topbella

Ahad, Julai 25

Keindahan BULAN itu, subhanaLLAH (",)

Langit merah menandakan ufuk malam bakal menjelma...

Detik demi detik berlalu......
 
Matahari mulai tenggelam dalam pelukan dingin malam...
Alam yang terang nan terik dengan cahaya matahari, kini berubah wajah...
Si purnama mengambil alih tugas sang matahari...
Bumi cerah indah bertemankan sinaran sang purnama...
Bintang bergemerlapan tersenyum menyapa alam...
Angin sepoi2 bahasa seakan menangis sendu tertelungkup dalam kesepian...



Kedengaran azan maghrib berkemundang berhampiran jendela bilikku...

Aku berwudhuk, solat diikuti sunat awwabin & hifzil iman... Sesudah itu, mengubati hati dengan bertadabbur bersama kalamNYA...

Seusai itu... Aku berdiri di sisi jendela bilik, menghayati indah malam ciptaan Ilahi...
SubhanaLLAH, indahnya sinaran sang purnama malam ini (25 julai 2010)... Maha Suci ALLAH s.w.t atas keagungan ciptaanNYA..

Ku bertafakkur...
Saat secercah asa tertiup dalam angin sepoi kedamanian...
Di satu euforia extasi di pelukan-Mu ya ALLAH...

Termenung ku sendirian...
Sudah hampir dua tahun aku menjejakkan kaki di bumi barokah tinggalan para anbiya ini...
Berbagai ujian dan dugaan telah ku tempuhi... Ingin sekali ku sempurnakan pengajian peringkat ijazah ku ini dalam tempoh tiga tahun, akan ku sedaya upaya tabahkan diri menempuhi jalan yang ku pilih ini... Di sebalik kepahitan dan keperitan itu, pasti ada hikmah sebaliknya...

“Wahai TUHAN yg membolak-balikkan hati2 manusia, tetapkanlah hati2 kami dalam agamaMU dan dalam ketaatan kepadaMU ya ALLAH..Aaaamin..”

SubhanaLLAH... 
Indahnya al-qamar (al-badr) malam ini... Cantiknya ciptaan Allah. Dijadikan bulan itu penuh bercahaya pada malam ni. Apakah rahsia disebaliknya? Dijadikan ia seperti bulatan cahaya yang menerangi malam yang suram. Sudah tentu ia tidak akan mampu keseorangan kerana dibelakang punya matahari yang membakar diri. Kagumnya aku akan keteguhan sang mentari. Tidak kedekut dan juga sombong, malah masih terus sedia berkongsi demi si bulan yang berada di sisi.

Dalam kesepian jiwa ini, ku merenung indah bulan, lalu ku teringat kata2 rayuan..............,
"Wajahmu bagai bulan purnama" kata-kata ini sering didengar si gadis yang dirayu kekasihnya. Benar-benar menggambarkan keindahan dan perasaan yang penuh rasa. Tapi, benarkah bulan itu indah???

Ku merenung lagi...
Ahhh... indah bulan pada zahirnya, dari jauh memang cantik, tapi adakah hakikatnya sebegitu?? Setahu ku, bulan dipenuhi kawah2, memang cantik dari jauh, namun jika dilihat dari jarak dekat, tersingkap wajah sebenarnya...


Fakta sebenar mengenai bulan :

"Bulan merujuk kepada satu@lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.
Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari.
Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan. Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi. Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan."

Ku muhasabah kembali... Kenapa ya, keindahan bulan diibaratkan seperti wanita pada indah ciptaanNYA.. Bukan para pencinta tapi juga para puitis dahulu kala.. Pasti ada hikmahNYA yang tersembunyi kan...

Lalu... Ku translate dalam monolog diri :
1) Indah bulan kerana sinarnya (nur@ضوء)..
- Cantiknya ia di sisi pandangan mata kasar. Begitu juga manusia, kita lihatnya begitu segak bergaya dan cantik rupawan, tapi kita tak mampu mentafsirkan apa di hatinya. Nilai mata kasar tidak seindah mata hati. Mata hati punya naluri yang sentiasa kuat pada keyakinan diri.

- Sedangkan Rasulallah s.a.w penah bersabda yg lbh kurang mafhumnya : "Seorang hamba sahaya kulit hitam itu lebih mulia dari sang rupawan, jika padanya keimanan yang teguh"
- Jadi, aku andaikan begitu juga sang rembulan ini, aku sebagai 'ibadallah, biarlah tidak cantik rupawan, biarlah hidungku tidak mancung@pipi kembung, asalkan keimanan yang teguh terpasak di qalbuku, pasti nurrrr iman itu akan menyerlahkan sinarnya, keajaiban sinaran rohani generasi rabbani...  Sepertimana nur mentari yang menyinari sang purnama..
- Ku teringat lagi kata2 hikmah :
 
"Nafsu mengatakan seseorang wanita cantik atas dasar rupanya, 
akal pula mengatakan seseorang wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, 
dan hati mengatakan seseorang wanita cantik atas dasar akhlaknya".


