الحق ولو كان مرا

Ya ALLAH… Mampukah aku untuk berniqob semata-mata demi mencari redhaMU?!
Benar sahabat, hati kecil ini menjerit-jerit ingin menyempurnakan sebaik mungkin syari’at Islam, tapi sebagai manusia, kita tak terlepas dari sebarang kelupaan dan kekhilafan.




Berkat usaha dan ketekunan, dua kakak terbaik pernah maksue kenali dalam hidup ini, berjaya menamatkan Ijazah mereka pada soifi lepas. Mubarak ‘alaihima. Episod baru dalam hidup, maksue kini telah menjadi senior baik di Jami’ah mahupun di rumah. Alhamdulillah, sesungguhnya ALLAH itu maha Pengasih lagi maha Penyayang. Kalau dulu, perjuangan maksue ditemani dua kakak, kini berganti adik-adik. Dah tahun 3 sekarang, usaha pengajian kena semakin mantoppp sebab takhassus lughah bukanlah suatu yang mudah. Fasal awwal berlalu, diri ini masih cuba mencari kekuatan serta langkah demi langkah berterusan dalam Islah diri. InsyaALLAH.

Permulaan fasal tsani ini dikejutkan, adik-adikku dah ramai berniqob, sebagai kakak juga senior, nasihat yang sama diberikan sepertimana dua kakak maksue dulu nasihati, perbetulkan niat dalam pakai niqob, nak pakai sebab apa. Paling utama, sempurnakan yang wajib dulu baru yang sunat. Paling utama, maksum (armguard) kena pakai dan sanggul belakang tu jangan tinggi sangat. La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah, housemate (adik-adik) maksue pun dah pakai. Semoga hajat mereka istiqomah dan betullah niat mereka, insyaALLAH.

Teringat lagi, maksue ada kata kat Adik2, “Kak Kinah dah terlewat nak pakai, awal belajar dulu tak pakai sebab niat tak betul dan masih taraddud, sekarang nie dah tahun 3, doktor pensyarah semua mesti dah kenal muka, sahabat seperjuangan lagi lah kenal, dah 3 tahun kan, Mu’tah nie bukan besar pun, mesti semua dah kenal, hajatnya akan mula pakai sebelum balik dari Jordan, mungkin masa nakgi talaqqi Syria, mula pakai masa tu 2 bulan sehinggalah fly ke Malaysia setelah khirij nanti”. Senyap je diorang, apa tak kata, takda idea nak komen kot, heeee (“,)

Bulan Rabiul Awwal menjelma… Erm, hobi maksue suka membaca dan mendengar bahan ilmiah, insyaALLAH. Suatu malam, tengah layari laman web social, seorang sahabat Arab mengirimkan satu video dari youtube “كفاية الذنوب” (tengok dan hayati ya)


Allahu Akbar!! Bila tengok video ni, muhasabah balik diri nie, Sheikh tu beri syarah serta alunan nasyid, bergenang air mata, luluh hati mendengarkannya.
Sampai bila ku harus begini?!! Cakap ingin berubah, tapi masih di tahap yang sama. Ya, ibarat kata sheikh tu "قدّم نفسك خيرا...الخ"  Ya, kita kena mulakan langkah, jangan menunggu-nunggu sahaja.

Mulai saat itu, maksue nekad, nak “hijrah” diri ini sebenar-benar hijrah, hijrah teragung. Call mak ayah kat Malaysia, restu mereka diraih, Alhamdulillah. Sebenarnya mereka risaukan alam kerjaya, sebab berniqob nie kena lah istiqamah, nanti susah nak cari kerja. Namun, jangan risau buat sahabiyah yang berpurdah tersayang, di Malaysia sekarang, mentaliti masyarakat terhadap golongan berpurdah, dah stabil, kalau dulu sangat susah namun sekarang telah diterima. Khususnya mahasiswi lulusan Timur Tengah, balik nanti, bidang tarbawi amnya dan dakwah khasnya sedang menanti kita, istiqomah berpurdah namun pada keadaan tertentu, kita harus buka wajah. Bolehke?!!