Malahan, Saidina Ali r.a ada mengatakan :
لميس الجمال بأثواب تزينن ان الجمال جمال العلم والأدب (سيدنا علي ابي طالب)

Mafhumnya : " Sentuhan kecantikan itu dengan pakaian yang menghiasi
sesungguhnya kecantikan itu adalah ilmu pengetahuan dan adab - akhlak terpuji 

2) "Bagaikan punduk rindukan si bulan"

Ku lihat pungguk merenung si bulan
Setia menanti bilakah malam
Kerana pandangannya punya nilaian
Agar si bulan gagah menerangi kegelapan...
- Aku..., seorang ibnu sabil yang terdampar jauh dari keluarga. Benarlah kata2 pujangga, bagai punduk rindukan bulan, kerinduan++homesick yang melanda membuatkan jiwa ku menjerit derita.. Teringat penyair Ilya Abu Madhi (hanin ila watan), mungkin dia sepertiku, jauh dirantauan buatkan jiwanya memberontak rindukan tanah air & keluarga yang ditinggalkan..
- Mengelamun ku sendirian di sisi jendela kamar, apakah yang telah ku lakukan ini benar ya ALLAH?? Adakah aku menjadi beban ibu ayah untuk menanggung ku belajar di bumi penuh rahmah ini. Bukanlah aku dilahirkan dari keluarga berada, namun.., apa yang amat ku banggakan, kasih sayang yang dicurahkan berjaya melahirkan aku yang sekarang. Ramai juga sahabat yang ku temui, mereka dari golongan berada tapi kebanyakannya dahaga kasihsayang. Telah ku pasakkan dalam hati ini, pabila ku b'kerjaya nanti, akan ku kumpul duit hasil usaha sendiri untuk bawa kedua ibu ayahku ini menunaikan umrah@haji di baitullah, insyaALLAH.. Kerna aku sedar, jasa ibu ayah takkan termampu kita balas, hanya ALLAH mampu membalasnya..
"رب اغفرلي ولوالدي، وارحمهما كما ربّياني صغيرا"

- Tahun ni aku tak dapat balik ke Malaysia untuk berpuasa & berhari raya bersama keluarga tercinta. Mak cakap : "Inah jangan balik lagi tahun ni, manfaatkan sebaiknya cuti nanti, pertingkatkan amalan juga ibadah, baca buku, nanti dah lulus, abis ngaji balik terus". Heee, manjakah aku ini, gelora jiwa nak balikkkkkkkkkkkkk niat di hati, nak ambil semangat baru, tiket flight pun dah tempah, tapi, lepas mak cakap camtu, minta kawan batalkan booking tiket flight. Huwaaaa... :((
- Aku hanya seorang sakinah. Sakinah yang biasa, tidak punyai apa-apa keistimewaan, punyai naluri dan perasaan. Ye, mungkin aku agak manja kerana aku puteri bongsu tunggal dalam keluarga. Ketenangan erti nama ku, tenangkah aku?? Adakah syakhsiah aku sama seperti nama ku. Mudah2an begitulah, aaamin...
- Terus ku bertabah dan sabar pada jihad fi tholabil 'ilm ini.. Di saat aku hampir tersungkur, aku bangkitkan kembali ruh jihad para syuhada dalam diri. Damai & tenangkan hati dengan hadis Baginda yg berbunyi :
  يا طالب العلم....أقبل
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "من سلك طريقا، يلتمس فيه 
علما، سهّل الله له طريقا إلى الجنة" - صححه الألباني 

Yg mafhumnya : Wahai penuntut ilmu, terimalah...
Rasulallah s.a.w bersabda : "Barangsiapa yang melalui satu jalan,
tersentuh padanya ilmu, maka ALLAH s.w.t akan permudahkan 
baginya jalan ke syurga".

- Jadi, aku harus bersabar dan terus berusaha berterusan dengan gigih tanpa kenal erti lemah mahupun putus asa..
Demi sebuah kejayaan.. Demi sebuah cita2.. Demi harapan ibu ayah tercinta...
Dalam mendamba ilmu fis sudur.. Dalam mendamba "nur" hidayah Ilahi..
Untuk bekalan hidup di dunia juga wasilah menuju ke akhirat yang kekal abadi..



Ya ALLAH... Ya Rahman.. Ya Rahim..
Di hening malam ini, ku pohon padaMU ya ALLAH, berikan kekuatan padaku untuk terus tabah
dalam mengutip mutiara berharga
di medan ilmu ini...

Izinkan diriku untuk berbenah 
dari segala nista duniawi...
Untukku kembali memeluk diri-Mu Yang Suci...
Untuk mengabdikan diri dalam iradah-Mu...
Ya Allah!! Terimalah hamba-Mu yang hina ini...
Untuk sekadar bersandar dalam kemulian-Mu...




Coretan hati **maksue sakinah**
Darr Sofea, Mu'tah Jordan

Kuih Ketayap

Salam Mujahadah... Semoga kita semua di rahmati & di berikan 'inayah oleh 
ALLAH s.w.t sentiasa... Aaamin (",)

Hurm... resepi seterusnya yg maksue nak kongsi ngan sahabat sahabiyah ialah ketayap... Buat untuk sarapan @ minum petang, mmg cedapp....


Bahan2 Inti :
- 150gm gula merah
- 3/4 cawan air masak (suku cawan)
- 1/2 biji kelapa parut (juz-hin)
- garam secukup rasa
- gula (kalau nak manis)
- tepung gandum

Cara2nya ---> Masukkan kesemua bahan2 inti ke dalam periuk (kecuali tepung gandum), Kemudian masak di atas dapur dengan api yg sederhana. Kemudian kacau hingga sebati dan melengas, masukkan tepung gandum supaya inti tadi jadi melekit dan melengas, setelah selesai, tutup api dan ketepikan....
Bahan2 Kulitnya :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan santan
- 1 biji telur
- 2 helai daun pandai (nak bagi wangi)
- pewarna hijau ( xde leh je wat warna kuning@merah@putih, cuma xlawa la)
- sedikit garam untuk bg rasa lemak

Bahan2 Kulitnya : Masukkan tepung gandum, telur, santan dan daun pandan ke dlm blender, mesin semuanya hingga hancur n sebati, tapiskan adunan.. Kemudian masukkan ke dalam bekas, letak sdikit garam & pewarna.
Sementara itu, panaskan kuali yg telah dilengser dengan sedikit minyak, bila dah panas, tuangkan sesenduk adunan tadi & lenggang2kan di dalam kuali supaya rata & nipis, tutup sebentar, setelah masak, angkat dan ketepikan... Buat semua sehingga habis.
Setelah selesai, ambil kuih dadar tadi, dan masukkan inti di hujungnya, kemudian lipat kiri dan kanan, gulung ketayap tadi bagi kemas & comey2... Lakukan hingga selesai, hidangkan & makan...

Selamat Mencuba ya semua... (=^_^=)

Kek Coklat (",)

Assalamualaikum w.b.t ^_^

Eheee.... Maksue sbnrnya duk tgh pkirkan entri terbaru nak masukkan kat blog ni, idea dh ade, cuma blom ckup isi utk di publishkan... 
Jadi, sementara tunggu idea nak masak, nk kongsi resepi untuk sahabat2.. Maksue dapat resepi ni dari sorg kakak.. Cubalah yer, sonang sangat2 n gerenti sodappppp (",)



Bahan2nya :
- 2 cawan minyak masak
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air masak
- 2 cawan gula pasir
- 1 cawan serbuk koko / coklat
- 4 biji telur
- 1/2 sudu mkn baking powder
- 1/2 sudu mkn esen vanila
- ovelette (kalau ada, xda xpa)

Caranya -----> Masukkan minyak & telur dlm blender.. (mesin smpai sbati putih), pastu masukkan dalam bekas dan cmpurkan bahan2 lain, kacau satu arah hingga sebati rata...
Bila nak bakar, lapik kertas kajang dalam acuan, masukkan bahan, bakar dgn api sdrhna.. (kami katsini msk atas dapur gas je, guna tefal..hehe, kalau kat mesia, guna oven)
Lps 40 minit gitu, try tgk, cucuk ngan garfu, klu tepung da xlekat kat garfu da msk n angkat..terbalikkan... Biar ia sejuk..

Bahan untuk topping
- 4 sudu serbuk koko
- 5 sudu susu tepung
- 4 sudu minyak (ikut suka)
- 3/4 cawan air (suku cawan)
- 4 sudu gula pasir
- strawberi @ ape2 jela untuk hiasan

Caranya -----> Gaulkan smua bahan tadi, bila dah kacau sebati, masak atas api hingga rata dan pekat (guna api perlahan)...

**Dah pekat tu, sapu dan ratakan atas kek td, pastu potong la buah strawberi @ apa je, letak sbg hiasan...

Selamat Mencuba yaaaaaa.... (=^_^=)


Khamis, Julai 22

المعلقات

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah atas nikmat Iman & Islam..  Semoga kita semua dirahmati dan diberikan hidayah oleh ALLAH sentiasa, aaamin..

InsyaALLAH hari ni maksue nak kongsi sedikit info mengenai syair purba Arab sebelum kedatangan Islam iaitu AL-MU'ALLAQAT,  ianya merupakan bayt2 syair qasidah yang masyhur dan terbaik. Dikatakan penyair bagi syair ini ada 7 orang, dan ada pulak  mngatakan ianya sepuluh orang. Dinamakan sebagai mu'allaqat sebab qasidah yg terbaik ini terhasil dalam pertandingan syair2 di pasar sastera 'ukaz (tempat para penyair dan sasterwan berkumpul dan mempertandingkan karya masing2). Hasilnya, karya atau syair yang terpilih itu akan ditulis dengan air emas di atas kepingan kittan dr mesir, kemudian di gantungkan atas dinding kaabah.. Sebab tu ia di namakan muallaqat (yang digantung).. Namun, dikatakan juga bahawa dinamakan sebagai muallaqat sebab ianya tergantung di hati & minda para pendengar@pembaca kerana keindahan dan keelokannya....

** Di bawah ini adalah sedikit syarahan mengenai qasidah istimewa ini, buat sahabat2 yg mengambil takhassus bahasa Arab kat universiti Mu'tah, kalian pasti akan belajar nas bahasa inggeris ni dalam subjek Nusus Istishrokiah dan perlu terjemahkannya ke dalam bahasa Arab...
** Buat2 sahabat seperjuangan maksue, --ika, k.nawa, neji, kieyn, husna, najibah, us sherazi, us zul & us ali, study hard & study smart utk imtihan ula ahad ni.. InsyaALLAH kulluna minal mumtazin wa mutafawwiqin... Aaamin ^_^


THE MU'ALLAQAT 
(المعلقات)

It was my intention to add here some general remarks on Arabian Poetry as compared with that of the Hebrews, the Persians, and our own, but since example is better than precept. I will now turn directly to those celebrated odes which are well known by the title of  Mu'allaqat or "Suspended Poems", to all who take the slightest interest in Arabic literature.
كان هدفي أن أضيف هنا بعض الملاحظات العامة على الشعر العربي أن يقارن على شعر العبريّ، وشعر الفارسيّ، وشعرنا الانجلزيّ. وبما أن المثال أفضل من القاعدة، فإنّني سأتّجه مباشرة الى القصائد المشهورة المعروف جيدا بعنوان المعلقات او قصائد المعلقات لهؤلاء الذين يهتمون اهتماما طفيفا في الأدب العربي


Mu'allaqa (plural, Mu'allaqat) "is most likely derived from the word 'ilq , meaning << a precious  thing or a thing held in high estimation >>, either because one [hangs on] tenaciously to it, or because it is [hung up] in a place of honour, or in a conspicuous place, in a treasury or store-house".


   معلّقة (جمعها، المعلقات).. الأكثر احتمالية مشتق من الكلمة "علق" التي تعني الشيء الثمين او شيء حُفِظ لهمته العالية. إمّا لأن شكل محكم علق او  لأنه علق في مكان مقدّس أو في مكان بارز معروف في الخزانة أو بيت للخزينة

In course of time the exact signification of Mu'allaqat  was forgotten, and it became necessary to find a plausible explanation. Hence arose the legend, which frequent repetition has made familiar that the "Suspended Poems" were so called from having been hung up in the Ka'ba on account of their merit ; that this distinction was awarded by the judges at the fair of  'Ukaz near Mecca, where poets met in rivalry and recited their choicest productions ; and that the successful compositions, before being affixed to the door of the Ka'ba, were transcribed in letters of gold upon pieces of line Egyptian linen.

مع مضى الزمان، فإنّ الأهمية الدقيقة المضبوطة للمعلقات قد نُسِيَت وأصبح من الضروري إيجاد تفسير أو شرح مقنع. ومن هنا فقد بُرِزَت الأسطورة التي جعلت منها إعادة المتكررة مألوفة، وهي أن القصائد المعلقات التي زُعم أن أهميتها جاءت من تعليقها في جدار الكعبة. بسبب قيمتها وفضيلتها وأنّ هذا التميّز قد أعطيتْ من قِبل القضاة في سوق عكاظ قرب مكة حيث أن الشعراء اجتمعوا للمبارزة وهم الذين أنشدوا قصائدهم المختارة. وأمّا الانتاج المؤلفات الفائزة وقبل أن ثبت على باب الكعبة نُسِخَت بأحرفٍ من ماء الذهب فوق قطع من الكتان المصري الرقيق

Were these statements true, we should expect them to be confirmed by some allusion in the early literature. But as a matter of fact nothing of the kind is mentioned in the Koran or in religious tradition, in the ancient histories of Mecca, or in such works as the Kitabu 'l-Aghani, which draw their information from old and trustworthy sources. Almost the first authority who refers to the legend is the grammarian Ahmad al-Nahhas (t 949 A.D.), and by him it is stigmatised  as entirely groundless.
وفيما هذه المعلومات صحيحة يجب أن نتوقّع أن تكون مؤكدة بإشارة في الادب القديم، ولكن في الواقع لم يذكر شيء من هذا القبيل في القرآن الكريم ولا في الاحاديث النبوية ولا تواريخ مكة القديمة ولا في أعمال مثل كتاب الأغاني التي كلّها اخذت معلوماتها من مصادر موثوقة قديمة وصحيحة على الغالب. فإن المصدر الأول الذي اشار في هذه الأسطورة هو النحويّ "أحمد النُحّاس المتوفى 1949م ومن خلاله  له اشيع 
بأنه لا اساس لها
Semoga ianya istifadah buat semua...wassalam..(=^_^=)

ikhlas dr maksue (",)

Isnin, Julai 19

طاعة للوالدين

Assalamualaikum w.b.t....

Akh dan Ukhti yang dikasihi ALLAH s.w.t, 

Selamat belajar bahasa arab dengan menonton video ini... InsyaALLAH jika ditonton dengan hati yang penuh hubb untuk belajar kalamullah, kita akan paham...

Kerana :-
** Bahasanya bahasa arab fushah...
** Sebutan jelas dan mudah difahami..
** Gambar & Perbualan membantu kita..
** Sarat dengan nasihat..



Selamat Menonton ya... "Birrul Walidain" (=^_^=)

Risalah juga Pesanan Tulus Ikhlas Buat Si "Dia"

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...


Tolong beritahu si "dia"... Ana ada pesanan khas untuknya...


Sahabat Sahabiyah, Akh Ukhti, Adik Kakak Abang yang dihormati.... 
 
Tolong ya beritahu pada si "dia", cinta agung adalah cinta kepadaNya iaitu ALLAH s.w.t…
Ingatkan si "dia", cinta manusia bukan hakiki malahan bakal membuatnya lalai dan alpa
Nasihati si "dia", jangan sesekali mencintaiku lebih dari "dia" mencintai ALLAH Yang Maha Esa…
Tolong ingatkan juga padanya, jangan mengingatku lebih dari "dia" mengingat ALLAH Yang Maha Kuasa…
Tolong ya nasihatkan si "dia", jangan mendoakanku lebih dari "dia" mendoakan buat kedua ibu bapanya
 
  
Kerana apa ya si "dia" perlu buat begitu???
 
Katakan pada si "dia", dahulukan Allah kerana di situ syurga buatnya…
 Ingatkan pada si "dia", dahulukan kedua ibu bapanya kerana pada redha merekalah dan telapak ibunya itu syurganya yang abadi
Ingatkan pada si "dia" lagi, ana terpikat kerana imannya bukan pada paras rupa…
Ingatkan si "dia" juga, ana lebih cintakan pada sifat zuhudnya bukan harta juga kemewahannya…
Katakan pada si "dia", ana mengasihinya kerana akhlak dan sifat santunnya…
Tegurlah si "dia", jika sekiranya dia mulai mengagungkan cinta pada manusia…

 
Minta tolong ya, sampaikan pesanan ana ini buatnya...
 
Tolong tegur si "dia", bila dia mula tenggelam dalam angan-angannya…
Harap dapat tegur si "dia", andai nafsu mengawal fikirannya…
Tolonglah sedarkan si "dia", diri ku ini milik ALLAH Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan si "dia", ana masih milik keluarga…
Harap dapat sedarkan si "dia", tanggungjawabnya sekarang besar kepada keluarganya…


Sekiranya "dia" enggan atau bantah, ingatkan lagi padanya...

Harap "dia" dapat bersabar, usah di ucap madah cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
Sabarkan si "dia", andai diri ini enggan dirapati, ianya kerana hendak menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si "dia", bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…
Pesan padanya, ana tidak mahu menjadi fitnah besar kepada dirinya…
Pesan padanya lagi, ana tidak mahu diri ini menjadi punca kegagalannya
Katakan padanya, ana membiarkan ALLAH Yang Esa memberi 'inayah, perlindungan buat dirinya…
Tolong khabarkan pada si "dia", ana tidak mahu membuat "dia" terlena dalam mimpi indah dunia


Katakan pada si "dia" bahawa niat ana.....

Yakinkan pada si "dia", hadaf ana yang utama mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya
Khabarkan juga pada si "dia", tolong jadi penyokong dan sumber inspirasi dalam kejayaanku…
Tolong sampaikan pada si "dia", ana mendambakan cinta suci yang terjaga…
Sampaikan pada si "dia", jika dua insan berkasih sayang & bercinta hanya kerana Allah, tidak ternilai harganya…
Berikan keyakinan pada si "dia", bahawa hubungan ini pasti terjaga selagi "dia" menjaga hubunganbya dengan ALLAH s.w.t Zat Yang Maha Kuasa…


Oleh itu....

Tolong  ya sampaikan pesanan ini kepada si "dia" kerana ana tidak mampu memberitahunya sendiri… Malahan ana tidak tahu siapakah "dia" dan dari mana asalnya, kerana ana yakin pada jodoh, ajal maut, rezeki dan buruk baik seseorang manusia itu pada Ilmu ALLAH s.w.t
Syukran.... (",)

Hanya engkau Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Mengetahui siapakah si "dia"
Wallahu 'alam...

Khamis, Julai 15

Perang Mu'tah (غزوة مؤته)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

   Salam Mujahadah buat sahabat sahabiyah dan akh ukti, semoga dirahmati ALLAH s.w.t. serta diberi naungan hidayahNYA sentiasa, aaamin.....

   Salam Imtihan Uula juga diucapkan buat ikhwah ikhwati khususnya di Universiti Mu'tah, di doakan agar kita semua mendapat kejayaan serta kecemerlangan. Mudah-mudahan segala ilmu yang diperoleh, tersimpan kemas di dada agar kita dapat manfaatkan sebaiknya sebagai bekalan hidup sebagai seorang musafir di dunia yang bakal fana ini menuju ke Akhirat yang abadi. InsyaALLAH.... Buat ikhwah ikhwati di luar sana yang sudah bekerja, semoga kalian tabah dalam melalui liku2 juga pahit maung kehidupan dalam usaha mencari rezeki yang halal di sisi ALLAH untuk diri dan keluarga. Semoga kalian sentiasa dilindungi, diberi 'inayah serta diberkati olehNYA... Aaaamin..

   Di sini, maksue ingin berkongsi juga menceritakan satu peristiwa agung Islam yang berlaku di kawasan tempat belajar sekarang (Mu'tah). 

Akh dan Ukhti yang dihormati,

Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah berfirman dalam surah At-Taubah ayat : 111,

إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة يقتلون فى سبيل الله فيقتلون ويقتلون وعدا عليه حقا فى التورئة والإنجيل والقرءان ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذى بايعتم به وذلك هو الفوز العظيم

Maksudnya : Sesungguhnya ALLAH membeli jiwa dan harta orang-orang yang beriman bahawa untuk mereka ganjaran Syurga. Mereka berperang di jalan ALLAH lalu mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yang benar bagi ALLAH (yang termaktub) dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada ALLAH. Oleh itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar.

   Perang Mu'tah (bahasa Arab: معركة مؤتة , غزوة مؤتة‎) sebagaimana perang2 Islam yang lain, perang ini telah memahatkan peristiwa bersejarah di mana pada bulan Jamadil Awwal telah berlakunya peperangan Mu’tah di Mu’tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada sekitar tahun 629M / 8H ketika di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.  Tujuan Baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Raja Busra ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom. Ketika ini Baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang Tentera muslimin yang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu’tah di mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera.



Daripada tindakan ini dapatlah kita mengambil iktibar yang mana Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan.
<---- Makam Al-Harith bin Umair Al-Azdi


Sebelum para Tentera Muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah S.A.W telah memberi arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan nanti di mana Baginda Rasulallah s.a.w melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, kemudian diikuti oleh Ja’afar bin Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah atau dipercayai di kalangan mereka untuk memimpin. 

Rasulullah s.a.w juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya meminta agar pembunuh utusan dakwah itu ditangkap dan di bawa ke Madinah disamping menyeru kepada penduduk Mu’tah agar beriman terlebih dahulu. Jika seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan. Walaubagaimanapun, Baginda turut berpesan agar tidak membunuh kanak-kanak, kaum wanita, orang tua, tidak mengerat pohon kurma dan pokok serta tidak memusnahkan kediaman mereka. Inilah ia keadilan Islam di mana tidak ada erti balas dendam sebaliknya walau pun telah jelas berlakunya kezaliman terhadap utusan dakwah yang dihantar namun usaha untuk menyeru kepada Islam mestilah didahulukan sebelum sesuatu peperangan dilancarkan setelah musuh berdegil dan melawan seruan dakwah itu. Begitu juga kepentingan kepada pemilihan dan perlantikan kepimpinan mestilah dititik beratkan di mana ia mesti disertai dengan amanah oleh pemimpin dan taat serta kepercayaan oleh orang di bawahnya.

Ketika Tentera Islam mahu bertolak ke medan perang, mereka kehairanan melihat Abdullah bin Rawahah menangis. Ketika ditanya tentang sebab beliau menangis lalu beliau menyatakan bahawa masih tersemat cinta pada dunia dihatinya sedangkan Rasulullah s.a.w telah membaca surah Maryam, ayat 71:

وإن منكم إلا واردها كان على ربك حتما مقضيا

Maksudnya : Dan tiada seorang pun daripadamu melainkan mendatangi neraka itu. Keadaan itu bagi Tuhanmu merupakan suatu kemestian yang telah ditetapkan.
  
Abdullah bin Rawahah menyatakan ketakutan apabila merenungi ayat tadi. Lalu para sahabat yang lain menenangkannya serta mendoakan agar dijauhkan daripada perkara itu. Setelah itu mereka bertolak menuju ke Mu’tah yang terletak beribu kilometer dari Kota Madinah. Sebaik sahaja mereka tiba di Ma’an iaitu sebuah pekan yang terletak lebih kurang 100 kilometer dari Mu’tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan Tentera Islam di mana dengan segera panglima perang musuh, Harcules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurahbil pula mengumpul seramai 100 000 bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, Juzam, Balqin dan Bahara’

Apabila mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma’an selama dua malam. Ramai di kalangan mereka telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan : Demi Allah! Adakah kita benci kepada sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan kekuatan dan bukan kerana kuantiti tetapi kerana agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya. Maka maralah kamu sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan ALLAH s.w.t. Kata-kata semangat ini berjaya meniupkan kembali roh jihad dalam diri Tentera Islam.

         Peperangan meletus sebelum masuk kawasan Mu’tah lagi di antara Tentera Islam berjumlah 3000 orang dengan tentera Rom seramai 200 000 orang. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Rasulallah s.a.w terkorban. Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid di mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja’afar bin Abi Thalib. Beliau turut gugur syahid di mana pada permulaannya tangan kanan beliau ditetak putus oleh musuh. Kemudiaannya beliau terus mengawal bendera panji Islam agar tidak jatuh dan ketika ini tangan kirinya pula dipotong oleh musuh. Namun begitu beliau terus menggigit bendera panji dengan giginya tetapi kali ini kepalanya telah dipenggal yang menyebabkan beliau gugur syahid. Selain kedua tangannya yang putus ditetak oleh musuh, terdapat 50 kesan panahan pada badan beliau. Rasulullah s.a.w menyatakn bagaimana Allah menjadikan kedua tangannya itu sebagai sayap yang membolehkan beliau berterbang bebas di Syurga. Sebab itulah beliau digelar dengan Ja’afar at-Toyyar dan Ja’afar yang mempunyai 2 sayap. Kemudian panji bendera Islam itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid. 

         Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.
Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.
 
Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.

Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana Allah tetap menolong dan memberi kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah, thabat dan bermujahadah dalam perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah dan dugaan bukannya boleh dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja. Seramai 12 orang tentera Islam yang gugur syahid termasuk 3 panglima yang dilantik. Manakala bilangan tentera Rom pula tiada jumlah secara tepat tetapi agak ramai yang mati. Peristiwa ini mengajar kita agar bermujahadah di dalam menjaga maruah diri dan Islam tercinta walaupun nyawa sebagai bayaran. Arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin wajib dipatuhi selagi mana ia tidak bersalahan dengan syarak.

 Kesan daripada peperangan ini masih ada sehingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu’tah. 

Makam  Zaid ibn Harithah 


 Makam Ja’afar bin Abi Thalib


Makam Abdullah ibn Rawahah


Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali dalam kawasan yang mana dikuburkan para syuhada’ bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika berjalannyakerja-kerja ini, berlakunya peristiwa yang mana salah sebuah jentolak yang digunakan telah terkena tubuh syuhada’ dan darah segar masih mengalir dari tubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka meninggal dunia. Perkara ini berlaku kepada kubur-kubur yang tidak jelas kewujudannya kerana tiada sebarang tanda yang digunakan. Peristiwa ini meyakinkan lagi kepada kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah. Islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia ditatang oleh sebab kejahilan. 
Benarlah firman Allah dalam ayat 169 :

ولا تحسبن الذين قتلوا في سبيل الله أمواتا بل أحياء عند ربهم يرزقون

Maksudnya : Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan ALLAH itu mati, sedangkan mereka itu tetap hidup di sisi Tuhan mereka dengan diberi rezeki.




  

Isnin, Julai 12

Orang Kedah Panggil Hammer "Mertun", Heeee Jom Kita Pantun...(",)

Assalamualaikum Pembuka Bicara,
Semoga saudara saudariku ceria & bahagia lah ya...
(=^_^=)

Hmm.... Rasanya tak complete blog maksue ni kalau takda pantun.. Bukannya apa, hobi maksue kalau waktu free dan lapang ni adalah berpantun... Heee...Mungkin sahabat nf (nasyidfm) tahu, kan2...

Tapi.... Janganlah saudara saudari / sahabat sahabiyah ingat kalau pantun ni untuk seronok2 ja, boleh sangat sambil berpantun, kita cuba laa selitkan dakwah & tarbiyyah.. Mudah-mudahan, sambil menceriakan diri dengan berpantun, kita dapat kongsikan kegembiraan serta ambil manfaat bersama... InsyaALLAH

Okeylah.... Maksue taknak laa nak bebel panjang2... Katsini maksue ada reka sedikit pantun, kalau lah pantun ni tak berapa sempurna rukun n syarat pantun tu sendiri, harap di maafin ya... Tengok pada isi nye tau, bukan pada pembukanya... Heeee.... ^_^

(",) *********************** SENYUM SENTIASA ***************************** (",)


Jenama barangan kulit glamor adalah gucci,
Di usahakan oleh keluarga Pak Dolah,
Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci,
Lidahnya pula sentiasa basah dengan zikrullah

Kerana rumput lembu dan kambing bersatu,
Berkongsi makanan tanpa ada kelahi,
Tapi kenapalah umat Islam ini taknak bersatu,
Supaya kita semua mendapat rahmat dan redha Ilahi

Amani AdamMaya Cucu Dato' Barokah,
Cucu tunggal kesayangan Datin Rohaida,
Senyuman akh dan ukhti itu adalah suatu sedekah,
Pemanis ikatan UkhwahFillah Abadan Abada.

Orang pantai timur gelar buah mangga sebagai buah pauh,
Orang Utara pula gelar "timba" yang nama asalnya baldi,
Manusia itu ibarat musafir dalam perjalanan yang jauh,
Menuju ke jambatan Akhirat yang kekal abadi

Jatuh ke lantai retaklah gelas,
Ambil salotep buat tampalan, 
Janganlah adik abang dan kakak bersifat malas,
Kerana ianya sahabat pada kegagalan

Pergi ke market membeli daun pudina,
Untuk diminum bersama teh sabah,
Sedih dan kecewa itu lumrah dunia,
Pengental jiwa melahirkan sifat sabar dan tabah

Barangan sport popular jenama cheetah,
Menjadi kegemaran ahli sukan juga para pelumba,
Ingatlah ikhwah ikhawati hadaf kita sebagai hamba,
Semuanya jelas terkandung dalam doa Iftitah

Haa...apa tu?? Hadaf kita n ikrar kita setiap kali solat laa...  
"إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين"
Ingat dah?? 
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana ALLAH Tuhan Semesta Alam"


Musim buah-buahan jom kita ramai2 pergi berkelah,
Eratkan silaturrahim rehat badan fikiran lapang,
Bersyukurlah kita dan Ingatlah sentiasa kepada ALLAH,
Kerana mengingati ALLAH itu melahirkan rasa damai jua tenang.

Indah malam disinari bintang dan bulan,
Dalil kekuasaan Khaliq Yang Maha Bijaksana,
Marilah kita dapatkan Kunci Kemuliaan,
Iaitu patuh taat pada ALLAH dan Habibil Mustafa

Cicit AyahMat namanya Nur Hayati,
Juara pidato peringkat kebangsaan,
Ayuh saudara saudariku kita hidupkan hati,
Dengan berzikir dan tadabbur ketika membaca Al-Quran 

^_^   
Cukuplah dulu dengan 10 bayt pantun ini, semoga ianya memberi manfaat dan ifadah bersama...Kalau 
tak betul@salah, tegurlah saya seorang insan yang biasa, semoga kita semua dirahmati dan dilindungi
ALLAH  sentiasa hendaknya....

شهر رمضان ربيع القلوب ، والقرآن شفاء لما في الصدور ، ولآيات الذكر الحكيم وقع وتأثير على النفوس فهي تحيي القلوب وتلين الجلود فيخرج دعاء وبكاء ومناجاة من القلوب الخاشعة والعيون الدامعة .

 يقول الله عز وجل :" الله نزل أحسن الحديث كتابا متشابها مثاني تقـشعر منه جلود الذين يخشون ربهم ثم تلين جلودهم وقلوبهم إلى ذكر الله
 صدق  الله  العظيم


Coretan Ikhlas dari,
Maksue_sakinah
**Hayati Kulluha Lillah**

:: من أنا ::

Foto saya
Mu'tah, Karak, Jordan