Hujah dan fatwa terkini dari Dr. Yusuf Al-Qaradhawi :
 Niqob adalah sesuatu yang fleksibel digunakan di mana sahaja dan dan di sesuatu tempat yang adakalanya harus bagi kita membukanya bila keadaan darurat atau mempunyai kepentingan yang tersendiri. Contoh ketika berdakwah atau sebagainya”.
  
Pernah kita mendengar desas-desus mengatakan kita mestilah istiqomah memakai niqob walau dimana sahaja kita berada dan apapun situasi walau keadaan darurat sekalipun, oleh itu mari kita imbas kembali jika ada semua yang berniqob terlalu berpegang dengan prinsip yang tidak kena pada tempatnya contoh ketika ingin berdakwah, dia memakai niqob dan pastinya orang yang ingin didakwah susah untuk didekati, dan ini telah menyebabkan ruginya peluang untuk menarik orang kepada kebaikan dan melarang orang dari berbuat keburukan.

 Sebagaimana dalam Al-Quran, ALLAH s.w.t. menyatakan dalam firmanNYA:
Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling bantu-membantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.

ALLAH berfirman lagi :
Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu dapat menegakkan yang ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada Allah swt.”
 
 Sebagaimana yang kita fahami dari ayat tersebut, kita semua adalah dipertanggungjawabkan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan ini membuktikan, kita kurang bijak untuk mengatur strategi untuk berdakwah jka sekiranya kita berpegang dengan prinsip yang tidak kena pada tempatnya dan ini juga akan mengundang kemudaratan yang lebih besar dan tidak dapat memberi manfaat yang baik untuk islam.

Oleh itu, kepada yang berniqob haruslah berfikir dengan sebaik-baiknya tentang kegunaan niqob mengikut keadaan tetentu kerana ia mempunyai dua pendapat yang berbeza diwajibkan atau tidak, dan jika sekiranya membuka niqob memberi kebaikan atau manfaat untuk islam (berdakwah, mengajar dan sepertinya), diharuskan membukanya ketika itu dan jika keadaan bukan di dalam suasana yang tidak memerlukan kita membukanya, haruslah bagi kita menjaga kehormatan niqob tersebut.

Kata-kata maksue pada adik-adik tentang penangguhan berpurdah sehingga khirij, kerana malu sebab sudah dikenali, kini maksue ketepikan. Kenapa nak malu kat kalian, kenapa maksue perlu gusar dengan lirikan mata, kutukan hati dan cebikan bibir, kerana maksue nak ber”hijrah” kerana ALLAH, nak harap redha manusia, sampai mati pun takkan dapat. 



Hati bertambah tenang setelah mendapat restu dua ibu bapa, malahan terima kasih pada seorang adik (tahun 3 juga berniqab dan lebih muda), dia memberikan kata-kata semangat buatku :

“Kak, kita lakukan sesuatu niat hadafnya kerana ALLAH, nak tunggu redha manusia, sampai bila-bila tak dapat, sabar dan tabahkan hati, jika kita ikhlas menuju jalan ALLAH, pasti dipermudahkan, insyaALLAH”.

Nekad hati telah dicapai, setelah 2 tahun setengah, insyaALLAH “hijrah” ini bukan bersifat sementara, bukan kerana berada luar Negara, bukan kerana gangguan Arab, bukan kerana cantik, bukan kerana cuaca atau takut hitam, tapi ianya kerana semata-mata ingin mengharapkan redha ALLAH s.w.t . Dah lama maksue tangguhkan sambil berusaha untuk ke arah itu… permulaan ini memang payah tapi maksue akan cuba istiqamah.

Maksue teringin sangat nak jumpa DIA, macam mana ya caranya, kalau kita dah meninggal pun, tak tentu lagi kita layak 
jumpaNYA… Ada satu hadis... “Di tengah-tengah padang mahsyar, semua hamba2NYA akan berusaha untuk bertemu dengan Allah, tetapi Allah akan mencari wanita-wanita yang istiqamah memakai niqab...” 



Hibanya rasa, "Aku nak jumpa Allah". Tapi hadis tu kata Allah akan mencari wanita-wanita yang istiqamah pakai niqob. Alangkah ruginya diri ini kalau tiada “mujahadah ini”.
Maka, pada tanggal 12 Rabiul Awwal 1432H iaitu sempena kelahiran Rasulallah s.a.w serta peristiwa hijrah ke Madinah, maksue turut berhijrah.

Usai solat zohor, diteruskan solat taubat dan solat hajat agar diteguhkan hati, kemudian baca surah “As-Soff” sebagai penguat hati kerana pada ayat ini, benar-benar menguatkan langkah maksue :

Mafhumnya : (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui (11) Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar(12). 
[Surah As-Soff ayat 11 & 12]

Sesudah itu, dengan lafaz bismillah, selawat kepada Rasul junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w serta niat dipasakkan, maksue menyarungkan niqob dan lantas keluar ke pekan Mu’tah bersama adik-adik mencari barang keperluan.

Benar… Hijrah itu bukan suatu yang mudah, namun masyaALLAH… Hati ini begitu tenang dan damai sekali. Alhamdulillah. Bila dah pakai, baru maksue tau kenapa keistimewaan itu diberikan pada wanita berniqab... Bukan senang, sahabat-sahabatku. Sebab ini pakaian isteri nabi. Kalau kita cintakan nabi, seharusnya kita mempertahankan pakaian ini, menerangkan, dan cuba untuk menjadikan orang-orang sekeliling untuk cinta dengan pemakaian ini. Memang tak wajib, sebab muka bukan aurat, tapi sangat digalakkan untuk pakai. Cuma, kena la faham betul-betul.

Fahamkah kalian maksud ayat ini:

“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
          (Surah Ali Imran ayat 159).

Pasti akan ada tohmahan selepas ini khasnya kerana diriku ini sudah 3 tahun di bumi barokah ini, namun kalian nak kutuk berbakul-bakul pun, kutukla, insyaALLAH maksue redha kerana “hijrah menuju jalan ALLAH pasti perit”, kerana perjuangan peritnya di dunia, namun ganjarannya menanti di akhirat kelak. Lagipun kan, adat manusia, kalau berubah menjadi baik, pasti berbakul-bakul dipersoalkan, tapi yang haram dilakukan seperti ikhtilat dan couple, kalian redha je.Tak bising-bising pon.

Lagipun, Rasulallah s.a.w bersabda : SABAR itu ada 2 jenis kesabaran, iaitu sabar terhadap perkara yang kita benci, dan sabar terhadap perkara yang kita cintai"..

Setiap orang ada pendapat masing-masing. Bagi maksue mudah je. Kalau nak tunggu layak, tunggu diri sempurna, sampai bila? Kalau dah pakai macam tu, secara tak langsung tentu kita ada keinginan dan usaha untuk jadi lebih baik, kan? Takpelah kalau kita memang dah pakai macam tu, just be yourself, tak payah nak hipokrit. Cuma pandai-pandailah sesuaikan diri, dan ubah apa yang tak baik tu. Jangan fikir nak puaskan hati orang je, tapi fikir pandangan Allah terhadap kita.

Sahabat nabi yang dijamin syurga pun, sebelum memeluk Islam sembah berhala, tanam anak perempuan hidup-hidup, menentang dakwah nabi, dan sebagainya. Tapi hidayah itu milik ALLAH. Tiada yang mustahil bagi Allah bila Dia dah tetapkan sesuatu, tiada siapa yang mampu mengubahnya.Hidayah itu pun perlu dicari, bukan hanya dinanti”. Walaupun maksue tak layak sebenarnya, tapi ini cara mujahadah diri, insyaALLAH.

Seruan Ali –thontowi kepada muslimah:

“disini aku tujukan semua kata-kataku ini kepadamu wahai puteriku yang beriman dan sentiasa berpegang dengan agama.wahai puteriku yang mulia lgi suci.sesungguhnya tidak ada pengobanan melainkan dari kalian wahai puteriku.
Janganlah kamu biarkan dirimu menjadi korban kepada penyembelihan iblis laknatullah, janganlah kamu mendengar kata-kata mereka yang akan menghiasi diri kalian dengan pencampuran bebas diatas nama kebebasan, kemodenan, pembangunan dan kehidupan social bermasyarakat.

Adapun aku merupakan  seorang bapa kepada 4 orang anak perempuan dan ketika mana aku mempertahankan kalian(sebenarnya) mempertahankan anak-anak perempuanku.aku juga inginkan kebaikan keatas kalian seperti mana aku inginkan kebaikan keatas anak-anak perempuanku.

Inilah nasihatku kepadamu wahai puteriku, dan inilah kebenaran, maka tak perlulah engkau mendengarnya tapi ketahuilah sesungguhnya hanya di tangan kamu wahai puteriku, bukan pada tangan sekalian kami ini.
Pada tangan-tangan kamulah kunci segala kebaikan.sekiranya kamu benar-benar berkehendak maka akan baiklah dirimu dan akan baiklah masyarakat keseluruhanya dengan sebab perubahan yang kamu mulakan ini..”

Malahan, daripada Abdullah bin Amru, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”
            
Maka kitalah wanita yang disebutkan dalam hadis, merupakan perhiasan dunia, tetapi adakah kita menghargai anugerah pangkat keindahan yang Allah beri ini?, Sesungguhnya wanita adalah sebaik-baik perhiasan, lebih dari perhiasan batu permata, betapa bersinarnya ia, akhirnya sinar itu pasti pudar.. Tetapi wanita solehah sinarnya tidak akan luput dari dunia ini dan diberikan darjat disisi Allah Taala.. Oleh itu, janganlah kita menjatuhkan martabat kita sebagai seorang wanita solehah sama seperti pudarnya batu permata….Sesungguhnya wanita solehah jauh lebih tinggi darjat yang telah diangkat oleh Allah Taala .

Bila kita mahu memilih penampilan terbaik, kena cuba dahulukan peningkatan pada peribadi seperti akhlak, pelajaran, hubungan dengan ibubapa, rakan-rakan dan guru. Bila kita nekad, mohonlah pertolongan Allah agar menetapkan hati kita di atas perkara yang baik. Kita berusaha menjadi insan bertaqwa semaksimum yang mampu kerana itulah petunjuk Ilahi dan RasulNya. Jangan terpedaya dengan hasutan syaitan. Kecantikanmu milik ALLAH dan suamimu..
Akhlak buah iman..akhlak tak perlu dibentuk..
ianya pantulan dari iman yang sejahtera..

Sekurang-kurangnya dengan berniqab ni kita dapat tutup pintu maksiat yang berpunca dari wajah. Orang yang melihat tak berdosa..

Kita yang berniqab ni juga dapat tolong muslimin2 dari menambahkan maksiat hati dan mata.
 
"Maafkan kekurangan diri ini yang tidak mampu diubah dan pedulikan penilaian orang lain yang tidak mampu memahami diri kita".

Sentiasa merasa cukup dengan Allah, penawar terbaik bila menghadapi tekanan ketika memakainya. Bukankah kita memakainya kerana Allah? Justeru apa lagi yg kita harapkan daripada manusia?

Pujian dan kejian manusia hanyalah dunia yang diuji ke atas kita. Kecuali pujian dan kejian yang dilakukan kerana Allah.

Maafkan maksue, entri kali nie sangat kasar dan ramai akan terasa rasanya. Namun, sebenarnya teguran ini datangnya dari ALLAH dan disandarkan pada maksue agar kita semua lebih berhati-hati dan waspada pada setiap apa yang dikerjakan. Malahan ianya sebagai teladan serta sempadan bahkan mau'izoh buat maksue untuk menjejaki langkah "hijrah" ini. Aasifni marrotan ukhra.

PadaMU ya ALLAH ya Rahman ya Rahim, 'inayah dan rahmatMU ku dambakan...
رب اغفرلي ولوالديّ وارحمهما كما ربياني صغيرا.. آمين

Buat Ikhwah dan Akhwati, doakan maksue istiqamah dan thabat di jalan ini. Allahumma Aaamin…
"Yang tertutup itu indah"

 
Buat tatapan khasnya Akhawat Malaysia, university Mu’tah, kat link nie adalah coretan hati seorang kakak senior Jami'ah Mu'tah, dia dah graduate sekarang, dinaqolkan semula oleh seorang syabab masa maksue tinjau blog ke blog, dia mثnulis mengenai isu “niqob” mahasiswi Mu’tah kita. Malahan entri maksue kali nie, ada cedok dari ustaz nie

Wassalam..

Coretan Ikhlas,






  

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan